.

Friday 28 November 2014

Kursus Adobe After Effects CS6 di Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 21 November 2014, 24 November 2014 dan 25 November 2014 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) untuk mengendalikan Kursus Adobe After Effects CS6. Kursus yang dijalankan selama 3 hari itu telah dihadiri seramai 10 orang yang terdiri daripada kakitangan CIAST. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.


Adobe After Effects merupakan perisian yang hebat dalam menghasilkan animasi 2D dan 3D serta menambah kesan khas kepada filem, video, multimedia dan projek web. After Effects CS6 dilancarkan dengan beberapa ciri-ciri penambahbaikkan. Ciri-ciri ini telah didedahkan kepada peserta semasa kursus ini dijalankan. Antara ciri-ciri baru yang menarik didalam After Effects CS6 adalah:
  1. Mampu meningkatkan prestasi secara global dengan mengabungkan RAM cache, disk cache yang berterusan dan graphics pipeline yang baru.
  2. Penambahbaikkan yang besar dalam animasi 3D
  3. Tracking yang lebih tepat
  4. Kesan-kesan video yang lebih canggih termasuklah versi HD Cycore FX suite
Suasana semasa kursus dijalankan

Kelebihan menghadiri kursus ini adalah :
  1. Mengenali dan memahirkan penggunaan peralatan di dalam perisian Adobe After Effect CS6.
  2. Mempelajari menggunakan kesan-kesan (effects) terhadap video.
  3. Mempelajari asas dalam menghasilkan animasi teks, 2D dan 3D.
  4. Mempelajari menghasilkan video dan animasi dengan konfigurasi yang betul.
Sesi Penyampaian Sijil

Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada para peserta kursus ini kerana berjaya menghabiskan kursus ini dengan jayanya. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya. Terima kasih juga kepada pihak CIAST yang telah menjemput pihak Two Sigma Techonologies untuk mengendalikan Kursus Adobe After Effects CS6.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan IT dan softskill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment