.

Pembangunan dan Latihan ICT

Sertai Latihan Professional Kami Sekarang!!!

Two Sigma Technologies

Lawati laman web kami untuk perkhidmatan dan latihan yang ditawarkan

Dapatkan ElePHPant Flush Toys Sekarang!!!

Sertai kursus yang kami anjurkan untuk mendapatkannya

Friday 29 August 2014

HTML – Peta Imej

HTML – Peta Imej


Peta imej adalah tag HTML <map> yang berfungsi menjadikan sebahagian kawasan daripada gambar sebagai pautan (link). Sebagai contoh, peta imej boleh digunakan di gambar peta, di mana apabila pengguna klik pada kawasan tertentu, pelayar (browser) akan memaparkan maklumat ataupun membawa ke alamat (address) yang lain.

Peta imej boleh dibahagikan kepada dua iaitu, sebelah klien (client side) dan sebelah pelayan (server side).

Peta Imej Sebelah Klien dan Sebelah Pelayan

Peta Imej Sebelah Pelayan

Peta imej sebelah pelayan membolehkan pelayar menghantar maklumat koordinat kepada pelayan apabila pengguna klik pada kawasan di gambar. Pelayar akan meminta (request) pada pautan yang diberi dan menambah kedudukan koordinat ‘?x,y’ di penghujung pautan. Sebagai contoh:

<a href=’about.html’><img src=’image.jpg’ ismap/></a>

Apabila pengguna klik pada gambar, koordinat x dan y akan ditambah di URL , ‘about.html?3,9’.

Peta Imej Sebelah Klien

Peta imej sebelah klien dilihat lebih popular berbanding di sebelah pelayan. Ianya memboleh anda menentukan senarai pautan untuk digunakan disesuatu kawasan gambar. Ini memberikan kelebihan kepada anda, untuk terus melihat kawasan yang mempunyai pautan. 

Sekarang, untuk melihat lebih jelas, mari kita lihat tutorial ringkas cara menggunakan peta imej sebelah klien.

Tutorial Ringkas Peta Imej Sebelah Klien

Secara amnya, peta imej sebelah klien terbahagi kepada dua iaitu :
  1. Gambar asal, dengan menggunakan tag <img> bersama ciri (attribute) usemap.
  2. Elemen <map> dan di dalamnya terdapat elemen <area> yang ditentukan sebagai kawasan boleh diklik. Ciri title boleh digunakan sebagai tooltip apabila anda menggerakkan anak panah tetikus ke kawasan boleh diklik. Selain itu, anda juga disarankan menyediakan alt. 
Di dalam elemen <area> terdapat 3 bentuk <shape> yang biasa digunakan iaitu:
  • Rectangle: <shape=”rect”> , tentukan empat koordinat.
  • Polygon: <shape=”poly”>, tentukan sebanyak mana koordinat yang anda mahu.
  • Circle: <shape=”circle”>, tentukan satu koordinat dan radius.

Bagaimana hendak mendapatkan koordinat?

Anda boleh mendapatkan koordinat dengan menggunakan apa sahaja image editor, contoh yang paling mudah, menggunakan aplikasi Paint. Gerakkan penunjuk tetikus anda ke point bentuk yang anda pilih. Seperti contoh dibawah, penunjuk tetikus diletakkan di kedudukan kiri dan atas segi empat dan koordinatnya adalah 42,38. 

Untuk mendapatkan koordinat ‘Circle’ anda hendaklah, mendapatkant titik tengah bagi bulatan beserta radius. Sebagai contoh, koordinat bagi titik tengah bulatan pada gambar di bawah adalah, 390162 dan radiusnya 76.

Kod yang lengkap untuk tutorial ini adalah seperti contoh di bawah:

<img src="http://i.imgur.com/Aw4Nx25.jpg?1" alt="Website map" usemap="#mapname" />
<map name="mapname">
  <area shape="rect" coords="42,38,252,152" href="#" alt="rectangle" title="this is rectangle" />
  <area shape="poly" coords="123,198,219,219,265,255,222,300,130,312,56,279,55,230" href="#" alt="polygon" title="this is polygon" />
  <area shape="circle" coords="390,162,76" href="#" alt="circle" title="this is circle" />
</map>

Website map rectangle polygon circle

Apabila anda sudah memahami cara menggunakan tag peta imej dengan betul, seterusnya anda boleh menjimatkan masa anda dengan menggunakan perisian seperti Adobe Dreamweaver yang mampu menghasilkan terus peta imej ini tanpa perlu menggunakan cara manual mencari koordinat.

Sekiranya anda berminat untuk mempelajari mengenai HTML dengan lebih lanjut, pihak Two Sigma Technologies menyediakan kursus-kursus berkaitan HTML seperti Introduction To Development Using HTML5, CSS3 and JQuery. Anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan lebih lanjut di talian 03-61880601 ataupun menerusi email sales@2-sigma.com. Selain itu, anda juga boleh melawati http://www.training.2-sigma.com untuk mendapatkan tarikh-tarikh kursus terdekat.

Apple Perkenalkan Bahasa Pengaturcaraan Swift Dalam WWDC 2014

Apple Perkenalkan Bahasa Pengaturcaraan Swift Dalam WWDC 2014 
Apple baru saja memperkenalkan bahasa pengaturcaraan baru bernama Swift, bahasa pengaturcaraan ini digunakan untuk membangunkan aplikasi Ios dan OS X. Bahasa pengaturcaraan Swift ini diciptakan untuk menggantikan bahasa pengaturcaraan Objective C yang digunakan oleh para developer selama 20 tahun. Swift juga bertujuan untuk menjadi bahasa moden dan mudah untuk digunakan yang membolehkan pembangunan aplikasi lebih cepat dan mengelakkan kerumitan dalam Xcode.


