.

Pembangunan dan Latihan ICT

Sertai Latihan Professional Kami Sekarang!!!

Two Sigma Technologies

Lawati laman web kami untuk perkhidmatan dan latihan yang ditawarkan

Dapatkan ElePHPant Flush Toys Sekarang!!!

Sertai kursus yang kami anjurkan untuk mendapatkannya

Friday 28 November 2014

Kursus Adobe After Effects CS6 di Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 21 November 2014, 24 November 2014 dan 25 November 2014 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) untuk mengendalikan Kursus Adobe After Effects CS6. Kursus yang dijalankan selama 3 hari itu telah dihadiri seramai 10 orang yang terdiri daripada kakitangan CIAST. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.


Adobe After Effects merupakan perisian yang hebat dalam menghasilkan animasi 2D dan 3D serta menambah kesan khas kepada filem, video, multimedia dan projek web. After Effects CS6 dilancarkan dengan beberapa ciri-ciri penambahbaikkan. Ciri-ciri ini telah didedahkan kepada peserta semasa kursus ini dijalankan. Antara ciri-ciri baru yang menarik didalam After Effects CS6 adalah:
  1. Mampu meningkatkan prestasi secara global dengan mengabungkan RAM cache, disk cache yang berterusan dan graphics pipeline yang baru.
  2. Penambahbaikkan yang besar dalam animasi 3D
  3. Tracking yang lebih tepat
  4. Kesan-kesan video yang lebih canggih termasuklah versi HD Cycore FX suite
Suasana semasa kursus dijalankan

Kelebihan menghadiri kursus ini adalah :
  1. Mengenali dan memahirkan penggunaan peralatan di dalam perisian Adobe After Effect CS6.
  2. Mempelajari menggunakan kesan-kesan (effects) terhadap video.
  3. Mempelajari asas dalam menghasilkan animasi teks, 2D dan 3D.
  4. Mempelajari menghasilkan video dan animasi dengan konfigurasi yang betul.
Sesi Penyampaian Sijil

Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada para peserta kursus ini kerana berjaya menghabiskan kursus ini dengan jayanya. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya. Terima kasih juga kepada pihak CIAST yang telah menjemput pihak Two Sigma Techonologies untuk mengendalikan Kursus Adobe After Effects CS6.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan IT dan softskill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

Monday 24 November 2014

Kursus Ethical Web Application Hacking

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera,

Pada 18 November 2014 hingga 19 November 2014 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah untuk mengendalikan Kursus Ethical Web Application Hacking di Grand Alora Hotel, Alor Setar. Kursus yang dijalankan selama 2 hari itu telah dihadiri oleh 29 orang yang terdiri daripada kakitangan SUK Kedah. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.


Sepanjang kursus selama 2 hari ini para peserta diajar teknik sebenar menangani kelemahan aplikasi web. Peserta tidak hanya akan menggunakan alatan, bahkan turut diajar tentang konsep-konsep asas bagaimana serangan tertentu berfungsi dan bagaimana untuk mengeksploitasinya. Dengan memahami bagaimana serangan penggodam, para peserta akan mempunyai kefahaman yang mendalam untuk membuat pengaturcaraan yang lebih selamat dalam membangunkan sesebuah aplikasi web.
Pengajar member tunjuk ajar kepada para peserta

Objektif Kursus
  1. Untuk membantu menguasai teknik penggodaman (hacking) yang boleh digunakan dalam ujian penembusan atau etika penggodaman (hacking).
  2. Untuk mencegah dari digodam dan mengurangkan risiko serangan dari penggodam lain dengan    teknik dan kaedah yang betul.
Para peserta memberi sepenuh perhatian

Kelebihan Kursus
  1. Menganalisis dan mengenal pasti kelemahan sistem dan rangkaian.
  2. Pelan dan reka bentuk langkah-langkah tindakan.
  3. Menilai keselamatan sistem dan rangkaian.
Suasana semasa kursus dijalankan

Terima kasih diucapkan kepada pihak SUK Kedah kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Ethical Web Application Hacking di Grand Alora Hotel, Alor Setar. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

Pihak kami berbesar hati menerima jemputan dari mana-mana organisasi untuk mengendalikan kursus jangka pendek sama ada kursus-kursus IT ataupun soft skill. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan kursus-kursus IT dan soft skill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.

