.

Pembangunan dan Latihan ICT

Sertai Latihan Professional Kami Sekarang!!!

Two Sigma Technologies

Lawati laman web kami untuk perkhidmatan dan latihan yang ditawarkan

Dapatkan ElePHPant Flush Toys Sekarang!!!

Sertai kursus yang kami anjurkan untuk mendapatkannya

Thursday, 27 February 2014

Kursus ICT - MySQL for Database Administrator

Kursus ICT - MySQL for Database Administrator

Pihak Two Sigma Technologies akan mengadakan kursus pentadbiran pangkalan data bertajuk “MySQL for Database Administrator" pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19hb - 22hb Mei 2014
Masa :  Jam 9.00 pagi – 5.00 petang.
Tempat : Residence Hotel Uniten, Putrajaya


Antara objektif kursus adalah:

1. Menggunakan MySQL Administrator Graphical User Interface (GUI)  untuk menguruskan pangkalan data MySQL

2. Menilai jenis data dan karakter yang memberi impak kepada prestasi pangkalan data

3. Memahami konsep penguncian data dan paras penguncian yang berbeza dalam MySQL

4. Membezakan antara kepelbagaian enjin storan yang ada dalam MySQL

5. Menggunakan stored routines dan triggers untuk kerja-kerja pentadbiran pangkalan data

6. Meningkatkan prestasi melalui kaedah query optimization

7.Mengoptimumkan Schemas melalui beberapa teknik pengoptimuman

8. Menggunakan alatan pemantauan MySQL untuk meningkatkan prestasi pangkalan data

Jika anda berminat untuk menghadiri kursus ini, sila hubungi kami melalui emel di zurina@2-sigma.com ataupun talian telefon mudah alih di 019-3863400. Layari laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com untuk melihat silibus kursus.

Wednesday, 26 February 2014

PHP - Template Inheritance

PHP - Template Inheritance

Dalam pembangunan web aplikasi, dilema utama bagi seseorang pengaturcara atau penganalisis adalah kaedah untuk menguruskan kod pemprosesan dan kod paparan. Sekiranya terlalu banyak kod pemprosesan, kemungkinan untuk pengaturcara CSS atau Designer untuk terubah kod asal (kod aturcara pemprosesan) adalah tinggi

Bagi pengguna framework, hal ini tidak menjadi masalah kerana pengurusan ‘themes’ , ‘views’ dan ‘layout’ telah menjadi kewajipan untuk setiap framework. Sepanjang pengalaman saya dalam membangunkan aturcara web aplikasi, saya mendapati kaedah yang digunakan oleh framework Django amat menepati citarasa dan mudah diolah. 

Namun begitu, untuk menterjemah kod Phython (bahasa pengaturcaraan bagi framework Django) kepada PHP bukanlah perkara yang mudah. Setelah mengGOOGLE beberapa ketika, saya mendapati kaedah yang digunakan untuk pengurusan kod ini dipanggil  ‘Template Inheritance’- bunyi yang gempak tetapi agak klise. 

Beberapa hasil carian dari google seperti:


 Smarty – www.smarty.net/inheritance  





Saya telah mencuba beberapa skrip diatas dan mendapati PHPti lebih mirip dengan framework Django dan daripada pengarang web itu sendiri menyatakan PHPti dibangunkan berasaskan model dari framework Django.

Antara kelebihan PHPti ini adalah:

  1.  Menggunakan kaedah ‘Block’, sama seperti Django
  2. Menyokong ‘Nested Block’
  3. Menyokong ‘Overwrite Block’ 
  4.   Mempunyai ‘SuperBlock’ bagi sesetengah keadaan yang memerlukan
  5.  Hanya satu fail untuk di ‘include’

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Template Inheritance dalam PHP ini, anda boleh menghubungi farahiryanti@2-sigma.com atau sales@2-sigma.com atau melalui talian telefon di 03-61880601. Customize training boleh disediakan.

Selain itu juga, anda boleh melawat http://training.2-sigma.com sekiranya berminat dalam pembangunan web terutama PHP atau lain-lain

MySQL – Mencari Rekod yang Berulang

MySQL – Mencari Rekod yang Berulang



Semasa proses migrasi data dari sumber seperti Excel dan mahu diimport ke database, biasanya pengaturcara perlu memastikan tiada rekod atau data yang berulang. 
 
