.

Tuesday, 1 April 2014

Kursus Protokol Pengendalian Majlis Rasmi

Kursus Protokol Pengendalian Majlis Rasmi


Protokol dalam pengendalian majlis bermaksud peraturan dan adat untuk mengawal kerasmian, ketertiban, kesopanan, dan keharmonian semasa melaksanakan sesuatu majlis. Protokol penting bagi pengendalian sesuatu majlis terutama majlis rasmi dan formal bagi menjamin kelancaran perjalanan majlis. Kesalahan protokol akan mencacatkan majlis dan boleh menjejaskan  imej organisasi.

Dengan itu, Two Sigma Technologies menawarkan  Kursus Protokol Pengendalian Majlis untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang perancangan dan perlaksanaan majlis mengikut protokol. Kursus selama dua hari ini memberi pendedahan tentang kemahiran asas yang lengkap untuk melaksanakan majlis yang sempurna,cekap dan teratur . Tambahan itu, kursus ini menerangkan cara susunan keutamaan, gelaran anugerah, panggilan hormat, penyusunan tempat duduk, cara menyambut tetamu, tertib ketika makan malam dan pengacaraan majlis.

Kesilapan-kesilapan Yang Sering Berlaku Ketika Majlis

  1. Juruacara tersasul menyebut pangkat, gelaran atau tetamu kehormat.
  2. Juruacara menyebut nama tidak mengikut urutan yang sepatutnya.
  3. Juruacara tidak selari dengan aturcara majlis.
  4. Pembesar suara tidak berfungsi dengan sempurna.
  5. Dulang atau alas dulang hadiah tidak disediakan.
  6. Majlis penerimaan hadiah yang tidak teratur.

Kelebihan Melaksanakan Majlis Mengikut Protokol

  1. Meningkatkan imej penganjur majlis dan memberi gambaran yang positif kepada tetamu, penganjur dan individu yang terlibat.
  2. Majlis yang dilaksanakan akan teratur, kemas dan menepati protokol yang akan membanggakan pihak penganjur, organisasi atau individu yang terlibat.
  3. Matlamat dan objektif akan tercapai sekiranya majlis dilaksanakan dengan sempurna.

Kelebihan Kursus Ini

  1. Melahirkan rasa tanggungjawab peserta sekiranya diamanahkan untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan protokol.
  2. Dapat menguruskan majlis-majlis formal yang memerlukan pengurusan protokol dengan sempurna.
  3. Memahami peranan dan tanggungjawab bagi menyambut dan meraikan tetamu.

Objektif

  • Memberi pengetahuan tentang elemen-eleman asas dalam pengurusan majlis dan asas protokol majlis.
  • Mengenalpasti elemen-elemen penting dalam pengendalian  majlis.
  • Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan mengendalikan majlis.
  • Menerangkan susunan keutamaan, gelaran anugerah,dan panggilan hormat dengan betul.
  • Memberi pendedahan tentang  tatatertib di meja makan.

Kandungan Kursus 

  • Elemen- Elemen Penting Protokol Bagi Pengendalian Majlis.
  • Susunan Keutamaan, Gelaran Anugerah Dan Panggilan Hormat.
  • Penyusunan Tempat Duduk Bagi Pelbagai Majlis.
  • Penyambut Tetamu.
  • Tertib Di Meja Makan Dan Simulasi Majlis Jamuan Makan Dengan Menu Barat.
  • Pengacaraan Majlis.

Sasaran Peserta Kursus

Kursus ini dirancang untuk 40-50 orang peserta bagi satu sesi dan boleh dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan.

Bila dan Di Mana

Tarikh serta tempat perlaksanaan kursus boleh ditentukan oleh agensi pelanggan tetapi disusuli dengan perbincangan bersama pihak Two Sigma Technologies.

Jika anda berminat untuk kami mengendalikan Kursus  Protokol  Pengendalian Majlis Rasmi di tempat anda , sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a comment