11 Alat dan Sumber Pembelajaran CSS

1. Unfolding the Box Model

Slaid interaktif yang meneroka perubahan CSS 3D. Pada laman berikut, tekan butang kiri atau kanan untuk maju. Tonton dalam paparan skrin penuh untuk hasil terbaik. (http://rupl.github.io/unfold/)


2. CSS Diner

Permainan yang direka dengan baik untuk membantu anda belajar Pemilih (Selectors) CSS. Taipkan pemilih yang betul untuk menyelesaikan setiap tahap (level). Anda juga boleh melangkau ke tahap lain dengan membuka menu pada ikon humburger di sebelah kanan. (http://flukeout.github.io/)


3. Belajar Pemilih CSS secara interaktif

Gambaran mudah bagi pemilih dalam CSS. Pilih pemilih pada menu disebelah kiri, dan item yang dipilih dengan betul akan dipaparkan di sebelah kanan, beserta penjelasan ringkas dari pemilih dibawah menu. (http://benhowdle.im/cssselectors/)


4. Kuiz Pembangunan Web Bahagian Hadapan (Front End)

Kuiz pengekodan bahagian hadapan dan ianya bukannya mudah, seksyen pertama adalah pada CSS. (http://davidshariff.com/quiz/)


5. The Magic of CSS

Tutorial yang mempunyai 6 Bab mengenai asas-asas CSS (dengan lebih bab-bab yang akan datang). Terdapat beberapa perkara yang lebih mendalam disini. (http://adamschwartz.co/magic-of-css/)


6. Enjoy CSS

Seperti sebuah taman permainan KodPen (CodePen) untuk mempelajari CSS. Bahagian yang paling menarik sekali adalah ianya memfokuskan kepada CSS dengan menu di mana anda boleh memilih ciri-ciri CSS dan menggunakan GUI untuk mengedit item yang ada dalam dokumen itu. (http://enjoycss.com/)


7. CSS Guidelines

Harry Roberts telah mengemaskini Garis Panduan CSS beliau. Sebelum ini ianya hanya terdapat pada GitHub repo, kini ia telah mempunyai domain mereka sendiri dan telah berkembang serta bertambah baik. Harry juga telah melaksanakan model "bayar berapa yang anda mahu" untuk membantu menyokong pembangunan. (http://cssguidelin.es/)


8. CSS Triggers…

Pembangunan Perhubungan Chrome (Chrome Development Relations) - Paul Lewis telah mewujudkan rujukan pantas bagi mereka yang berminat dengan apa yang dicetuskan (triggered) pada halaman apabila ciri-ciri CSS berubah. Contohnya, sesetengah ciri-ciri (properties) akan mengalami perubahan warna dan komposit, tetapi ianya tidak akan mengubah susun atur. Rujukan ini meliputi semua ciri-ciri dan mudah dicari. (http://csstriggers.com/)


9. Code Guide by @mdo

Mark Otto (Bootstrap) telah mengumpulkan panduan HTML dan gaya CSS-nya sendiri dengan banyak tips termasuk ciri-ciri, susunan atribut (attributes) HTML, pemilih (selector), komen-komen (cooments) dan banyak lagi. (http://mdo.github.io/code-guide/)


10. Flexplorer

Aplikasi mudah untuk bermain dengan pelbagai ciri-ciri flexbox dan melihat perubahan dalam masa nyata pada halaman yang sama beserta dengan kod penuh. Apa yang menariknya tentang ini ialah, anda juga boleh menyunting teks dalam kotak pada halaman, membenarkan anda untuk melihat bagaimana perubahan berlaku pada kandungan. (http://bennettfeely.com/flexplorer/)


11. CSS Selectors: Targeting HTML Like a Pro

Kursus terbaru Russ Weakley bagi pemilih CSS pada SitePoint ini, boleh dipelajari dengan lebih dari 20 video yang mengenalkan pelbagai cara untuk anda memilih unsur-unsur (elements) dengan CSS. Jika anda baru sahaja bermula dengan CSS dan masih belum mahir dengan pemilih lagi, ini mungkin adalah pilihan yang terbaik untuk anda. (https://learnable.com/courses/css-selectors-targeting-html-like-a-pro-2876)



Maklumat ini telah diterjemahkan daripada Sitepoint

Thursday 20 November 2014

Kursus Introduction Development using HTML5, CSS3, & jQuery di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 17 November 2014 hingga 19 November 2014 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) untuk mengendalikan Kursus Introduction Development using HTML5, CSS3, & jQuery. Kursus yang dijalankan selama 3 hari itu telah dihadiri seramai 21 orang yang terdiri daripada kakitangan UniZa. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.



HTML5, CSS3 dan Javascript membolehkan pereka web dan developer untuk mencipta kandungan web yang dinamik dan fleksibel. CSS3 digunakan bersama dengan HTML5 dan Javascript untuk menambah kesan kepada elemen halaman dan bahkan mencipta kesan-kesan animasi tanpa perlu plugin browser. Kandungan boleh dibuat untuk peranti yang berbeza, saiz skrin dan orientasi untuk desktop dan mobile.

Suasana semasa kursus dijalankan

Antara objektif kursus ini ialah:
  1. Mendedahkan kepada peserta tentang kaedah dan teknik pembangunan web yang responsif berteraskan teknologi bahasa pengaturcaraan HTML5, JQuery dan CSS3.
  2. Merekabentuk laman web yang responsif yang dapat disesuaikan dengan saiz pelayar web dan peranti mudah alih serta meningkatkan pengalaman pengguna semasa menggunakan aplikasi web
Pengajar member tunjuk ajar kepada peserta

Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada semua para peserta kursus ini kerana berjaya menghabiskan kursus ini dengan jayanya. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya. Terima kasih juga kepada pihak UniSZa yang telah menjemput pihak Two Sigma Techonologies untuk mengendalikan Kursus Introduction Development using HTML5, CSS3, & jQuery.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Introduction Development using HTML5, CSS3, & jQuery di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.


Tuesday 18 November 2014

Panduan untuk menghalang artikel anda dari di salin (plagiat) pada halaman blog anda

Sebelum ini anda menggunakan panduan disable right click yang mempunyai kelemahan dimana ianya tidak dapat menghalang orang lain menggunakan shortcut key pada keyboard (Ctrl + C). Disini, kami menyediakan satu lagi panduan yang terbaik untuk menghalang artikel yang ditulis dari di salin (copy) pada halaman blog anda.
Anda hanya perlu meletakkan  scriptDisable text selection”. Ianya akan menghalang fungsi select dan juga shortcut key pada keyboard (Ctrl + C). Ianya boleh digunakan pada browser Internet Explorer, Mozilla Firefox, Opera dan Chrome.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menggunakan “Disable text selection”.
1. Anda perlu mendaftar masuk pada blog www.blogger.com dengan menggunakan alamat emel gmail.
2. Kemudian, pada Dashboard blog, klik menu Layout


3. Klik Add a Gadget 
4. Akan terpapar satu popup yang mempunyai senarai gadget blog. Pilih dan klik HTML/JavaScript
5. Taip kod berwarna biru dibawah ini dan letak script tersebut pada ruangan Content HTML/JavaScript 

<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Disable Text Selection script- &#169; Dynamic Drive DHTML code library (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/
function disableSelection(target){
if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route
target.onselectstart=function(){return false}
else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route
target.style.MozUserSelect="none"
else //All other route (ie: Opera)
target.onmousedown=function(){return false}
target.style.cursor = "default"
}

//Sample usages
//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body
//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"
</script>
<script type="text/javascript">
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
</script>
6. Klik save dan refresh halaman artikel anda
7. Didapati halaman anda tidak boleh di select atau disalin (copy) oleh orang lain.

Kursus Forensic Fundamental di Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah,  pada 9 November 2014 hingga 13 November 2014 pihak Two Sigma Techonologies telah mengendali Kursus Forensic Fundamental di Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor. Seramai 14 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang berjalan selama 5 hari. Selain itu, semua para peserta telah memberi respon positif  kepada pihak Two Sigma Techonologies yang telah mengendali kursus ini dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Wajah-wajah ceria peserta

Kelebihan Kursus Forensic Fundamental adalah:
  1. Mengetahui konsep asas tentang komputer  forensic
  2. Mengetahui tentang hexadecimal dan hashing
  3. Mengetahui cara pengumpulan bukti digital
  4. Mengetahui tentang komputer forensik
  5. Mengetahui cara mencari data yang hilang atau dibuang.
Tenaga pengajar komited memberikan tunjuk ajar kepada peserta

Suasana semasa kursus dijalankan


Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Forensic Fundamental di Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Forensic Fundamental di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.


Monday 10 November 2014

Kursus Yii Framework : The Best PHP Framework for Web 2.0


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Pada 27-29 Oktober 2014 yang lalu, pihak Two Sigma Technologies telah berjaya menganjurkan Kursus Yii Framework : The Best PHP Framework for Web 2.0 yang bertempat di Danau Golf Resort @ UKM, Bangi. Kursus yang dijalankan selama 3 hari ini telah disertai oleh 7 orang peserta dan ianya telah mendapat maklum balas yang positif daripada para peserta sepanjang kursus ini dijalankan. Kursus ini memberikan pendedahan kepada peserta tentang bagaimana cara penggunaan rangka kerja (Framework) terutamanya cara penggunaan rangka kerja Yii.