Apple Senior Vice President of Software Engineering, Craig Federighi mengatakan bahawa “ Setelah sekian lama menggunakan bahasa Objective C, ini adalah waktunya untuk mengganti menggunakan bahasa lain”. Selain itu, kod Swift juga dapat digunakan bersamaan dengan kod Objective C sehingga pengaturcara dapat membangunkan sesebuah aplikasi dengan mudah dan seterusnya pengaturcara  akan dapat melihat secara langsung (realtime) hasil dari program yang mereka tulis.


Bahasa Swift memiliki model yang lebih sederhana sehingga lebih mudah dan cepat dalam membuat program dan aplikasi Swift memiliki kecepatan 93 kali lebih cepat berbanding menggunakan Objective C.

Wednesday 27 August 2014

10 Aplikasi yang anda perlu ada bagi Windows 7

10 Aplikasi yang anda perlu ada bagi Windows 7


Adakah anda telah install aplikasi yang terbaik untuk PC anda? TechRadar telah menynaraikan program percuma yang terbaik untuk Windows 7, dan kami memilih 10 program yang kami fikir penting untuk PC anda. Jika anda tidak mempunyai program-program ini, disini kami akan menerangkan mengapa anda perlu memuat turunnya.

1. CCleaner


Siapa yang tidak suka kepada komputer yang bersih? Jika anda sudah mengosongkan "Recycle Bin" dan membersihkan cache pelayar anda, masih ada lagi fail terkumpul dalam Windows. Menjalankan CCleanner setiap beberapa bulan akan memastikan sistem anda bersih daripada fail-fail sementara (temporary files) dan log ralat (error log) serta data pendaftaran (registry) lebihan. Jika anda menjalankan Windows dalam SSD (Solid State Drive), anda mungkin akan terkejut dengan berapa banyak ruang penting yang anda boleh kosongkan dengan CCleaner dengan proses pembersihan yang cuma mengambil masa beberapa minit.


2. Notepad++


Walaupun anda bukan seorang pengaturcara (programmer), Notepad++ adalah perisian penting yang anda perlu ada dalam komputer anda. Ianya mengembangkan Notepad biasa dengan "tab", pencarian yang diperkuatkan, GUI (Graphical User Interface) yang boleh diubahsuai dan boleh menyokong berbagai bahasa pengaturcaraan. Ianya tahu bagaimana untuk menguraikan kod dan pecahan baris (linebreak) serta boleh mencampur adukkan text dengan sesuatu yang boleh dibaca (readable). Ianya juga boleh manambah pautan yang berguna pada konteks menu Windows anda supaya dapat embuka fail teks denga cepat. Jika keperluan mengedit teks anda sederhana, anda akan menghargai kepantasan dan kebolehcapaian Notepad++. Jika anda perlu melakukan kerja pengekodan yang erat, anda akan menggemari kedalaman pilihan menu dan kebolehsuaiannya.


3. 7-Zip


Anda mungkin pernah menggunakan 7 Zip. Ianya boleh "Zip" atau "Unzip" pelbagai format fail dengan sokongan konteks menu yang hebat dan membolehkannya memproses dengan lebih pantas. Anda tidak mempunyai masalah dengan WinRAR, tetapi tidakkah anda letih dengan "Pop Up" yang meminta anda untuk bayar aplikasi mereka sedangkan 7-Zip adalah percuma sepenuhnya.


4. Adobe Reader


Perisian Adobe memang mempunyai reputasi untuk mengembang dengan kemas kini mereka yang kerap dan memang benar terdapat aplikasi PDF yang leih ringan. Contohnya Pembaca PDF (PDF Reader) Foxit, ianya aplikasi yang baik jika anda ingin membuka dan membaca fail PDF. Tetapi jika anda ingin menyunting fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader. Ianya Percuma termasuk perkakasan (tools) percuma untuk menambah teks atau menaandatangani dokumen. Ianya juga boleh mengeksport fail tersebut sebagai dokumen Word.


5. Defraggler


Windows 7 telah melakukan kerja yang baik iaitu "defragment" cakera keras anda dengan senyap dibelakang secara automatik. Berkemungkinan, perjalanan cakera anda adalah lancar tanpa anda perlu "defragment" secara manual. Kadangkala, setelah memindahkan banyak fail atau memberikan ruang pada cakera keras yang hampir penuh, anda ingin defrag secara manual. Defraggler, daripada pencipta CCleaner boleh "defragment" pada sasaran. Anda boleh melihat fail atau sektor yang "fragment" dan akan melakukan "deefragment" secara spesifik tanpa perlu menunggu selama 2 jam untuk cakera anda dibersihkan sepenuhnya.


6. Recuva


Recuva dalah suatu alatan yang diperlukan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Contohnya anda terhapuskan satu fail, Recuva boleh membantu anda mendapatkannya semula. Ianya direka untuk membantu mambatalkan memadam fail, ataupun mencari fail yang mungkin masih boleh dicapai jika cakera telah diformat. Recuva juga boleh membantu anda memadamkan fail yang benar-benar anda ingin hapuskan dengan menulis ganti (overwrite) fail tersebut pada cakera keras dan membuatkannya lebih sukar untuk dicari.


7. VLC Media Player


Jika VLC tidak dapat memainkannya, berkemungkinan fail tersebut rosak. Ianya percuma, pemain video dari sumber terbuka (open source) yang mempunyai video yang terbina dalam (built in) codecs bagi mana-mana format fail. Ia mudah dan berkuasa. Ianya pemain video yang wajib ada dan ianya sentiasa bertanding dengan Media Player Classic. VLC juga menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan yang disukai seperti menaikkan "volume" hingga 200% dimana ianya penting bagi fail-fail yang mempunyai audio yang perlahan. Ia juga boleh menyesuaikan kelajuan rakaman audio, menjadikannya alatan yang membantu anda mentranskripsi (transcribing). Ia bukan sahaja pemain video yang terbaik untuk PC anda, tetapi ia baik untuk audio juga.


8. Handbrake


Jika anda mempunyai .avi yang perlu menjadi .mp4 ataupun .mp4 yang sepatutnya menjadi .mkv. Apakah yang anda perlu lakukan? Handbrake akan menyelesaikan masalah anda. Ianya merupakan transcoder daripada sumber terbuka yang mudah digunakan. Anda cuma perlu "drag" fail yang anda ingin tukar, setkan pilihan kualiti fail, kemudian klik pada butang "Start". Ia akan membaiki fail tersebut menjadi fail .mp4 atau .mkv yang baharu. Jika anda ingin melakukan kerja penyuntingan video (video editing), Handbrake akan menjadi senjata anda.


9. Google Chrome


Pelayar Google telah berkembang daripada Firefox kepada Pelayar web. Ia mungkin yang pertama sekali anda "install" apabila anda mempunyai Windows yang bersih atau PC anda baru selesai di "format". Terdapat beberapa masalah pada Chrome seperti kadang-kala ia menjadi perlahan atau "crash" selepas keluaran (release), tetapi sukar untuk membayangkan tanpa ciri-cirinya yang membantu seperti "tab", penyelarian kata laluan antara Komputer, Komputer Riba ataupun Telefon Pintar anda.


10. LastPass


Anda mungkin menggunakan Kata Laluan yang sama dalam kebanyakan laman web. Anda perlu lakukan sesuatu sebelum penggodam menggunakan butir-butir peribadi anda untuk perkara yang tidak baik. LastPass akan membenarkan anda mencipta kata laluan induk, kemudian ia akan mewujudkan pelbagai perkataan (string) untuk semua akaun anda. Jadi anda tidak perlu risau mana-mana laman web akan menggunakan butir-butir peribadi anda. LastPass juga akan mengingati isian automatik bagi semua kata laluan anda. Anda juga boleh "install" pada pelbagai peranti anda untuk memudahkan proses log masuk. Ianya suatu pengurusan kata laluan yang memudahkan dan ianya menjadikan data anda lebih selamat.



Informasi ini diterjemahkan daripada PC Gamer

Sunday 24 August 2014

5 sebab kenapa PHP adalah bahasa pengaturcaraan yang lebih baik

5 sebab kenapa PHP adalah bahasa pengaturcaraan yang lebih baik


PHP adalah antara bahasa pengaturcaraan yang mudah difahami dan digunakan. Sejarahnya bermula dengan hanya sebagai C Shells untuk pengaturcaraan web dan kini ia menunjukkan potensinya untuk berkembang maju, sehinggalah menjadikannya pilihan utama untuk kebanyakkan pembangunan laman sesawang. Ini terbukti apabila, laman sosial popular seperti “facebook” turut dibangunkan melalui rangka kerja (framework) PHP. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangka kerja PHP, anda boleh melihat artikel terdahulu.

Terdapat 5 sebab PHP adalah bahasa pengaturcaraan yang lebih baik, antaranya adalah:

  1. Sokongon luas daripada komuniti
     PHP mempunyai sokongon komuniti yang luas bersama perpustakaan (libraries) yang banyak untuk meningkatkan prestasi fungsi PHP.

  2. Integrasi perisian yang lebih mudah
    PHP mudah untuk dintegrasikan bersama perisian sumber terbuka dan program yang lain tanpa memerlukan sebarang tambahan plugin ataupun perpustakaan. PHP turut dibina untuk sokongan modul Apache dan pangkalan data MySQL serta PostgresSQL.

  3. Sokongan luas untuk “regular expression”
    PHP mampu melaksanakan pelbagai tugas seperti manipulasi dan perbandingan paten dengan mudah.

  4. Sokongan “Access logging”
    PHP menyediakan pemantaun akses secara “real time” dan juga menyenggara halaman yang dipunyai dan disenggara oleh pengguna tertentu. 

  5. Sokongan kaedah pengaturcaraan berasaskan objek
    PHP bukan sahaja menyokong kaedah procedural, tetapi ia menyokong kaedah moden seperti pengaturcaraan berasaskan objek.
Seterusnya, mari kita lihat perbandingan pantas antara PHP, ASP dan JSP
  1. Memandangkan PHP merupakan usaha sumber terbuka, maka ianya mempunyai ramai pengguna yang terdiri daripada pembangun, penguji, penulis dokumen dan pengulas. Walaupun JSP merupakan sumber terbuka, tetapi perjalanan untuk ia bersaing bersama PHP agak jauh. ASP pula berasaskan .Net framework kepunyaan Microsoft.

  2. PHP mempunyai banyak hosting premium secara percuma tetapi ASP dan JSP hanya mempunyai hosting yang berbayar sahaja. PHP dan JSP mampu beroperasi dipelbagai pelayan (server) tetapi ASP.net memerlukan hanya pelayan berasaskan Windows.
Kesimpulannya, diatas beberapa sebab seperti sokongan komuniti yang luas dan juga integrasi yang mudah, menjadikan PHP antara bahasa pengaturcaraan yang lebih baik. Tetapi harus juga diingat, bahasa pengaturcaraan yang baik perlulah digunakan dengan baik. Mengamalkan pengaturcaraan yang selamat, mampu mengelakkan daripada sistem yang dibangunkan terdedah kepada serangan.

Dengan ini pihak Two Sigma Technologies berbesar hati untuk memperkenalkan kursus-kursus mengenai PHP yang dianjurkan oleh kami kepada anda. Antara kursus-kursus PHP yang sentiasa mendapat sambutan hangat daripada peserta adalah seperti kursus Web Application Development using PHP and MySQL untuk mereka yang baru ingin mengenali PHP dan PHP Secure Programming yang sangat bersesuaian untuk mereka yang ingin memantapkan lagi pengetahuan PHP dengan teknik-teknik pengaturcaraan yang lebih selamat.   

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus-kurus mengenai PHP dianjurkan oleh kami ataupun mahu kami mengendalikannya di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut. Selain itu anda juga boleh melawati http://www.training.2-sigma.com/ untuk mendapatkan  tarikh-tarikh kursus yang terdekat.

Thursday 21 August 2014

Prebiu Windows 9

Prebiu Windows 9 akan tiba lewat September


Windows 9 telah bersedia untuk membetulkan kesilapan Windows 8. Menurut wartawan veteran Microsoft ZDNet, versi "prebiu teknologi" bagi OS (Operating System) akan tiba pada penghujung bulan September atau Oktober dengan pelepasan terakhir (final release) yang dijadualkan akan tiba pada Musim Bunga 2015. Lebih menarik lagi ialah "prebiu teknologi" boleh didapati secara percuma oleh orang awam.

Sumber telah memberitahu The Verge yang Microsoft bercadang untuk mendedahkan Windows 9 dengan nama kod "Threshold" pada acara prebiu 30 September ini. Pada masa lalu, Microsoft telah mendedahkan prebiu pemaju (developer) mengenai perjalanan kerja sistem pengoperasian sebelum ianya boleh didapati oleh orang awam. Jika "prebiu teknologi" boleh dilihat oleh orang awam, mereka boleh melihat peningkatan Windows 9 sebelum akhir tahun ini. Khabar angin mengatakan yang perubahan pada "Threshold" memberikan harapan kepada pengguna yang Windows 9 akan menjadi seperti Windows 8 dan Windows 7 berbanding Vista.

Perkara yang dijanjikan yang paling penting sekali adalah menu "Start" akan kembali. Microsoft telah mendedahkan mini prototaip menu "Start" pada April lalu dimana mereka masih mengekalkan reka bentuk Jubin Moden pada menu "Start". Versi lain bagi menu "Start" sepatutnya boleh didapati oleh Windows 8.1 pada kemaskini musim luruh ini.



Satu lagi perubahan penting ialah aplikasi moden boleh dijalankan (run) dalam mod "standard" atau "windowed", ini bermakna pengguna tidak perlu untuk menukar antara skrin "Start" mesra sesentuh (touch-friendly) dengan "desktop" yang mesra tetikus (mouse-friendly).

Jika boleh, pengguna menginginkan versi "desktop" bagi aplikasi Cortana dan respon Microsoft kepada Siri dan Google Now. Perjuangan yang mungkin ada adalah masih terikat pada enjin carian (search engine) Bing, jadi anda perlu membuat keputusan jika mengiginkan aplikasi Google.

Microsoft dijangka akan menyemak ciri-ciri penting untuk versi Windows yang seterusnya ketika acara mereka September ini. Pengguna juga ingin melihat bagaimana kemajuan Microsoft berbanding Windows 9.

Artikel ini diterjemahkan dari PC Gamer

Penggodam Beretika

Penggodam Beretika


Keselamatan Internet adalah sangat penting. Untuk meningkatkan keselamatan menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap penggodam(hacker) beretika (juga dikenali sebagai penggodam topi putih) kerana ia melindungi sistem komputer daripada pencerobohan yang berbahaya. Selain itu, keperluan teknikal mahir IT dengan keinginan yang kuat untuk menyelesaikan masalah dan menghalang penggodam berniat jahat menyebabkan kerosakan kepada system rangkaian. Keselamatan internet bukanlah tentang kesedaran,ia adalah tentang sumbangan untuk membaiki, penggodaman dan etika. Pada zaman kini, ramai orang ingin menjadi penggodam beretika tetapi untuk menjadi seorang penggodam beretika yang professional memerlukan motivasi, dedikasi, inisiatif, kendiri pendidikan dan latihan dalam etika penggodaman.

Artikel ini untuk memberitahuan da semua bagaimana untuk menjadi seorang penggodam beretika tetapi apa yang anda perlu ingat adalah 'kesabaran'. Seorang penggodam adalah pengatur cara komputer yang suka menambah baik sistem-sistem komputer untuk mendapatkan lebih daripada maklumat yang tersedia dan ingin mempunyai akses tidak terhad kepada apa-apa yang dihasratkan. Penggodam berniat jahat, juga dipanggil “Cracker” adalah seorang penggodam yang mempunyai niat yang mengerikan dan suka mencipta/memusnahkan orang lain. Dia hanya mendapat kebahagiaan dengan menyakiti orang lain.

Bagaimana untuk menjadi seorang penggodam beretika

Menggodam bukanlah sesuatu yang anda boleh belajar dengan hanya membaca ebook, menonton video YouTube, dengan melayari laman Facebook yang berkaitan dengan penggodaman atau mengikut sesetengah laman web. Ia memerlukan usaha yang lebih banyak. Anda perlu sentiasa dikemaskinikan dengan teknologi terkini. Anda mesti mempunyai pengetahuan tentang:

Pengaturcaraan (Programming)


Pengaturcara (programmer) dianggap sebagai pencipta manakala penggodam sebagai pemusnah, tetapi itu tidak benar. Kita boleh mengatakan penggodam sebagai penganalisa keselamatan yang mencari kelemahan dalam pengaturcara program dan bantuan untuk menjadikan ia lebih selamat.Untuk melakukan ini, penggodam mesti mempunyai pengetahuan berkenaan programming.

Rangkaian (Networking)


Pengetahuan berkenaan rangkaian adalah sangat penting kerana apa yang kita lakukan adalah pada rangkaian. Dan mempertingkatkan keselamatan rangkaian (Keselamatan siber) adalah apa yang dipanggil etika penggodaman.

Kriptografi


Kriptografi dalam keselamatan siber bermaksud cara untuk menyulitkan (encrypt) dan menyahsulitkan (decrypt) maklumat atau data dalam rangkaian.

SistemPengurusanPangkalan Data (Database)


Data atau maklumat yang disimpan dalam pangkalan data boleh menyebabkan masalah besar.Untuk menjadi seorang penggodam beretika, anda perlu tahu bagaimana data disimpan, bagaimana data akan diambil dan bagaimana ia menjadi tidak selamat.

Linux


Jika anda ingin bermain permainan, mendengar muzik, menonton filem dan bekerja di pejabat, saya lebih menyarankan windows tetapi jika anda ingin menjadi seorang penggodam saya lebih menyarankan linux. Linux juga percuma, dan 100% sumber terbuka, bermakna sesiapa sahaja boleh melihat setiap baris kod dalam Linux kernel. Linux adalah sistem operasi multiuser sejak dari versi pertama. Walaupun terdapat alat dan persekitaran grafik yang mantap, anda masih boleh melakukan segala-galanya yang anda perlu hanya keyboard dan shell prompt.

Untuk mempelajari penggodaman beretika dengan lebih lanjut anda boleh menghadiri kursus kami @ Wireless Ethical Hacking & Penetration Testing.Lawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com atau boleh menghubungi kami melalui emel di sales@2-sigma.com atau melalui talian telefon di 03-61880601 untuk mendapatkan kandungan kursus dan tarikh kursus terdekat.

Lapan perkara penting yang anda perlu tahu mengenai Android L

Lapan perkara penting yang anda perlu tahu mengenai Android L


Google telah memperlihatkan cebisan versi Android yang akan datang yang dipanggil Android ‘L’ buat masa ini. Mereka masih belum mengesahkan samada nama Android tersebut Lollipop ataupun tidak.

Ini adalah perkara mengenai Android L yang kami tahu setakat ini:

Paparan yang lebih kemas


"Material Design" ialah nama yang Google diberikan untuk membaik pulih Antara Muka Pengguna (User Interface) Android L, ianya lebih memfokuskan untuk mengurangkan kekusutan bagi skrin dengan menggunakan antara muka yang minimal dan warna utama yang terang.

Butang navigasi pada skrin juga dipermudahkan kepada segi tiga asas, bulatan dan bentuk persegi. Paparan yang lebih kemas akan disebarkan kepada pengguna Peranti Android iaitu Produk Chrome dan Android seperti LG G Watch dan Moto 360.

Notifikasi Pintar


Notifikasi pada Android L boleh "drop down" daripada atas, ianya membenarkan anda berinteraksi dengan notifikasi tersebut atau menyingkirkannya tanpa mengganggu apa yang anda sedang lakukan.

Notifikasi bagi "Lock Screen" turut dipertingkatkan, ianya menampakkan lebih banyak maklumat
dan membenarkan anda menyingkirkannya dengan satu "swipe", atau bukanya dengan satu "tap".

Pengendalian tugas berbilang (Multitasking) Pintar


Efek "Multitasking" 3D terbaru bagi Android L juga menganggap "tab" Chrome sebagai proses yang berasingan.

Ini akan menunjukkan proses antara aplikasi dan laman web sekarang lebih lancar dan kurang mengecewakan, tetapi ianya mungkin akan membimbangkan pengguna kerana ianya akan merumitkan semua proses ketika sesi melayari laman web.

Keselamatan (Security) Dipertingkatkan


Keselamatan Android L telah juga dipertingkatkan. Anda boleh memilih untuk menetapkan peranti anda untuk "unlock" jika anda berada dikawasan yang selamat.

Contohnya, ia akan menyingkirkan "lock screen pattern" atau "pin" jika ia disambungkan dengan jam pintar anda. Ianya juga membolehkan anda memintas langkah-langkah keselamatan di lokasi-lokasi yang dipercayai contohnya rumah anda.

Carian yang Diperkasakan


Google Now mempunyai kuasa untuk memulakan sebarang aplikasi yang telah di"instal" dan relevan dengan carian anda.

Contohnya anda mencari sebuah filem, anda boleh melancarkan aplikasi filem seperti IMDb terus dari Google Now.

Lebih Lancar, Lebih Cepat


ART (Android Runtime) merupakan "default runtime" bagi Android L pada masa kini. Kesimpulannya adalah enjin yang berjalan disebalik tabir telah dibaharukan sepenuhnya.

Aplikasi dan animasi sekarang memproses sebanyak 60fps, Android L pula menawarkan kelajuan dua kali lebih pantas daripada "runtime" sebelum ini iaitu Dalvik.

Selain itu, "tweak" disebalik tabir menjanjikan peningkatan prestasi grafik dan Google telah bekerja dengan Nvidia dan Qualcomm untuk mengoptimumkan "processor" mereka.

Hayat Bateri yang lebih baik


Android L telah memperkenalkan suatu ciri baru iaitu Project Volta, ianya bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat bateri.

Pada permulaannnya, anda akan mempunyai maklumat mengenai hayat bateri anda yang membolehkan anda untuk mengenalpasti punca bateri anda cepat habis.

Ini bermaksud dengan pengoptimuman terkini, pemaju (developer) boleh menghasilkan aplikasi yang lebih efisyen dan kurang menggunakan tenaga.

Android L juga mempunyai mod mengurangkan penggunaan bateri (batttery saver mode) yang akan mengurangkan kecerahan skrin (brightness) dan menghadkan sambungan data (data connections) serta menyelarikan aplikasi (application syncing). ianya sama dengan mod mengurangkan penggunaan bateri yang terdapat pada LG G3, dan HTC One (M8).

Pemaju Boleh Mendapatkannya Sekarang.


Pemaju boleh mencuba menggunakan SDK (Software Development Kit) Android L bermula dari hari ini  sementara pengguna Nexus 5 dan Nexus 7 boleh memuat turun Android L bermula dari 26 Jun. Tetapi ianya tidak menjanjikan yang Android L tersebutt bebas dari pepijat (bug) sepenuhnya, jadi kita cuma perlu menunggu sehingga versi yang terakhir dilancarkan.

Informasi ini telah di terjemahkan dari Stuff TV

Wednesday 20 August 2014

Kabel USB Baru Boleh Berfungsi Dua Arah


Kabel USB Baru Boleh Berfungsi Dua Arah. Satu standard port USB baru dipanggil USB Type C telah dimuktamadkan dan akan memudahkan anda mencucuk penyambung USB ke dalam port tanpa perlu risau samada ia dicucuk secara terbalik atau tidak. Ia seperti penyambung lightening keluaran Apple yang boleh dicucuk pada dua-dua arah. USB Type-C direka untuk berfungsi pada dua belah arah dan akan digunapakai pada telefon pintar, tablet dan laptop di masa hadapan.


Variasi terbaru standard USB 3.1 itu mempunyai kelajuan pindahan data sepantas 10Gbps dan bersaiz seperti penyambung Micro USB biasa serta sekitar dua kali lebih pantas daripada USB 3.0. 
Namun satu kesulitan yang akan dihadapi ialah ia tidak boleh digunakan dengan standard port USB 3.0 sedia ada tanpa menggunakan penyuai. Namun buat sementara waktu penyuai bukanlah satu penyelesaian yang teruk memandangkan standard ini akan diperkenalkan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kejutan pasaran.

Kepantasan kelajuan pindahan data digabungkan kemudahan untuk mencucuk penyambung USB baru ini akan menjimatkan banyak masa anda dan membuka lebih banyak kemungkinan untuk peranti atau aksesori elektronik.

SanDisk Ultra Fit USB 3.0 Flash Drive Mampu Memindahkan Filem Penuh HD dalam masa 40 saat

SanDisk Ultra Fit USB 3.0 Flash Drive Mampu Memindahkan Filem Penuh HD dalam masa 40 saat

Pernahkah anda menyalin atau memindahkan fail filem (movie) atau lain-lain fail yang besar seperti fail windows installation, fail office installation  yang besar dari komputer ke thumbdrive atau external hardrive? Ia akan mengambil masa yang lama sehingga berjam-jam jika menggunakan flash drive biasa..

Sebuah perkakasan penyimpanan data mudah alih dengan kecepatan yang tinggi kini banyak dipasaran. Terbaru adalah produk dari SanDisk bernama Ultra Fit USB 3.0 Flash Drive yang menjanjikan kemampuan pemindahan data yang  tinggi. Hal ini kerana flash drive itu hadir dengan teknologi NAND Flash yang lebih cepat dibandingkan hardisk biasa yang berasaskan rotasi mekanikal.

Flash drive terbaru dari SanDisk ini mempunyai kecepatan mengirim data hingga 130MB per saat. Kecepatan pengiriman data itu lebih tinggi dibandingkan dengan perkakasan yang serupa dari Apacer yang mampu mengirimkan data dengan kecepatan sebesar 105 MB per saat. Dan dengan kecepatan pemindahan datanya yang tinggi tersebut, flash drive terbaru dari SanDisk ini pun dapat memindahkan filem penuh HD dalam masa hanya 40 saat.
 Flash Drive SanDisk Ultra - Zoom In

 Saiz Sebenar Apabila Flash Drive SanDisk Ultra Terpasang di USB Port Notebook

Flash Drive SanDisk Ultra Tanpa Casing Luar - Zoom In

Terdapat tiga pilihan kapasiti flash drive yang disediakan oleh SanDisk, iaitu versi 16GB, 32GB serta yang terakhir adalah 64GB. Khusus untuk model 64GB, pihak SanDisk menyediakan proteksi enripsi 128-bit. Dengan begitu, kecepatan pemindahan data dari perkakasan tersebut pun boleh mengalami penurunan masa menjadi ke angka 100 MB per saat.


Kursus Budaya Kerja Cemerlang

Kursus Budaya Kerja Cemerlang

Matlamat organisasi hanya dapat dicapai melalui komitmen bekerja dan hubungan baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan bawahan mereka. Masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan dapat diatasi sekiranya kakitangan-kakitangan yang mempunyai masalah tersebut diberi kesedaran tanpa paksaan.  

Budaya Kerja Cemerlang

Kursus Budaya Kerja Cemerlang ini direka adalah untuk menyelaraskan sikap dan niat para pekerja ke arah cara bekerja yang lebih berefektif dengan menggunakan segala ide dan kreativiti yang lebih dinamik disamping dapat membentuk individu di dalam mendisiplinkan diri dengan pekerjaan serta hubungan yang lebih baik diantara pihak atasan dan rakan sekerja bagi mencapai matlamat individu dan syarikat. Program ini juga dapat melahirkan keterampilan individu yang lebih bersemangat di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja disamping dapat menjadi contoh individu yang membanggakan terhadap keluarga dan negara.

Di dalam kursus ini peserta dapat:

  • Menilai kembali kaedah bekerja dan kesedaran diri berlandaskan nilai-nilai keagamaan – mulia, jujur di dalam menjalankan tugas, amanah dan bertanggungjawab
  • Mengenalpastu tugas, nilai hidup dan orientasi diri sendiri bagi mengenalpasti sikap positif yang akan mempamerkan kemajuan/peningkatan terhadap Syarikat dan diri sendiri
  • Semangat serta keinginan yang tinggi ke arah kecemerlangan melalui penetapan matlamat, peningkatan kerja yang khusus serta seragam
  • Membincangkan dan mengalami sendiri punca rintangan yang memperdaya sikap positif dan perasaan individu supaya objektif dan matlamat  organisasi tercapai
  • Membentuk imej yang lebih positif dan efektif untuk diri sendiri serta Syarikat yang akan menghasilkan personaliti yang lebih berkeyakinan dan dinamik
  • Menyatakan kepentingan menjadi seseorang individu yang agresif dan mempunyai kreativiti tersendiri untuk kemajuan diri, keluarga dan negara
  • Kerja secara berpasukan untuk mencapai objektif  syarikat
  • Cara berhubung atau berkomunikasi secara lebih efektif dengan pelanggan dalaman dan luaran dapat menilai pekerjaan dan mengambil yang lebih efektif.
Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Budaya Kerja Cemerlang di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.

