.

Thursday, 27 March 2014

Kursus Kepimpinan Pengurusan dan Penyeliaan

Kursus Kepimpinan Pengurusan dan Penyeliaan

Pengenalan 

Penyelia harus mempunyai kemahiran pengurusan dan kepimpinan yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber yang boleh dicontohi oleh pekerja yang lain. Disamping itu, pengurusan yang berjaya berterusan bergantung kepada cara pengurusan yang efektif. Peranan penyelia sangat penting kerana perlu memimpin, mendorong dan menguruskan pasukannya untuk mencapai matlamat organisasi dan individu. Oleh itu, Two Sigma Technologies menawarkan Kursus Kepimpinan Pengurusan dan Penyeliaan untuk membantu penyelia dan pengurus untuk mempertingkatkan kemahiran penyeliaan dan menerangkan teknik-teknik pengurusan yang efektif. 

Kelebihan Kursus Ini

  • Melahirkan penyelia dan pengurus yang mempunyai kualiti kepimpinan.
  • Mengembangkan potensi kakitangan dengan mencari idea-idea baru.
  • Dapat membantu organisasi mencapai matlamat.
  • Meningkatkan prestasi dan imej organisasi dan kakitangan.

Objektif

  • Mempelajari teknik dan gaya menjadi penyelia - merancang dan mengawal secara efektif untuk menghasilkan kualiti kerja mengikut kehendak pelanggan.
  • Memahami teknik bagaimana untuk mendapatkan sokongan, menjadi inspirasi dan dapat mempengaruhi pekerja untuk menghasilkan keputusan yang mengalakkan.
  • Mengenalpasti dan menilai kebolehan dan keberkesanan di dalam pengurusan dan penyeliaan.
  • Mempelajari kemahiran dan teknik-teknik mengurus dan memotivasi warga kerja bermasalah dengan berkesan untuk mengurus dan mengembang potensi kerja mereka.
  •  Memahami konsep penyeliaan dan pengurusan di dalam mengendalikan berbagai situasi tugasan dan warga kerja.
  • Mengenalpasti kaedah menangani masalah dan memahami teknik mengeluarkan idea dan pendapat.
  • Memahami teknik membetulkan kesilapan di dalam proses komunikasi dan kaedah mengawal perasaan takut dan tekanan negatif semasa proses perundingan.
  • Memahami kaedah perundingan di antara kakitangan supaya dapat mengurangkan konflik, mendapat kerjasama.

Kandungan Kursus

  • Penyeliaan dan Proses Pengurusan.
  • Penyeliaan dan Kepimpinan.
  • Melaksanakan Pengurusan Konflik.
  • Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah.
  • Mengurus Pekerja Bermasalah dan Proses Perundingan.
  • Kepimpinan dan Membina Pasukan Berjaya.

Sasaran Peserta Kursus

Kursus ini dirancang untuk 40-50 orang peserta bagi satu sesi dan boleh dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan. 

Bila dan Di Mana 

Tarikh serta tempat perlaksanaan kursus boleh ditentukan oleh agensi pelanggan tetapi disusuli dengan perbincangan bersama pihak Two Sigma Technologies.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Kepimpinan Pengurusan dan Penyeliaan di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a comment