.

Monday 7 September 2015

Aplikasi Cloneapp untuk pemindahan data

Dengan Windows 10 yang telah pun menyusul, mungkin ramai yang sedang dalam persiapan untuk membuat salinan data pendua untuk pelbagai perisian yang tersimpan pada komputer, sebelum memindahkannya ke komputer atau ke pemasangan Windows 10 yang baru. Terdapat beberapa perisian yang memudahkan proses tersebut, iaitu CloneApp. Mungkin ramai yang tidak mengetahui terdapat aplikasi yang memudahkan proses pemindahan data penyalinan data. Cloneapp dapat membantu pengguna untuk membuat pemindahan dan penyalinan data di komputer lain atau komputer yang telah di format. 


Cloneapp akan mengimbas komputer, dan kemudian ia akan memberikan pilihan kepada pengguna untuk membuat salinan pendua untuk perisian yang dikehendaki pengguna. Sebaik sahaja anda memilih apa yang ingin dibuat salinan, CloneApp akan membuat salinan untuk tetapan, data, dan juga registry key.

Seterusnya pada komputer atau pemasangan Windows yang baru, anda boleh sekali lagi menjalankan CloneApp dan memilih Restore untuk membawa tetapan berkenaan kembali.
CloneApp merupakan perisian bersaiz kecil – kurang daripada 1MB, dan boleh digunakan secara portable tanpa perlu memasangnya pada komputer anda. Ia ditawarkan untuk Windows sahaja buat masa ini.

Aplikasi Cloneapp adalah aplikasi yang portable. Anda tidak perlu untuk install di computer anda. Anda cuma perlu extract program Cloneapp di desktop dan right click untuk menggunakannya sebagai administrator. Selepas itu, semak program yang perlu membuat salinan dan tekan butang “start Cloneapp”. Ia akan membuat salinan data yang diperlukan dan pilihan pengguna di folder yang telah ditetapkan. Selepas itu anda boleh membuat salinan di komputer yang lain atau komputer yang telah di “format”. Lancarkan program Cloneapp dan tekan butang restore untuk mengembalikan dokumen dan data di tempat yang sepatutnya.

Anda boleh dapatkan aplikasi Cloneapp secara percuma di Cloneapp

0 comments:

Post a Comment