.

Monday 31 March 2014

Kursus Pra-Persaraan Perkhidmatan Awam

Kursus Pra-Persaraan Perkhidmatan Awam


Kursus Pra Persaraan Perkhidmatan Awam adalah kursus yang sering dianjurkan syarikat dalam konteks modul Pra Persaraan. Kursus ini juga telah mendapat sambutan menggalakkan dari Kementerian/Jabatan dan Agensi Kerajaan. Dengan itu, Two Sigma Technologies menawarkan untuk mengendalikan Kursus Pra-Persaraan Perkhidmatan Awam sebagai langkah persediaan untuk penjawat awam yang bakal bersara. Di samping itu juga, kursus selama tiga hari ini akan menerangkan mengenai kemudahan perlanjutan pembayaran pinjaman perumahan  (kelayakan dan syarat) dan cara mengurus aliran tunai dan pinjaman selepas bersara. Perkongsian pengalaman melalui slot Membina Persaraan Cemerlang akan memberikan manfaat yang amat berguna kepada bakal pesara.

Kenapa Perlu Menghadiri Kursus Ini

  1. Kebanyakan penjawat awam menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan yang selesa selepas bersara kerana gagal merancang kewangan.
  2. Kakitangan akan berhadapan dengan alam persaraan yang merupakan perubahan kehidupan yang akan mereka alami.
  3. Sesetengah kakitangan tidak dapat menyesuaikan diri  dengan perubahan yang akan mereka alami semasa bersara.

Objektif Kursus

  • Mengetahui faedah-faedah persaraan.
  • Mengetahui tentang potongan-potongan dalam ganjaran.
  • Mengetahui cara perlanjutan bayaran pinjaman perumahan / ubah suai kediaman.
  • Mengetahui cara membina persaraan yang cemerlang.

Topik  kursus merangkumi:

  • Membina Persaraan Cemerlang.
  • Faedah  Ganjaran (Pencen, Graduiti dan GCR).
  • Faedah Terbitan dan Faedah Perubatan.
  • Perbezaan di antara SMM & SBPA.
  • Pinjaman Perumahan.
  • Pengurusan Aliran Tunai dan Pinjaman (AKPK).

Siapa Patut Hadir 

Kursus ini dirancang untuk 40-50 orang peserta bagi satu sesi dan boleh dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan.

Bila dan Di Mana 

Tarikh serta tempat perlaksanaan kursus boleh ditentukan oleh agensi pelanggan tetapi disusuli dengan perbincangan bersama pihak Two Sigma Technologies

Sekiranya anda berminat  untuk kami mengendalikan Kursus Pra-Persaraan Perkhidmatan Awam di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment