.

Friday 14 March 2014

RAID 1

Apakah RAID 1


Sebelum ini telah dipaparkan serba sedikit mengenai RAID dan bagaimana mekanisma RAID 0 berfungsi. Kali ini kami ingin berkongsi mengenai RAID 1. Konsep yang digunakan RAID 1 ialah "Mirorring". Mekanisma ini adalah dengan membuat salinan yang sama bagi satu set data yang dipetakan pada dua buah hardisk. Ini amat berguna bagi mereka yang mementingkan prestasi yang baik dalam membaca data dengan pantas dan kebergantungan terhadap data daripada kapasiti storan data. Bagi tujuan ini, 2 buah hardisk adalah minima.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai 4 unit 250GB hardisk, ia akan menghasilkan 2 logical hardisk sebanyak 250GB setiap satu walaupun secara fizikal adalah 1TB. Ini kerana setiap data yang disimpan akan dibuat salinan pada kedua-dua hardisk tersebut seperti yang dapat dilihat dalam diagram di bawah. 

Empat Hardisk Menjadi Dua Logikal Drive

Dengan cara ini prestasi bagi penulisan data pada hardisk tidak meningkat kerana data yang sama disalin berulang kali pada hardisk yang berbeza, tetapi dari segi prestasi bacaan data adalah lebih baik jika pengguna yang mengakses data pada skala yang ramai di mana kemampuan membaca data yang sama mampu diagihkan kepada hardisk yang lain kerana duplikasi data tersebut. Selain itu, RAID 1 adalah cara untuk memastikan keselamatan data sekiranya berlaku masalah teknikal pada salah satu hardisk data tersebut masih lagi mampu diakses.

RAID 5 dan 10…bersambung…..

0 comments:

Post a Comment