.

Thursday, 27 March 2014

Kursus Budaya Kerja Cemerlang

Kursus Budaya Kerja Cemerlang


Budaya Kerja Cemerlang adalah satu konsep dan pendekatan pengurusan pentadbiran yang telah diamalkan di Malaysia. Konsep ini juga akan melahirkan pekerja yang bertangunggjawab dan berintegriti. Matlamat organisasi akan dapat dicapai melalui komitmen bekerja dan hubungan baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan bawahan mereka.Untuk menjadikannya lebih berkesan, sesebuah organisasi perlu membentuk dan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang. Oleh itu, Two Sigma Technologies menawarkan untuk mengendalikan Kursus Budaya Kerja Cemerlang bagi membantu organisasi memupuk sikap para pekerja supaya menjadi pekerja yang cemerlang. 

Objektif

  • Menilai kembali kaedah bekerja dan kesedaran diri berlandaskan nilai-nilai keagamaan – mulia, jujur di dalam menjalankan tugas, amanah dan bertanggungjawab.
  • Mengecam tugas, nilai hidup dan orientasi diri sendiri bagi mengenalpasti sikap positif yang akan mempamerkan kemajuan/peningkatan terhadap Syarikat dan diri sendiri.
  • Semangat serta keinginan yang tinggi ke arah kecemerlangan melalui penetapan matlamat, peningkatan kerja yang khusus serta seragam.
  • Membincangkan dan mengalami sendiri punca rintangan yang memperdaya sikap positif dan perasaan individu supaya objektif dan matlamat organisasi tercapai.
  • Membentuk imej yang lebih positif dan efektif untuk diri sendiri serta Syarikat yang akan menghasilkan personaliti yang lebih berkeyakinan dan dinamik.
  • Menyatakan kepentingan menjadi seseorang individu yang agresif dan mempunyai kreativiti tersendiri untuk kemajuan diri, keluarga dan negara.
  • Kerja secara berpasukan untuk mencapai objektif syarikat.
  • Cara berhubung atau berkomunikasi secara lebih efektif dengan pelanggan dalaman dan luaran dapat menilai pekerjaan dan mengambil yang lebih efektif.

Kandungan Kursus 

  • Pengenalan Budaya Kerja Cemerlang.
  • Kesedaran Diri & Tanggungjawab.
  • Penerokaan Di Dalam Pembentukan Insan Cemerlang.
  • Ke Arah Anjakan Paradigma.
  • Kebijaksanaan Emosi Di Tempat Kerja (Emotional Intelligence).
  • Pengurusan Masa Dan Pengurusan Kerja.
  • Anda Dan Kumpulan.

Bila dan Di Mana

Tarikh serta tempat perlaksanaan kursus boleh ditentukan oleh agensi pelanggan tetapi disusuli dengan perbincangan bersama pihak Two Sigma Technologies.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Budaya Kerja Cemerlang di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a comment