Danau Golf Resort UKM, Bangi

Rangka kerja PHP bukanlah garis panduan yang menjadi kemestian untuk diikuti, tetapi ianya lebih kepada alternatif kepada anda untuk memudahkan pengaturcaraan dengan lebih pantas dan teratur. Antara kelebihan menggunakan rangka kerja PHP adalah:
  1. Menggunakan corak Model View Controller (MVC).
  2. Pengurusan kod dan fail yang teratur.
  3. Menyediakan utiliti dan perpustakaan (terdapat juga pelbagai plugin).
  4. Mengurangkan kod dan pembangunan yang lebih cepat.
  5. Lebih selamat.
  6. Sokongan komuniti.
Yii adalah rangka kerja yang sesuai untuk pembangunan applikasi web berskala besar. Ini kerana Yii mempunyai hampir kesemua ciri-ciri yang diperlukan untuk pembangunan aplikasi web 2.0 pada hari ini. Tambahan pula, Yii merupakan antara rangka kerja PHP yang paling cekap.

Peserta diberi Maskot Gajah PHP

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta kerana menyertai kursus anjuran pihak Two Sigma Technologies ini. Semoga para peserta dapat manfaatkan ilmu yang telah diperolehi dan menggunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi.

Jika anda berminat untuk kami mengendalikan kursus IT dan softskill di tempat anda , sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

Thursday 6 November 2014

Kursus Web Application Development with PHP and MySQL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah,  pada 3 November 2014 sehingga 6 November 2014 yang lalu,pihak Two Sigma Techonologies telah menganjurkan Kursus Web Application Development with PHP and MySQL bertempat di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus yang berlangsung selama 4 hari ini telah disertai oleh 11 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan organisasi. Kursus ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif daripada para peserta


Wajah-wajah ceria peserta 

Objektif menghadiri kursus ini

  1. Mengenali bahasa pengaturcaraan PHP
  2. Mempelajari asas pemasangan (installation) dan konfigurasi (configuration) dalam pembangunan aplikasi PHP dan MySQL.
  3. Mengenali sintaks asas PHP dan cara menggunakannya.
Suasana semasa kursus dijalankan

Kelebihan menghadari kursus ini

  1. Mengetahui asas-asas pengaturcaraan PHP dan MySQL.
  2. Mengetahui cara-cara membangunkan pangkalan data dengan MySQL.
  3. Mengetahui cara-cara membangunkan aplikasi PHP dan MySQL dengan fungsi asas seperti tambah (create ), ubah (modified), lihat (view) dan padam (delete) data.
  4. Mengetahui cara-cara membina sistem berasaskan web bersama pangkalan data

Sesi penyampaian sijil kepada peserta kursus

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang menyertai kursus anjuran pihak Two Sigma Technologies ini. Semoga para peserta dapat manfaatkan ilmu yang telah diperolehi dan menggunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi.

Jika anda berminat untuk kami mengendalikan kursus IT dan softskill di tempat anda , sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.



Sunday 2 November 2014

Kursus Building Responsive Web User Interface Using Bootstrap di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Alhamdulillah, pada 28 Oktober 2014 hingga 30 Oktober 2014 pihak Two Sigma Techonologies telah mengendali Kursus Building Responsive Web User Interface Using Bootstrap di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Seramai 6 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang berjalan selama 3 hari. Selain itu, semua para peserta telah memberi respon positif  kepada pihak Two Sigma Techonologies yang telah mengendali kursus ini dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Wajah-wajah peserta kursus

Bootstrap adalah koleksi alat (tool) untuk menghasilkan laman web dan aplikasi web. Ia mengandungi templat reka bentuk berasaskan HTML dan CSS untuk borang (form), butang (button), navigasi dan komponen antara muka lain beserta pilihan sambungan (extension) JavaScript. Bootstrap serasi dengan versi terbaru semua pelayar utama, tetapi grednya turun apabila digunakan pada pelayar lama seperti Internet Explorer 8.

Suasana di Bilik Kursus

Sijil diberikan kepada peserta

Terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Building Responsive Web User Interface Using Bootstrap di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

Pihak kami berbesar hati menerima jemputan dari mana-mana organisasi untuk mengendalikan kursus jangka pendek sama ada kursus-kursus IT ataupun soft skill. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan kursus-kursus IT dan soft skill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.