.

Pembangunan dan Latihan ICT

Sertai Latihan Professional Kami Sekarang!!!

Two Sigma Technologies

Lawati laman web kami untuk perkhidmatan dan latihan yang ditawarkan

Dapatkan ElePHPant Flush Toys Sekarang!!!

Sertai kursus yang kami anjurkan untuk mendapatkannya

Thursday 27 February 2014

Kursus ICT - MySQL for Database Administrator

Kursus ICT - MySQL for Database Administrator

Pihak Two Sigma Technologies akan mengadakan kursus pentadbiran pangkalan data bertajuk “MySQL for Database Administrator" pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19hb - 22hb Mei 2014
Masa :  Jam 9.00 pagi – 5.00 petang.
Tempat : Residence Hotel Uniten, Putrajaya


Antara objektif kursus adalah:

1. Menggunakan MySQL Administrator Graphical User Interface (GUI)  untuk menguruskan pangkalan data MySQL

2. Menilai jenis data dan karakter yang memberi impak kepada prestasi pangkalan data

3. Memahami konsep penguncian data dan paras penguncian yang berbeza dalam MySQL

4. Membezakan antara kepelbagaian enjin storan yang ada dalam MySQL

5. Menggunakan stored routines dan triggers untuk kerja-kerja pentadbiran pangkalan data

6. Meningkatkan prestasi melalui kaedah query optimization

7.Mengoptimumkan Schemas melalui beberapa teknik pengoptimuman

8. Menggunakan alatan pemantauan MySQL untuk meningkatkan prestasi pangkalan data

Jika anda berminat untuk menghadiri kursus ini, sila hubungi kami melalui emel di zurina@2-sigma.com ataupun talian telefon mudah alih di 019-3863400. Layari laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com untuk melihat silibus kursus.

Wednesday 26 February 2014

PHP - Template Inheritance

PHP - Template Inheritance

Dalam pembangunan web aplikasi, dilema utama bagi seseorang pengaturcara atau penganalisis adalah kaedah untuk menguruskan kod pemprosesan dan kod paparan. Sekiranya terlalu banyak kod pemprosesan, kemungkinan untuk pengaturcara CSS atau Designer untuk terubah kod asal (kod aturcara pemprosesan) adalah tinggi

Bagi pengguna framework, hal ini tidak menjadi masalah kerana pengurusan ‘themes’ , ‘views’ dan ‘layout’ telah menjadi kewajipan untuk setiap framework. Sepanjang pengalaman saya dalam membangunkan aturcara web aplikasi, saya mendapati kaedah yang digunakan oleh framework Django amat menepati citarasa dan mudah diolah. 

Namun begitu, untuk menterjemah kod Phython (bahasa pengaturcaraan bagi framework Django) kepada PHP bukanlah perkara yang mudah. Setelah mengGOOGLE beberapa ketika, saya mendapati kaedah yang digunakan untuk pengurusan kod ini dipanggil  ‘Template Inheritance’- bunyi yang gempak tetapi agak klise. 

Beberapa hasil carian dari google seperti:


 Smarty – www.smarty.net/inheritance  





Saya telah mencuba beberapa skrip diatas dan mendapati PHPti lebih mirip dengan framework Django dan daripada pengarang web itu sendiri menyatakan PHPti dibangunkan berasaskan model dari framework Django.

Antara kelebihan PHPti ini adalah:

  1.  Menggunakan kaedah ‘Block’, sama seperti Django
  2. Menyokong ‘Nested Block’
  3. Menyokong ‘Overwrite Block’ 
  4.   Mempunyai ‘SuperBlock’ bagi sesetengah keadaan yang memerlukan
  5.  Hanya satu fail untuk di ‘include’

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Template Inheritance dalam PHP ini, anda boleh menghubungi farahiryanti@2-sigma.com atau sales@2-sigma.com atau melalui talian telefon di 03-61880601. Customize training boleh disediakan.

Selain itu juga, anda boleh melawat http://training.2-sigma.com sekiranya berminat dalam pembangunan web terutama PHP atau lain-lain

MySQL – Mencari Rekod yang Berulang

MySQL – Mencari Rekod yang Berulang



Semasa proses migrasi data dari sumber seperti Excel dan mahu diimport ke database, biasanya pengaturcara perlu memastikan tiada rekod atau data yang berulang. 
 
