.

Wednesday 26 February 2014

PHP - Template Inheritance

PHP - Template Inheritance

Dalam pembangunan web aplikasi, dilema utama bagi seseorang pengaturcara atau penganalisis adalah kaedah untuk menguruskan kod pemprosesan dan kod paparan. Sekiranya terlalu banyak kod pemprosesan, kemungkinan untuk pengaturcara CSS atau Designer untuk terubah kod asal (kod aturcara pemprosesan) adalah tinggi

Bagi pengguna framework, hal ini tidak menjadi masalah kerana pengurusan ‘themes’ , ‘views’ dan ‘layout’ telah menjadi kewajipan untuk setiap framework. Sepanjang pengalaman saya dalam membangunkan aturcara web aplikasi, saya mendapati kaedah yang digunakan oleh framework Django amat menepati citarasa dan mudah diolah. 

Namun begitu, untuk menterjemah kod Phython (bahasa pengaturcaraan bagi framework Django) kepada PHP bukanlah perkara yang mudah. Setelah mengGOOGLE beberapa ketika, saya mendapati kaedah yang digunakan untuk pengurusan kod ini dipanggil  ‘Template Inheritance’- bunyi yang gempak tetapi agak klise. 

Beberapa hasil carian dari google seperti:


 Smarty – www.smarty.net/inheritance  





Saya telah mencuba beberapa skrip diatas dan mendapati PHPti lebih mirip dengan framework Django dan daripada pengarang web itu sendiri menyatakan PHPti dibangunkan berasaskan model dari framework Django.

Antara kelebihan PHPti ini adalah:

  1.  Menggunakan kaedah ‘Block’, sama seperti Django
  2. Menyokong ‘Nested Block’
  3. Menyokong ‘Overwrite Block’ 
  4.   Mempunyai ‘SuperBlock’ bagi sesetengah keadaan yang memerlukan
  5.  Hanya satu fail untuk di ‘include’

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Template Inheritance dalam PHP ini, anda boleh menghubungi farahiryanti@2-sigma.com atau sales@2-sigma.com atau melalui talian telefon di 03-61880601. Customize training boleh disediakan.

Selain itu juga, anda boleh melawat http://training.2-sigma.com sekiranya berminat dalam pembangunan web terutama PHP atau lain-lain

0 comments:

Post a Comment