.

Monday 24 February 2014

PHP - Penggunaan Teknik Object Oriented dengan MySQL

PHP - Penggunaan Teknik Object Oriented dengan MySQL


Dalam pembangunan aplikasi web menggunakan PHP, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk memanipulasi data dari database terutamanya MySQL. Tatacara tersebut boleh dipelajari dengan mudah dari laman sesawang seperti www.w3schools.com/php, http://ww.php.net dan www.tizag.com/phpT‎. 

Kaedah asas adalah seperti berikut: 

          I- Sambungan (connection) kepada database menggunakan mysql_connect()
              $conn = mysql_connect(‘host’, ‘db_user’, ‘db_password’);
          II- Kemudian melakukan query kepada database menggunakan mysql_query()
              $result = mysql_query(“SELECT * FROM user”, $conn); 

$result akan mengandungi semua data dari Table ‘user’ dan kita boleh paparkan dalam bentuk jadual atau grid. 

Namun begitu, kaedah sebegini hanyalah asas dalam membuat hubungan kepada database dan bukan amalan yang baik dalam pembangunan aplikasi web secara komersil. 

Selain memerlukan struktur pengaturcaraan kod yang panjang, kaedah ini juga senang untuk terdedah kepada isu keselamatan seperti SQL Injection. 

Bagi mengatasi masalah ini, kita boleh menggunakan teknik Object Oriented seperti PDO, RedBean, dan lain-lain. Sebagai permulaan, saya mencadangkan agar individu yang mahu berjinak-jinak dengan pembangunan web menggunakan PHP agar memahami asas serta Object Oriented dan terus menggunakan skrip yang telah sedia ada di laman maya sebelum membangunkan skrip sendiri.

Dalam entri ini, saya akan mengambil salah satu contoh skrip yang telah saya cuba untuk membangunkan system web aplikasi iaitu Redbean.  Skrip ini boleh dimuat turuan dari http://redbeanphp.com/downloadredbean3.php. Kelebihan skrip ini adalah ianya telah dikompil menjadi satu fail dan menyokong kaedah CRUD.

Contoh penggunaan skrip ini:

require('rb.php');

R::setup('mysql:host=localhost;dbname=mydatabase','user','password');

$post = R::dispense('post');

$post->text = 'Hello World';

$id = R::store($post); //Create or Update

$post = R::load('post',$id); //Retrieve

R::trash($post); //Delete


Contoh skrip diatas ini telah meliputi dari proses mencipta table, memasukkan data ke dalam database, memanggil data dari database dan juga menghapuskan data dari database.

Untuk belajar dengan lebih lanjut mengenai Object-Oriented Programming with PHP and MySQL, anda boleh melawat disini. Jika berminat boleh emel kami di farahiryanti@2-sigma.com atau sales@2-sigma.com atau melalui talian telefon di 03-61880601. Maklumat terperinci seperti silibus boleh di dapati di laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com

0 comments:

Post a Comment