Dengan menggunakan antaramuka seperti PhpMyadmin, Mysql Navigator, Navicat, kita boleh mencari rekod yang berulang ini dengan menggunakan query berikut:

1 – Menggunakan Inner Join
SELECT a.firstname, a.lastname, a.address
FROM list a
INNER JOIN list b ON a.address = b.address
WHERE a.id <> b.id
Penggunaan DINSTICT diperlukan untuk mencari data yang lebih daripada 2

2 – Menggunakan Having
SELECT date FROM logs group by date having count(*) >= 2

Sekiranya anda berminat untuk menambah ilmu dengan lebih lanjut dalam penggunaan MySQL, anda boleh menghadiri kursus yang disediakan kami dengan melayari http://training.2-sigma.com.

Selain itu juga, anda boleh menghubungi wakil kami melalui farahiryanti@2-sigma.com atau telefon 03-61880601

Tuesday, 25 February 2014

Pengaturcaraan HTML5

Pengaturcaraan HTML5

HTML5 adalah piawaian terkini dari W3C dalam pengaturcaraan web HTML yang dibangunkan bagi menggantikan HTML 4.01, XHTML dan HTML DOM Level 2. HTML5 direka khas bagi membolehkan web yang kaya dengan kandungan animasi, grafik, muzik, dan video dihantar tanpa menggunakan ‘plugin’ tambahan dan ianya turut menyokong pembinaan aplikasi web kompleks. Ciri HTML5 yang menyokong kepelbagaian platform, membolehkan paparan web di hantar pada paparan PC, tablet, telefon pintar mahupun televisyen pintar. Pelayar web popular seperti Chrome, Firefox, Internet Explorer, Safari, Opera menyokong elemen dan 'API' HTML5 dan terus menambah ciri-ciri terbaru HTML5 tersebut dalam versi baru pelayar web mereka.

Ciri-ciri terbaru yang menarik dalam HTML5 :
  • Elemen <canvas> untuk lukisan 2D
  • Elemen <video> dan <audio> adalah untuk pemain media
  • Menyokong simpanan setempat
  • Elemen kandungan yang spesifik seperti <article>, <footer>, <header>, <nav>, dan <section>
  • Kawalan borang seperti kalendar, tarikh, masa, emel, url dan carian
 Info teknikal berkenaan HTML5 boleh didapati di laman sesawang W3CSchool @
 http://www.w3schools.com/html/html5_intro.asp 

Untuk mempelajari HTML5 dengan lebih lanjut anda boleh menghadiri kursus kami @ Introduction To Development Using HTML5, CSS3 & JQuery. Lawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com atau boleh menghubungi kami melalui emel di farahiryanti@2-sigma.com/sales@2-sigma.com atau melalui talian telefon di 03-61880601 untuk mendapatkan kandungan kursus dan tarikh kursus terdekat.




Monday, 24 February 2014

PHP - Penggunaan Teknik Object Oriented dengan MySQL

PHP - Penggunaan Teknik Object Oriented dengan MySQL


Dalam pembangunan aplikasi web menggunakan PHP, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk memanipulasi data dari database terutamanya MySQL. Tatacara tersebut boleh dipelajari dengan mudah dari laman sesawang seperti www.w3schools.com/php, http://ww.php.net dan www.tizag.com/phpT‎. 

Kaedah asas adalah seperti berikut: 

          I- Sambungan (connection) kepada database menggunakan mysql_connect()
              $conn = mysql_connect(‘host’, ‘db_user’, ‘db_password’);
          II- Kemudian melakukan query kepada database menggunakan mysql_query()
              $result = mysql_query(“SELECT * FROM user”, $conn); 

$result akan mengandungi semua data dari Table ‘user’ dan kita boleh paparkan dalam bentuk jadual atau grid. 

Namun begitu, kaedah sebegini hanyalah asas dalam membuat hubungan kepada database dan bukan amalan yang baik dalam pembangunan aplikasi web secara komersil. 

Selain memerlukan struktur pengaturcaraan kod yang panjang, kaedah ini juga senang untuk terdedah kepada isu keselamatan seperti SQL Injection. 

Bagi mengatasi masalah ini, kita boleh menggunakan teknik Object Oriented seperti PDO, RedBean, dan lain-lain. Sebagai permulaan, saya mencadangkan agar individu yang mahu berjinak-jinak dengan pembangunan web menggunakan PHP agar memahami asas serta Object Oriented dan terus menggunakan skrip yang telah sedia ada di laman maya sebelum membangunkan skrip sendiri.

Dalam entri ini, saya akan mengambil salah satu contoh skrip yang telah saya cuba untuk membangunkan system web aplikasi iaitu Redbean.  Skrip ini boleh dimuat turuan dari http://redbeanphp.com/downloadredbean3.php. Kelebihan skrip ini adalah ianya telah dikompil menjadi satu fail dan menyokong kaedah CRUD.