Dengan menggunakan antaramuka seperti PhpMyadmin, Mysql Navigator, Navicat, kita boleh mencari rekod yang berulang ini dengan menggunakan query berikut:

1 – Menggunakan Inner Join
SELECT a.firstname, a.lastname, a.address
FROM list a
INNER JOIN list b ON a.address = b.address
WHERE a.id <> b.id
Penggunaan DINSTICT diperlukan untuk mencari data yang lebih daripada 2

2 – Menggunakan Having
SELECT date FROM logs group by date having count(*) >= 2

Sekiranya anda berminat untuk menambah ilmu dengan lebih lanjut dalam penggunaan MySQL, anda boleh menghadiri kursus yang disediakan kami dengan melayari http://training.2-sigma.com.

Selain itu juga, anda boleh menghubungi wakil kami melalui farahiryanti@2-sigma.com atau telefon 03-61880601

Tuesday 25 February 2014

Pengaturcaraan HTML5

Pengaturcaraan HTML5

HTML5 adalah piawaian terkini dari W3C dalam pengaturcaraan web HTML yang dibangunkan bagi menggantikan HTML 4.01, XHTML dan HTML DOM Level 2. HTML5 direka khas bagi membolehkan web yang kaya dengan kandungan animasi, grafik, muzik, dan video dihantar tanpa menggunakan ‘plugin’ tambahan dan ianya turut menyokong pembinaan aplikasi web kompleks. Ciri HTML5 yang menyokong kepelbagaian platform, membolehkan paparan web di hantar pada paparan PC, tablet, telefon pintar mahupun televisyen pintar. Pelayar web popular seperti Chrome, Firefox, Internet Explorer, Safari, Opera menyokong elemen dan 'API' HTML5 dan terus menambah ciri-ciri terbaru HTML5 tersebut dalam versi baru pelayar web mereka.

Ciri-ciri terbaru yang menarik dalam HTML5 :
  • Elemen <canvas> untuk lukisan 2D
  • Elemen <video> dan <audio> adalah untuk pemain media
  • Menyokong simpanan setempat
  • Elemen kandungan yang spesifik seperti <article>, <footer>, <header>, <nav>, dan <section>
  • Kawalan borang seperti kalendar, tarikh, masa, emel, url dan carian
 Info teknikal berkenaan HTML5 boleh didapati di laman sesawang W3CSchool @
 http://www.w3schools.com/html/html5_intro.asp 

Untuk mempelajari HTML5 dengan lebih lanjut anda boleh menghadiri kursus kami @ Introduction To Development Using HTML5, CSS3 & JQuery. Lawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com atau boleh menghubungi kami melalui emel di farahiryanti@2-sigma.com/sales@2-sigma.com atau melalui talian telefon di 03-61880601 untuk mendapatkan kandungan kursus dan tarikh kursus terdekat.




Monday 24 February 2014

PHP - Penggunaan Teknik Object Oriented dengan MySQL

PHP - Penggunaan Teknik Object Oriented dengan MySQL


Dalam pembangunan aplikasi web menggunakan PHP, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk memanipulasi data dari database terutamanya MySQL. Tatacara tersebut boleh dipelajari dengan mudah dari laman sesawang seperti www.w3schools.com/php, http://ww.php.net dan www.tizag.com/phpT‎. 

Kaedah asas adalah seperti berikut: 

          I- Sambungan (connection) kepada database menggunakan mysql_connect()
              $conn = mysql_connect(‘host’, ‘db_user’, ‘db_password’);
          II- Kemudian melakukan query kepada database menggunakan mysql_query()
              $result = mysql_query(“SELECT * FROM user”, $conn); 

$result akan mengandungi semua data dari Table ‘user’ dan kita boleh paparkan dalam bentuk jadual atau grid. 

Namun begitu, kaedah sebegini hanyalah asas dalam membuat hubungan kepada database dan bukan amalan yang baik dalam pembangunan aplikasi web secara komersil. 

Selain memerlukan struktur pengaturcaraan kod yang panjang, kaedah ini juga senang untuk terdedah kepada isu keselamatan seperti SQL Injection. 

Bagi mengatasi masalah ini, kita boleh menggunakan teknik Object Oriented seperti PDO, RedBean, dan lain-lain. Sebagai permulaan, saya mencadangkan agar individu yang mahu berjinak-jinak dengan pembangunan web menggunakan PHP agar memahami asas serta Object Oriented dan terus menggunakan skrip yang telah sedia ada di laman maya sebelum membangunkan skrip sendiri.

Dalam entri ini, saya akan mengambil salah satu contoh skrip yang telah saya cuba untuk membangunkan system web aplikasi iaitu Redbean.  Skrip ini boleh dimuat turuan dari http://redbeanphp.com/downloadredbean3.php. Kelebihan skrip ini adalah ianya telah dikompil menjadi satu fail dan menyokong kaedah CRUD.

Contoh penggunaan skrip ini:

require('rb.php');

R::setup('mysql:host=localhost;dbname=mydatabase','user','password');

$post = R::dispense('post');

$post->text = 'Hello World';

$id = R::store($post); //Create or Update

$post = R::load('post',$id); //Retrieve

R::trash($post); //Delete


Contoh skrip diatas ini telah meliputi dari proses mencipta table, memasukkan data ke dalam database, memanggil data dari database dan juga menghapuskan data dari database.

Untuk belajar dengan lebih lanjut mengenai Object-Oriented Programming with PHP and MySQL, anda boleh melawat disini. Jika berminat boleh emel kami di farahiryanti@2-sigma.com atau sales@2-sigma.com atau melalui talian telefon di 03-61880601. Maklumat terperinci seperti silibus boleh di dapati di laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com

Apakah itu RAID...

Apakah itu RAID

RAID (Redundant Array of Independent Disk) merupakan suatu teknologi storan yang menggabungkan lebih dari satu Hardisk menjadi satu logikal unit untuk tujuan data redundancy dan untuk peningkatan kelajuan transaksi storan data. Data diagihkan kepada beberapa hardisk yang mana ditentukan oleh paras RAID samada RAID 0, 1, 5 dan 10. Di sini kami akan menerangkan 4 RAID yang popular iaitu RAID 0, 1, 5 dan 10. Walaupun RAID ini teknologi yang agak lama tetapi masih ramai yang masih kabur perbezaan tahap RAID dan konsep RAID itu sendiri. Maka lepas ni korang takde la main taram je RAID Level  berapa masa nak beli server untuk organisasi korang..

RAID 0

RAID 0 menggunakan mekanisme ‘data striping’. Mekanisme ini memetakan beberapa hardisk yang berbeza untuk menghasilkan 1 hardisk logikal yang besar. Contohnya jika anda ada 4 hardisk dan setiap satunya 4GB, ia akan menghasilkan satu logikal hardisk sebesar 16GB dengan ruangan boleh guna storan kira-kira 14.9GB. Bagi kes di bawah pula, 2 hardisk 250GB di setkan untuk RAID 0 menghasilkan ruangan hardisk 500GB dengan ruangan boleh guna storan 465.66GB. Anda boleh guna kalkulator RAID secara atas talian di http://www.ibeast.com/content/tools/RaidCalc/RaidCalc.asp

 2 Unit 250GB di RAID-0 kan

 Empat Hardisk menjadi Satu Hardisk Logikal

Data akan disimpan dalam hardisk fizikal dalam jalur (stripes) yang berturutan yang mana jalur ini telah ditakrifkan saiznya. Jika ada fail atau data yang lebih besar dari jalur (stripe) ini, ianya akan disimpan secara teragih di beberapa stripes dalam hardisk yang lain. Ini akan menyebabkan, beberapa stripes boleh dibaca secara selari maka meningkatkan masa untuk membaca data. Jika hardisk yang sama di gunakan untuk 4 hardisk yang mana setiap satunya mempunyai kelajuan 20mbps, maka kelajuan selari adalah bersamaan 20mbps x 4 hardisk = 80mbps bagi kes data yang teragih kepada 4 hardisk. Maka tidak hairanlah RAID 0 digunakan dalam persekitaran transaksi data berprestasi tinggi. Walaupun begitu, RAID 0 tidak menawarkan data redundancy. Jika salah satu hardisk rosak, maka punahlah kesemua hardisk tersebut kerana setiap hardisk adalah bergantungan antara satu sama lain dalam suatu persekitaran yang stripes disimpan secara berturutan.

 Konsep Data Striping
RAID 1,5 dan 10…bersambung…..


Friday 21 February 2014

PHP dan Maskotnya elePHPant....

PHP dan Maskotnya elePHPant....

Lebih 80% daripada internet dikuasakan oleh bahasa pengaturcaraan PHP, dan di sebalik tabir PHP, wujud komuniti pembangun web yang berganding bahu membantu memajukan bahasa ini.