Monday 18 August 2014

Kursus Introduction Development using HTML5, CSS3, & jQuery di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Kursus Introduction Development using HTML5, CSS3, & jQuery di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 11 Ogos 2014 hingga 13 Ogos 2014 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk mengendalikan Kursus Introduction Development using HTML5, CSS3, & jQuery. Kursus yang dijalankan selama 3 hari itu telah dihadiri seramai 21 orang yang terdiri daripada kakitangan UMP. Alhamdulillah, kursus yang dijalankan di Gambang, Pahang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.

HTML5, CSS3 dan Javascript membolehkan pereka web dan developer untuk mencipta kandungan web yang dinamik dan fleksibel. CSS3 digunakan bersama dengan HTML5 dan Javascript untuk menambah kesan kepada elemen halaman dan bahkan mencipta kesan-kesan animasi tanpa perlu plugin browser. Kandungan boleh dibuat untuk peranti yang berbeza, saiz skrin dan orientasi untuk desktop, laman web mobile dan aplikasi.
Suasana semasa kursus dijalankan


Antara objektif kursus ini ialah:
  1. Mendedahkan kepada peserta tentang kaedah dan teknik pembangunan web yang responsif berteraskan teknologi bahasa pengaturcaraan HTML5, JQuery dan CSS3.
  2. Merekabentuk laman web yang responsif yang dapat disesuaikan dengan saiz pelayar web dan peranti mudah alih serta meningkatkan pengalaman pengguna semasa menggunakan aplikasi web
Sesi penyampaian sijil

Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada semua para peserta kursus ini kerana berjaya menghabiskan kursus ini dengan jayanya. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya. Terima kasih juga kepada pihak UMP yang telah menjemput pihak Two Sigma Techonologies untuk mengendalikan Kursus Introduction Development using HTML5, CSS3, & jQuery.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Introduction Development using HTML5, CSS3, & jQuery di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

Friday 15 August 2014

Keselamatan pada Sistem PHP & MySQL

Keselamatan pada Sistem PHP & MySQL


PHP bukanlah ilmu dan teknologi baru bagi kalangan developer laman web. Berjuta-juta laman web di dunia maya telah disokong oleh PHP. Pada zaman kini,semakin banyak penggodam (hacker) yang cuba menggodam sistem PHP terutama yang menggunakan database MySQL. Namun, hal ini tidak boleh dijadikan penanda aras bahawa PHP adalah sistem yang terdedah daripada serangan hacker. Namaun begitu, PHP juga mempunyai security yang bagus jika developer boleh menggunakan security dengan sebaiknya. Bagaimana caranya?

Keselamatan .htaccsess


htaccess adalah sebuah file konfigurasi yang diletakkan pada direktori root sistem aplikasi laman web. Htaccess boleh dipakai untuk konfigurasi khusus aplikasi laman web kita, contohnya, untuk pergi ke laman web tertentu atau menyekat akses laman web yang membahaya. Sebagai ciri keselamatan, .htaccess dapat kita manfaatkan untuk menyekat folder-folder di dalam sistem laman web kita. contohnya:

1 Order deny,allow
2 deny from all

Selain menggunakan kaedah diatas, kita boleh juga menggunakan .htaccess untuk melakukan manipulasi file PHP yang kita gunakan. Contohnya, kita mempunyai laman web berita, dan untuk memaparkan berita tersebut digunakan file "http://mywebsite.com/news.php?id=(id berita)". Untuk memanipulasi menjadi "http://mywebsite.com/news/berita-id" kita boleh menggunakan coding dibawah menggunakan .htaccess pada root folder utama laman web:

<IfModule mod_rewrite.c>
RewriteRule ^news/([^/]*)/([^/]*)/?$    /news.php?id=$2
</IfModule>

SQL Injection


Serangan yang paling disukai oleh hacker dan juga penggodam database adalah SQL Injection. Biasanya berlaku pada web berasaskan PHP dan MySQL. Kaedah SQL Injection yang dipakai oleh hacker untuk menggodam data yang berada di dalam laman web yang tidak dilengkapi dengan skrip keselamatan khusus.

Langkah untuk mengelakkan penggodam database melalui SQL Injection adalah menggunakan fungsi mysql_real_escape_string () untuk mengelakkan string tertentu yang dipakai hacker pada saat menggodam query database sistem. Berikut adalah contoh penggunaan fungsi mysql_real_escape_string ():

$username = mysql_real_escape_string($_POST['username']);
$password = mysql_real_escape_string($_POST['pass']);
$query = "SELECT * FROM user WHERE username = '$username'";
$result = mysql_query($query);

Terdapat banyak lagi cara yang menggelak serangan dari sql injection, anda boleh mengetahui tentang sql injection di http://www.w3schools.com/sql/sql_injection.asp

Perlindungan session ID


Session ID hijacking boleh menjadi masalah kepada laman web yang menggunakan PHP. PHP session tracking component menggunakan unik ID pada setiap penguna.Namun begitu, jika ID ini diketahui oleh pengguna lain menyebabkan orang lain boleh hijack user session dan mendapat maklumat peribadi pengguna. Sebagai contoh, walaupun selepas pengguna telah disahkan dan berikan session ID, anda perlu mengesahkan semula apabila pengguna ingat menukar maklumat yang sangat sensitif, seperti kata laluan. Jangan sekali-kali membenarkan pengguna sesi disahkan untuk memasukkan kata laluan baru tanpa memasukkan kata laluan lama mereka. Anda juga harus mengelak daripada memaparkan data benar-benar sensitif seperti nombor kad kredit. 

if ($_SESSION['password'] == $userpass) { 
  // do sensitive things here 
}

Kod di atas tidak selamat, kerana kata laluan yang disimpan dalam teks jelas dalam pembolehubah session. Sebaliknya, gunakan kod lebih seperti ini:

if ($_SESSION['sha1password'] == sha1($userpass)) { 
  // do sensitive things here
}

Anda boleh mendapatkan maklumat lebih detail tentang session ID di http://www.sitepoint.com/php-security-blunders/

Pihak Two Sigma Technologies amat mengambil berat mengenai isu keselamatan dalam pengaturcaran PHP, dengan itu kami memperkenalkan sebuah kursus yang sentiasa mendapat sambutan hangat daripada para peserta, iaitu kursus PHP Secure Programming. Kursus ini akan mendedahkan kepada peserta mengenai teknik-teknik godaman termasuklah teknik SQL-Injection  beserta cara-cara mengatasinya dengan menulis kod PHP yang selamat.