Contoh penggunaan skrip ini:

require('rb.php');

R::setup('mysql:host=localhost;dbname=mydatabase','user','password');

$post = R::dispense('post');

$post->text = 'Hello World';

$id = R::store($post); //Create or Update

$post = R::load('post',$id); //Retrieve

R::trash($post); //Delete


Contoh skrip diatas ini telah meliputi dari proses mencipta table, memasukkan data ke dalam database, memanggil data dari database dan juga menghapuskan data dari database.

Untuk belajar dengan lebih lanjut mengenai Object-Oriented Programming with PHP and MySQL, anda boleh melawat disini. Jika berminat boleh emel kami di farahiryanti@2-sigma.com atau sales@2-sigma.com atau melalui talian telefon di 03-61880601. Maklumat terperinci seperti silibus boleh di dapati di laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com

Apakah itu RAID...

Apakah itu RAID

RAID (Redundant Array of Independent Disk) merupakan suatu teknologi storan yang menggabungkan lebih dari satu Hardisk menjadi satu logikal unit untuk tujuan data redundancy dan untuk peningkatan kelajuan transaksi storan data. Data diagihkan kepada beberapa hardisk yang mana ditentukan oleh paras RAID samada RAID 0, 1, 5 dan 10. Di sini kami akan menerangkan 4 RAID yang popular iaitu RAID 0, 1, 5 dan 10. Walaupun RAID ini teknologi yang agak lama tetapi masih ramai yang masih kabur perbezaan tahap RAID dan konsep RAID itu sendiri. Maka lepas ni korang takde la main taram je RAID Level  berapa masa nak beli server untuk organisasi korang..

RAID 0

RAID 0 menggunakan mekanisme ‘data striping’. Mekanisme ini memetakan beberapa hardisk yang berbeza untuk menghasilkan 1 hardisk logikal yang besar. Contohnya jika anda ada 4 hardisk dan setiap satunya 4GB, ia akan menghasilkan satu logikal hardisk sebesar 16GB dengan ruangan boleh guna storan kira-kira 14.9GB. Bagi kes di bawah pula, 2 hardisk 250GB di setkan untuk RAID 0 menghasilkan ruangan hardisk 500GB dengan ruangan boleh guna storan 465.66GB. Anda boleh guna kalkulator RAID secara atas talian di http://www.ibeast.com/content/tools/RaidCalc/RaidCalc.asp

 2 Unit 250GB di RAID-0 kan

 Empat Hardisk menjadi Satu Hardisk Logikal

Data akan disimpan dalam hardisk fizikal dalam jalur (stripes) yang berturutan yang mana jalur ini telah ditakrifkan saiznya. Jika ada fail atau data yang lebih besar dari jalur (stripe) ini, ianya akan disimpan secara teragih di beberapa stripes dalam hardisk yang lain. Ini akan menyebabkan, beberapa stripes boleh dibaca secara selari maka meningkatkan masa untuk membaca data. Jika hardisk yang sama di gunakan untuk 4 hardisk yang mana setiap satunya mempunyai kelajuan 20mbps, maka kelajuan selari adalah bersamaan 20mbps x 4 hardisk = 80mbps bagi kes data yang teragih kepada 4 hardisk. Maka tidak hairanlah RAID 0 digunakan dalam persekitaran transaksi data berprestasi tinggi. Walaupun begitu, RAID 0 tidak menawarkan data redundancy. Jika salah satu hardisk rosak, maka punahlah kesemua hardisk tersebut kerana setiap hardisk adalah bergantungan antara satu sama lain dalam suatu persekitaran yang stripes disimpan secara berturutan.

 Konsep Data Striping
RAID 1,5 dan 10…bersambung…..


Friday, 21 February 2014

PHP dan Maskotnya elePHPant....

PHP dan Maskotnya elePHPant....

Lebih 80% daripada internet dikuasakan oleh bahasa pengaturcaraan PHP, dan di sebalik tabir PHP, wujud komuniti pembangun web yang berganding bahu membantu memajukan bahasa ini.

Beberapa tahun lalu, maskot komuniti PHP telah dicipta oleh Vincent Pontier, dinamakan ElePHPant! Sejak dari itu, elePHPant telah dimodelkan dalam bentuk plush toy menjadi idaman, kegemaran kepada sesiapa yang menjiwai bahasa ini.

Baru-baru ini, elePHPant telah membangkitkan semula minat komuniti dan pelbagai warna telah dilahirkan selain dari warna biru maskot asal elePHPant. Two Sigma yang sentiasa menyokong komuniti PHP mempunyai 3 variasi warna maskot elePHPant iaitu Merah Jambu, Hijau dan Biru yang boleh dibeli pada harga RM 33....atau dapatkan percuma dengan mendaftar mana-mana kursus ICT kami. Hubungi kami untuk sebarang pembelian elePHPant flush toys di anwar@2-sigma.com.