Beberapa tahun lalu, maskot komuniti PHP telah dicipta oleh Vincent Pontier, dinamakan ElePHPant! Sejak dari itu, elePHPant telah dimodelkan dalam bentuk plush toy menjadi idaman, kegemaran kepada sesiapa yang menjiwai bahasa ini.

Baru-baru ini, elePHPant telah membangkitkan semula minat komuniti dan pelbagai warna telah dilahirkan selain dari warna biru maskot asal elePHPant. Two Sigma yang sentiasa menyokong komuniti PHP mempunyai 3 variasi warna maskot elePHPant iaitu Merah Jambu, Hijau dan Biru yang boleh dibeli pada harga RM 33....atau dapatkan percuma dengan mendaftar mana-mana kursus ICT kami. Hubungi kami untuk sebarang pembelian elePHPant flush toys di anwar@2-sigma.com.




Automatic Backup Pro

Sistem Fail Sandaran Automatik (Auto-Backup)

autbaup-small
Apakah yang akan terjadi sekiranya fail atau dokumen terpenting anda seperti fail tesis, tender, proposal untuk pelanggan rosak atau hilang disebabkan masalah pada komputer? Ia pasti mengambil masa yang lama untuk dibuat semula. Alternatif lain yang boleh digunakan adalah Google Drive ataupun Dropbox, tetapi penahkah anda terdengar beberapa kes dokumen hilang di dropbox dan Google Drive akibat dari kegiatan hacking?

Beberapa fakta :
  • 31% pengguna komputer peribadi mengalami kehilangan fail atau dokumen di luar jangkaan mereka
  • Hampir 4.6 juta fail telah hilang di US dan menyebabkan kerugian $11.8 Bilion pada sektor perniagaan pada tahun 1998 (The Cost Of Lost Data, David M. Smith)
  • Hampir 140,000 cakera keras rosak setiap minggu di US (Mozy Online Backup)
  • Kos pemulihan cakera keras yang mudah boleh mencecah $7,500 dan kejayaan tidak terjamin
Simpan fail sandaran dengan perisian Automatic Backup Pro. Two Sigma Technologies adalah pengedar sah tunggal perisian Automatic Backup Pro di Malaysia. Automatic Backup Pro adalah perisian sandaran fail yang mudah digunakan untuk sistem operasi Windows. Ia dibina untuk mencipta fail sandaran kepada cakera keras luaran, cakera USB, storan rangkaian atau apa sahaja perkakasan storan. Automatic Backup Pro juga mampu mencipta fail sandaran secara berkala, sandaran fail sepenuhnya dan tugasan "Bi-directional Folder Sync".

Ciri-Ciri Istimewa :
  • Boleh menghasilkan pelbagai versi fail sandaran pada masa yang berbeza (seperti Backup1 pada hari isnin, Backup2 pada hari selasa)
  • Automatic Backup Pro mampu dijadualkan pada hari, minggu dan masa yang spesifik untuk melarikan tugas sandaran fail
  • Fail yang disandarkan di destinasi simpanan boleh dibuka (tidak dipadatkan ke dalam satu fail)
  • Boleh membuat perbandingan secara sebelah menyebelah bagi membuat semakan dengan mudah dan memastikan fail tersebut dalam keadaan baik
  • Notifikasi Email bagi mengetahui status sandaran yang telah di buat
  • Lesen kekal dan tidak perlu diperbaharui
Boleh digunakan pada Windows 98/Me/Nt/2000/XP/2003/Vista/7/64-Bit. Untuk maklumat terperinci mengenai Automatic Backup Pro boleh lawati di sini.

Harga RM 45 sahaja untuk downloadble version... Hubungi anwar@untuk sebarang pertanyaan.


Thursday 20 February 2014

Kursus ICT Jun 2014

Kursus ICT Bulan Jun 2014 Anjuran Two Sigma Technologies



Kami menawarkan pelbagai program latihan IT sepanjang tahun 2014 yang mana kesemua kalendar kursus kami boleh didapati di http://www.training.2-sigma.com/ atau boleh berhubung terus dengan pegawai kami di 03-61880601 atau emel kami di sales@2-sigma.com. Antara kursus yang ditawarkan pada bulan Jun 2014 adalah seperti berikut:

1. Adobe Photoshop : Mastering The Essentials

Kursus : Adobe Photoshop : Mastering The Essentials
Tarikh : 23/6/2014 – 25/6/2014 (3 hari)
Masa : 0900-1700
Tempat : Residence Hotel Uniten, Bangi