Sekiranya anda berminat untuk kami mengendalikan Kursus PHP Secure Programming di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut. Selain itu anda juga boleh melawati http://www.training.2-sigma.com/ untuk mendapatkan  tarikh-tarikh kursus yang terdekat.

Thursday 14 August 2014

Kursus Forensic & Anti-Forensic Data Recovery: Tools & Techniques di Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor

Kursus Forensic & Anti-Forensic Data Recovery: Tools & Techniques di Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah,  pada 11 Ogos 2014 hingga 13 Ogos 2014 pihak Two Sigma Techonologies telah mengendali Kursus Forensic & Anti-Forensic Data Recovery: Tools & Techniques di Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang berjalan selama 3 hari. Selain itu, semua para peserta telah memberi respon positif  kepada pihak Two Sigma Techonologies yang telah mengendali kursus ini dengan lancar tanpa sebarang masalah.



Dalam kursus ini para peserta akan didedahkan cara untuk membuat pemeriksaan forensik bagi mendapatkan semula data yang telah hilang atau dibuang. Selain itu, peserta akan mempelajari pelbagai teknik seperti data hiding, artefact wiping, disk cleaning utilities, file wiping utilities, disk degaussing/destruction techniques.

peserta sedang memberikan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran

Kursus ini juga memberi penyelesaian yang terbaik untuk para peserta untuk mendapatkan semula data yang dibuang atau hilang. Antara penyelesaian yang diajar kepada para peserta ialah:

  1. Crash Windows Operating system corrupt
  2. Accidental Disk Formatted
  3. Virus Attack
  4. Partition loss or Corruption FAT/NTFS
  5. Lost or Missing files and folders
  6. Email recovery. pst / .wab / .dbx / .mbx
  7. Password recovery (Workstation Win98/Vista/Win7/ Word/Excel/PDF dan Server 2003/2008)
  8. Recover corrupted file from CD/DVD/Pendrive
  9. Repair corrupt Files after recover ( word/ excel/ pdf)
  10. Data Hiding, Encryption and Steganography
  11. Artefact wiping
  12. Disk Cleaning Utilities
  13. Disk degaussing/destruction
Senarai aktiviti praktikal yang dilaksanakan semasa kursus :

  1. Recover deleted files
  2. Recover data from CD / DVD
  3. Recover data from SD Card / MicroSD
  4. Recover data after MFT destroyed
  5. Recover data after Hard Disk has been formatted.
  6. Recover deleted Emails Outlook pst / .wab / .dbx / .mbx
  7. Recover Windows XP / Win 7 Admin Password
  8. Recover Windows Server Admin Password
  9. Recover Password (Words /Excel)
  10. Delete/erase/wipe any file from any media
  11. Delete/erase/wipe all data from any media and bring it back
  12. Anti-Forensic tools and techniques
Tenaga pengajar komited memberikan tunjuk ajar kepada peserta

Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Forensic & Anti-Forensic Data Recovery: Tools & Techniques di Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Forensic & Anti-Forensic Data Recovery: Tools & Techniques di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

Sunday 3 August 2014

Kursus Ethical Application Hacking

Kursus Ethical Application Hacking

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Pada 23-25 Jun sekali lagi pihak Two Sigma telah berjaya menganjurkan satu kursus yang menarik iaitu kursus Ehtical Web Application Hacking bertempat di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus ini telah mengambil masa selama 3 hari dan disertai seramai 13 orang peserta dari pelbagai jabatan kerajaan dan organisasi swasta  seluruh Malaysia. Kursus amali ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cara bagaimana penggodam berfikir dalam mengenalpasti dan mengeksploitasi kelemahan sesebuah aplikasi web.



Dalam kursus selama 3 hari ini para peserta akan diajar dengan teknik sebenar menangani kelemahan aplikasi web. Peserta tidak hanya akan menggunakan alatan, bahkan turut diajar tentang konsep-konsep asas bagaimana serangan tertentu berfungsi dan bagaimana untuk mengeksploitasinya. Dengan memahami bagaimana serangan penggodam, para peserta akan mempunyai kefahaman yang mendalam untuk membuat pengaturcaraan yang lebih selamat dalam membangunkan sesebuah aplikasi web.

Objektif Kursus

  1. Untuk membantu  menguasai teknik hacking  yang boleh digunakan dalam ujian penembusan atau etika hacking.
  2. Untuk mencegah dari digodam dan mengurangkan resiko serangan dari penggodam lain dengan teknik dan kaedah yang betul.

Kelebihan Kursus

  1. Menganalisis dan mengenal pasti kelemahan sistem dan rangkaian.
  2. Pelan dan reka bentuk langkah-langkah tindakan.
  3. Menilai keselamatan sistem dan rangkaian.

Pelajar focus dengan apa yang sedang diajar oleh pengajar

Pelajar sedang bertanya pengajar apa yang tidak dipahami


Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta kursus ini kerana berjaya menghabiskan kursus ini dengan jayanya. Kursus yang berakhir pada 25 Jun 2014 ini mendapat penilaian yang sangat baik dari semua peserta yang sangat berpuas hati dengan kursus ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada peserta untuk kerjasama yang diberikan. Semoga segala yang diajar dalam  kursus ini dapat memberi manfaat kepada peserta untuk digunakan pada masa hadapan.  Untuk makluman semua, pihak Two Sigma Technologies akan menganjurkan pelbagai kursus IT secara public sepanjang tahun 2014. Anda boleh melawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com untuk melihat jadual kursus yang akan dijalankan. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.