Apakah itu RAID
RAID (Redundant Array of Independent Disk) merupakan suatu teknologi storan yang menggabungkan lebih dari satu Hardisk menjadi satu logikal unit untuk tujuan data redundancy dan untuk peningkatan kelajuan transaksi storan data. Data diagihkan kepada beberapa hardisk yang mana ditentukan oleh paras RAID samada RAID 0, 1, 5 dan 10. Di sini kami akan menerangkan 4 RAID yang popular iaitu RAID 0, 1, 5 dan 10. Walaupun RAID ini teknologi yang agak lama tetapi masih ramai yang masih kabur perbezaan tahap RAID dan konsep RAID itu sendiri. Maka lepas ni korang takde la main taram je RAID Level berapa masa nak beli server untuk organisasi korang..
RAID 0
RAID 0 menggunakan mekanisme ‘data striping’. Mekanisme ini memetakan beberapa hardisk yang berbeza untuk menghasilkan 1 hardisk logikal yang besar. Contohnya jika anda ada 4 hardisk dan setiap satunya 4GB, ia akan menghasilkan satu logikal hardisk sebesar 16GB dengan ruangan boleh guna storan kira-kira 14.9GB. Bagi kes di bawah pula, 2 hardisk 250GB di setkan untuk RAID 0 menghasilkan ruangan hardisk 500GB dengan ruangan boleh guna storan 465.66GB. Anda boleh guna kalkulator RAID secara atas talian di http://www.ibeast.com/content/tools/RaidCalc/RaidCalc.asp
2 Unit 250GB di RAID-0 kan
Empat Hardisk menjadi Satu Hardisk Logikal
Data akan disimpan dalam hardisk fizikal dalam jalur (stripes) yang
berturutan yang mana jalur ini telah ditakrifkan saiznya. Jika ada fail
atau data yang lebih besar dari jalur (stripe) ini, ianya akan disimpan
secara teragih di beberapa stripes dalam hardisk yang lain. Ini akan
menyebabkan, beberapa stripes boleh dibaca secara selari maka
meningkatkan masa untuk membaca data. Jika hardisk yang sama di gunakan
untuk 4 hardisk yang mana setiap satunya mempunyai kelajuan 20mbps, maka
kelajuan selari adalah bersamaan 20mbps x 4 hardisk = 80mbps bagi kes
data yang teragih kepada 4 hardisk. Maka tidak hairanlah RAID 0
digunakan dalam persekitaran transaksi data berprestasi tinggi. Walaupun
begitu, RAID 0 tidak menawarkan data redundancy. Jika salah satu
hardisk rosak, maka punahlah kesemua hardisk tersebut kerana setiap
hardisk adalah bergantungan antara satu sama lain dalam suatu
persekitaran yang stripes disimpan secara berturutan.
Konsep Data Striping
RAID 1,5 dan 10…bersambung…..
0 comments:
Post a Comment