2. Object- Oriented Programming with PHP & MySQL

Kursus : Object- Oriented Programming with PHP & MySQL
Tarikh : 23/6/2014 – 26/6/2014 (4 hari)
Masa : 0900-1700
Tempat : Residence Hotel Uniten, Bangi

3. Introduction To Development Using HTML5, CSS3 & JQuery

Kursus : Introduction To Development Using HTML5, CSS3 & JQuery
Tarikh : 23/6/2014 – 26/6/2014 ( 4 hari)
Masa : 0900-1700
Tempat : Residence Hotel Uniten, Bangi

4. Forensic & Anti-Forensic Data Recovery: Tools & Techniques

Kursus:Forensic & Anti-Forensic Data Recovery: Tools & Techniques
Tarikh:23/6/2014 – 26/6/2014 ( 4 hari)
Masa:0900-1700
Tempat:Residence Hotel Uniten, Bangi

Kursus ICT Mei 2014

Kursus ICT Bulan Mei 2014 Anjuran Two Sigma Technologies



Kami menawarkan pelbagai program latihan IT sepanjang tahun 2014 yang mana kesemua kalendar kursus kami boleh didapati di http://www.training.2-sigma.com/ atau boleh berhubung terus dengan pegawai kami di 03-61880601 atau emel kami di sales@2-sigma.com. Antara kursus yang ditawarkan pada bulan Mei 2014 adalah seperti berikut:

1. Web Application Development Using PHP & MySQL (Basic-Interminate)

Kursus : Web Application Development Using PHP & MySQL (Basic-Interminate)
Tarikh : 5/5/2014 – 8/5/2014 (4 hari)
Masa : 0900-1700
Tempat : Residence Hotel Uniten, Bangi

2. IOS Application Development

Kursus : IOS Application Development
Tarikh : 5/5/2014 – 9/5/2014 (5 hari )
Masa : 0900-1700
Tempat : Residence Hotel Uniten, Bangi

3. Web Application Development with Laravel PHP Framework

Kursus : Web Application Development with Laravel PHP Framework
Tarikh : 19/5/2014 – 22/5/2014 ( 4 hari )
Masa : 0900-1700
Tempat : Residence Hotel Uniten, Bangi

4. MySQL for Database Administrators

Kursus : MySQL for Database Administrators
Tarikh : 19/5/2014 – 22/5/2014 (4 hari)
Masa : 0900-1700
Tempat : Residence Hotel Uniten, Bangi

5. Adobe InDesign CS6 : Mastering The Essentials

Kursus : Adobe InDesign CS6 : Mastering The Essentials
Tarikh : 20/5/2014 – 22/5/2014 ( 3 hari)
Masa : 0900-1700
Tempat : Residence Hotel Uniten, Bangi

Pembangunan Aplikasi Mudahalih

Pembangunan Aplikasi Mudahalih (Mobile Application Development)

Perkembangan teknologi telefon pintar kini mengorak langkah lebih jauh dalam industri pembangunan aplikasi berteraskan peranti tersebut. Pembangunan aplikasi peranti mudah alih secara atas talian telah mendominasi industri sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Permintaan terhadap aplikasi telefon pintar semakin meningkat sesuai dengan kadar perolehan telefon pintar bagi setiap orang. Peningkatan ini menghasilkan satu daya penarik kepada pengeluar aplikasi di dunia untuk menghasilkan lebih banyak aplikasi untuk pelbagai tujuan samaada khusus untuk pengguna tertentu mahupun untuk pengguna umum. Tidak lupa juga kepada sektor awam/kerajaan yang juga telah mula membangunkan aplikasi ini untuk kegunaandan kemudahan awam.

Bersesuaian dengan tren penggunaan teknologi semasa, Two Sigma Technologies menyokong tren ini dengan menawaekan 2 kursus pembangunan aplikasi mudah alih iaitu :

Pembangunan Aplikasi Android
Android Application Development

&

Pembangunan Aplikasi ioS (Apple-Ipad/Iphone)
iOS Application Development

Android and IOS Application Development


Kedua-dua kursus ini bermanfaat kepada organisasi yang sentiasa membangunkan aplikasi secara in-house bagi memperkukuhkan pelaksanaan strategik ICT mereka. Kursus yang disediakan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kaedah untuk membangunkan aplikasi berasaskan Android dan iOS dari awal pembangunan dan sehingga aplikasi tersebut digunakan. Selain itu juga, peserta juga akan diterangkan tentang struktur perisian Android/iOS dan pengaturcaraan yang lebih bersistematik. Peserta juga diajar untuk menghubungkan aplikasi dengan perkakasan seperti GPS, peta, Kamera, Pangkalan Data ,fail dan hubungan ke Internet.

Sumbangan Pada Organisasi


  1. Masalah peruntukan kewangan adalah perkara biasa bagi setiap organisasi. Untuk menggunakan peruntukan bagi membangunkan aplikasi telefon pintar menggunakan sumber luar adalah mahal. Dengan menghadiri kursus ini, peserta boleh membangunkan aplikasi yang diperlukan dan organisasi tidak lagi perlu memperuntukkan bajet untuk membangunkan aplikasi aplikasi telefon pintar.
  2. Aplikasi telefon pintar boleh bertindak sebagai medium yang boleh menyampaikan maklumat kepada sasaran pengguna. Aplikasi yang dibangunkan ini menjadi alternatif selain dari kaedah tradisional dalam mengakses dan menyalurkan maklumat menggunakan komputer.
  3. Aplikasi interaktif boleh dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam menyelesaikan urusan harian seperti sistem semakan maklumat dan pembekal kandungan/maklumat.
  4. Membangunkan modal insan yang kompeten agar dapat memperluaskan fungsi organisasi berteraskan kepada ICT serta berkebolehan untuk mengajar kakitangan yang lain.
Jika berminat boleh hubungi kami di farahiryanti@2-sigma.com atau sales@2-sigma.com atau melalui talian telefon di 03-61880601. Maklumat terperinci seperti silibus boleh di dapati di laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com

Microtek Scanmaker 9800XL Plus

Harga Terbaik untuk Pengimbas A3 (A3 Scanner) dari Microtek

sm9800xl plus

Microtek Scanmaker 9800XL Plus adalah antara pengimbas A3 yang terbaik kerana mempunyai resolusi yang tinggi iaitu 1600x3200 dpi yang akan memberikan imej yang jelas. Ia juga menggunakan teknologi terkini iaitu lampu pengimbas LED menggantikan CCD yang biasa digunakan pada kebanyakan pengimbas sedia ada di pasaran. Kebaikan LED ialah menjadikan masa untuk pengimbas bersedia adalah sifar berbanding penggunaan CCD yang memerlukan masa untuk memulakan imbasan.



Selain itu, perisian yang disertakan dengan 9800XL Plus ini dapat membaik pulih warna yang terdapat pada foto-foto lama seperti yang dapat dilihat di bawah di mana warna asal gambar dikembalikan dengan mudah.

content c restoration
Dengan permukaan yang luas untuk imbasan bersaiz A3, pengimbas ini juga mampu untuk mengimbas filem X-Ray dan negatif filem sebagai simpanan digital. Sila lawati laman web kami di www.microtek.com.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan membuat pembelian secara atas talian. Harga yang ditawarkan adalah agak murah dalam siri A3 scanner ini iaitu RM 5, 450.00. Hubungi kami untuk mendapatkan harga yang lebih menarik di anwar@2-sigma.com.


Wednesday 19 February 2014

Hashing Dalam PHP

Hashing Dalam PHP

Hashing merupakan satu kaedah untuk melindungi kata laluan pengguna sebelum ianya disimpan di dalam DB. Banyak algoritma hashing biasa seperti MD5 dan juga SHA1 tidak selamat untuk melindungi kata laluan, kerana penggodam dengan mudah untuk crack kata laluan yang menggunakan algoritma tersebut.

Cara yang paling selamat untuk meng’hash’ kata laluan adalah dengan menggunakan algoritma bcrypt itu. Perpustakaan phpass menyediakan fungsi tersebut.

PHP Secure Programming


Menjadi satu amalan baik untuk ‘salt’ katalaluan sebelum ‘hash’ katalaluan tesebut. Teknik ini merupakan teknik yang telah terbina di dalam fungsi HashPassword() di bawah pustaka phpass.. cool

Banyak lagi yang akan anda pelajari dengan menghadiri training PHP Secure Programming kami yang akan diadakan pada 28-30 April 2014. Sila kunjungi www.training.2-sigma.com untuk makluman lanjut....

Sistem Pengurusan Kampus Bersepadu Kolej Islam

Sistem Pengurusan Kampus Bersepadu Kolej Islam

Pihak kami sedang dalam proses membangunkan Sistem Pengurusan Kampus Bersepadu untuk kegunaan kolej Islam. Buat masa ini, kami sedang dalam fasa pembangunan yang mana Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra merupakan klien pertama yang akan menggunakan sistem ini. 

Kursus ICT April 2014

Kursus ICT Bulan April 2014 Anjuran Two Sigma Technologies


Kami menawarkan pelbagai program latihan IT sepanjang tahun 2014 yang mana kesemua kalendar kursus kami boleh didapati di http://www.training.2-sigma.com/ atau boleh berhubung terus dengan pegawai kami di 03-61880601 atau emel kami di sales@2-sigma.com. Antara kursus yang ditawarkan pada bulan April 2014 adalah seperti berikut:

1. Adobe After effects C6 : Mastering The Essentials

Kursus : Adobe After C6 : Mastering The Essentials
Tarikh : 15/4/2014 - 17/4/2014 (3 Hari)
Masa : 0900-1700
Tempat : Residence Hotel Uniten, Bangi
Learn Adobe After Effects CS6

2. Android Application Development

Kursus: Android Application Development
Tarikh: 21/4/2014 - 24/4/2014 (4 Hari)
Masa: 0900-1700
Tempat: Residence Hotel Uniten, Bangi
Learn Android Application Development

3.PHP Secure Programming

Kursus: PHP Secure Programming
Tarikh: 28/4/2014 - 30/42014 (3 Hari)
Masa: 0900-1700
Tempat: Residence Hotel Uniten, Bangi
Learn PHP Security

Monday 17 February 2014

Mengenai Kami

Mengenai Two Sigma Technologies

Two Sigma Technologies telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan tahun 2014 merupakan tahun kesepuluh penubuhan syarikat ini. Two Sigma adalah syarikat milik 100% Bumiputra yang menawarkan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) untuk sektor awam dan swasta.
Adalah menjadi kebanggan kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik melalui produk yang berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan. Dengan dunia yang penuh persaingan dan keperluan perniagaan, kami telah berkembang dan memperluaskan teras perniagaan kami kepada beberapa bidang yang meliputi :
  • Pembangunan Aplikasi Web
  • Latihan ICT (Kursus Pendek) @ www.training.2-sigma.com
  • Pengimbas Microtek (Pengedar Tunggal Malaysia) @ www.microtek.com.my
  • Pengurusan Insfrastruktur IT dan Pemantauan Prestasi Rangkaian
  • Mengedar dan Membekal Perkakasan dan Perisian
  •  Konsultansi dan Penyelidikan Perisian Termaju
  • Perkhidmatan, Penyelenggaraan dan Khidmat Sokongan IT
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh berhubung melalui kami melalui kaedah di bawah:

1334821535 contact
 03-6188 0601
1334820716 print 03-6188 0602
1334820735 phone
012-3748301 - Farah
012-775 3400 - Anwar
012-385 8401 - Hashim
1334820763 email
 farahiryanti@2-sigma.com - Bahagian Latihan
 anwar@2-sigma.com - Bahagian Pengimbas Microtek
 ashim@2-sigma.com - Bahagian IT
Pertanyaan juga boleh dikemukakan di facebook kami di https://www.facebook.com/TwoSigma

Tuesday 4 February 2014

Kursus Etiket Sosial, Protokol dan Keterampilan Diri

Kursus Etiket Sosial, Protokol dan Keterampilan Diri

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, baru-baru ini pihak Two Sigma Technologies baru sahaja selesai mengadakan Kursus Etiket Sosial , Protokol & Keterampilan diri di Terengganu di bawah anjuran Kolej Ketengah Kursus ini berlangsung selama 2 hari bermula dari 29 sehingga 30 Januari 2014. Yang lebih menariknya, kursus ini diadakan di PrinzPark Resort Terengganu, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Seramai 27 orang telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada kakitangan Ketengah Holding dan anak syarikat.

Banyak maklumbalas positif yang kami terima dari peserta dan mereka berpuas hati dengan servis dan perkhidmatan yang telah kami berikan sepanjang kursus ini berlangsung. Untuk makluman, kursus ini memberikan peluang kepada kakitangan dari sektor awam dan swasta untuk menimba serba sedikit ilmu pengehtahuan berkaitan dengan etiket sosial dan protokol, kemahiran di dalam berkomunikasi serta imej penampilan diri daripada perunding kami agar dapat meningkatkan kualiti dan kecemerlangan kendiri di kalangan yang sentiasa berurusan dengan pelanggan dan pihak atasan.

Kursus ini :
  • Memberi  pengehtahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai amalan protokol serta kemahiran sosial di dalam sesebuah majlis rasmi/korporat
  • Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial yang berkaitan dengan urusan pekerjaan seharian dan urusan pengendalian dan keterlibatan di dalam pelbagai bentuk majlis rasmi/ korporat
  • Memberi penerapan berkenaan komponen imej yang terdiri daripada penampilan, sahsiah dan komunikasi.
  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keterampilan diri, etika pemakaian dan keberkesanan komunikasi dalam membentuk keyakinan diri dan profesionalisme kerjaya.
  • Mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan yang terdiri daripada pelbagai kementerian dan jabatan.
Antara agenda sepanjang kursus merangkumi:
Hari Pertama
  • Kepentingan Protokol dan Etiket Sosial
  • Jenis-Jenis Protokol dan Etiket Sosial
  • Pembelajaran Praktikal Protokol dan Etiket Sosial
  • Pertemuan dan Perkenalan
  • Perbualan Sosial
  • Protokol dalam Urusan Seharian
  • Ketertiban / Protokol Meja Makan
  • Ketertiban protokol dan Etiket Pelbagai Majlis Rasmi
  • Panggilan Hormat
  • Protokol Pengurusan Majlis
  • Protokol tempat Duduk
  • Protokol Antarabangsa
  • Imej dan Dilema Gaya
  • Pemilihan Warna dan Fabrik
  • Kebersihan Diri
  • Etika dan Penyempurnaan Berpakaian
  • Pemaikaian Tudung
  • Fesyen Korporat dan Solekan
  • Simulasi Majlis Makan Malam
Hari Kedua
  • Kemahiran Berkomunikasi dan Kemahiran Komunikasi dengan Berkesan
  • Seni Pembentangan dan Pengucapan Awam
  • Seni mempengaruhi yang Lain dengan Komunikasi dan Imej Kendiri
  • Komunikasi Verbal dan Bukan Verbal
  • Komunikasi Korporat
  • Komunikasi Elektronik
  • Kemahiran Pembentangan Menggunakan PowerPoint
  • Sesi Praktikal- Pembentangan Individu

Berikut merupakan foto gambar sepanjang kursus :

 Syarahan oleh Tenaga Pengajar Kami

 Perbincangan dalam Kumpulan

Aturan Meja Makan untuk Majlis Keramaian

Ketertiban  dan Protokol Meja Makan

 Para Peserta yang Khusyuk Mendengar
Para Peserta Kolej Ketengah Sdn Bhd 


Malam Simulasi Majlis Makan Malam
Kami telah mensimulasikan suatu majlis makan malam siap dengan penyambut tetamu dan diaturkan agenda majlis makan malam tersebut termasuk ucapan oleh pihak pengurusan agar peserta dapat merasai bagaimana mengaturkan satu majlis makan malam dan bagaimana membawa diri dalam majlis tersebut. Sepanjang makan malam tersebut penceramah kami memantau para peserta dan memperbetulkan jika ada kekurangan semasa majlis. Berikut adalah dress code dan menu makan malam:

Dress Code :
Lelaki - Batik dan Seluar Panjang (Sesuai) dan Kasut (Sesuai)
Perempuan - Batik, Selendang, Kasut (Court Shoes), Beg Tangan Kecil (sesuai) sama warna kasut
Menu Makan Malam :
Western Dinner
  1. Mushroom and cheese on toast
  2. Garden Fresh With 1k'Dressing
  3. Cream of Asparagus 
  4. Grill Cajun Ribeye Steak Onion Potatoes, Seasonal Vegetables and Mushroom Sauce atau;
  5. Grill Marinated Chicken Onion Potatoes, Seasonal Vegetables and Black Pepper Sauce
  6. Homemade Apple Strudel with Vanilla Sauce and Fruit Garnish
  7. Coffee and Tea. 
 Penceramah Kami yang Sentiasa Memantau

Simulasi Ucapan Makan Malam

Moga para peserta mendapat manfaat dari kursus ini dan membawa apa yang dipelajari di Majlis Keramaian yang nyata kelak...Amin

Pautan klien juga boleh didapati di http://www.kolejketengah.edu.my/index.php/berita-dan-peristiwa/12-berita/34-kursus-etiket-sosial-protokol-keterampilan-diri