.

Pembangunan dan Latihan ICT

Sertai Latihan Professional Kami Sekarang!!!

Two Sigma Technologies

Lawati laman web kami untuk perkhidmatan dan latihan yang ditawarkan

Dapatkan ElePHPant Flush Toys Sekarang!!!

Sertai kursus yang kami anjurkan untuk mendapatkannya

Tuesday 30 September 2014

Ciri-ciri (properties) CSS3 yang anda perlu biasakan

Border-radius

Ianya merupakan ciri-ciri CSS3 yang paling popular di mana ia memberikan sudut melengkung pada elemen anda .
-webkit-border-radius: 4px;
-moz-border-radius: 4px;
border-radius: 4px;

Box-shadow

Box-shadow akan membenarkan anda mengenakan bayang pada elemen anda.
-webkit-box-shadow: 1px 1px 3px #292929;
-moz-box-shadow: 1px 1px 3px #292929;
box-shadow: 1px 1px 3px #292929;

Text-shadow

Seperti box-shadow, tetapi ianya khas untuk teks. Text-shadow juga menerima empat parameter :
  • x-offset
  • y-offest
  • Kabur (Blur)
  • Warna Bayang
h1 {
   text-shadow: 0 1px 0 white;
   color: #292929;
}


Text-overflow

Pada asalnya ianya dibangunkan oleh Internet Explorer. Ciri ini boleh menerima dua nilai iaitu:
  • Clip
  • Ellipsis
Ciri ini boleh digunakan untuk memotong teks yang melebihi bekasnya (container), tetapi masih lagi membekalkan sedikit maklum balas kepada pengguna seperti ellipsis.
.box {
   -o-text-overflow: ellipsis;
   text-overflow:ellipsis;

   overflow:hidden;
   white-space:nowrap;

   border: 1px solid black;
   width: 400px;
   padding: 20px;

   cursor: pointer;
}

Kemudian, pengguna boleh memaparkan keseluruhan teks apabila menjalankan (hover) tetikus keatas bekas ‘container’ yang mengandungi sedikit maklum balas kepada pengguna.
.box:hover {
  white-space: normal;
  color: rgba(0,0,0,1);
  background: #e3e3e3;
  border: 1px solid #666;
}

Flexible Box Model

Ciri ini akhirnya membenarkan kita untuk melepaskan diri daripada apungan (floats).  Mari cuba demonstrasi mudah ini. Mula-mula bina susun atur dua lajur seperti dibawah.

<div id="container"> 
 <div id="main"> Main content here </div>
 <aside> Aside content here </aside> 
</div>

Untuk CSS pula, ‘container’ akan dianggap sebagai sebuah kotak dengan tinggi dan lebar yang umum.
#container {
   width: 960px;
   height: 500px; /* just for demo */

   background: #e3e3e3;
   margin: auto;

   display: -moz-box;
   display: -webkit-box;
   display: box;
}

Kemudian, berikan warna yang unik kepada ‘#main div’ dan ‘aside’ untuk membezakannya.
#main { 
   background: yellow;
}    
aside {
   background: red;
}

Paparan anda akan jadi seperti rajah dibawah.


Apabila lebar bagi  ‘main’ ditambah, perkara seperti dibawah akan terjadi.
#main {
  background: yellow;
  width: 800px;
}


Ianya nampak lebih baik, tetapi ‘aside’ tidak mengambil kesemua ruang yang tertinggal. Anda boleh menetapkannya menggunakan ciri box-flex.
aside { 
   display: block; /* HTML5 element */
   background: red;

  /* take up all available space */
   -moz-box-flex: 1; 
   -webkit-box-flex: 1;
   box-flex: 1; 
}

Dengan ciri box-flex, ‘aside’ akan memenuhi setiap ruang yang ada. Anda juga tidak perlu bimbang mengenai isu apungan seperti susunan elemen apungan akan berada dibawah kandungan utama.

Resize

‘Resize’ merupakan sebahagian daripada modul CSS3 yang membenarkan anda untuk menentukan bagimana ‘textarea’ boleh disaiz semula.
textarea {
   -moz-resize: vertical;
   -webkit-resize: vertical;
   resize: vertical;
}

Nila-nilai yang boleh digunakan:
  • Kedua-duanya (Both): Menegak dan mendatar
  • Mendatar (Horizontal): Terhad kepada mendatar sahaja
  • Menegak (Vertical): Terhad kepada menegak sahaja
  • Tiada (None): Saiz semula dinyahdaya (disable)

Transition

Penambahan yang paling menarik bagi CSS3 mungkin ialah keupayaannya untuk mengaplikasikan animasi kepada elemen tanpa menggunakan JavaScript.

Mari cuba demo mudah ini, apabila anda menjalankan (hover) pada pautan bar sisi (sidebar), teks akan gelongsor (slide) sedikit ke kanan.

HTML
<ul>
   <li>
      <a href="#"> Hover Over Me </a>
   </li>
   <li>
      <a href="#"> Hover Over Me </a>
   </li>
   <li>
      <a href="#"> Hover Over Me </a>
   </li>
   <li>
      <a href="#"> Hover Over Me </a>
   </li>
</ul>

CSS
ul a {
   -webkit-transition: padding .4s; 
   -moz-transition: padding .4s;
   -o-transition: padding .4s;
   transition: padding .4s;
}

a:hover { 
   padding-left: 6px;  
}

Transition menerima tiga parameter iaitu: 
  • Ciri transition (Setkan nilai ini kepada semua jika diperlukan)
  • Tempoh (duration)
  • Jenis pelonggaran (Easing type)

*Transition tidak dikenakan ke atas ‘hover’ secara terus kerana animasi akan berlaku ketika mouseover sahaja. Ketika mouseout, elemen akan kembali kepada keadaan asal serta-merta.

Informasi ini telah diterjemahkan daripada Jeffrey Way

Sunday 28 September 2014

Kursus Android Application Development di Kementerian Kerja Raya

Kursus Android Application Development di Kementerian Kerja Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 23 September 2014 hingga 26 September 2014 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk mengendalikan Kursus Android Application Development . Kursus yang dijalankan selama 4 hari itu telah dihadiri seramai 15 orang yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Kerja Raya, Lembaga Pembanguan Industri Pembinaan Malaysia dan Lembaga Lebuhraya Malaysia. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.

Suasana semasa kursus dijalankan

Untuk makluman semua, kursus ini mendedahkan para peserta mengenai kaedah untuk membangunkan aplikasi berasakan Android dari awal pembangunan dan sehingga aplikasi tersebut digunakan.

Tenaga pengajar memberikan tunjuk ajar kepada peserta

Antara objektif kursus ini ialah :

  • Pendedahan asas mengenai sistem operasi Android.
  • Tatacara pembangunan aplikasi berasaskan Android.
  • Tatacara penggunaan peranti Android dengan lebih berkesan.

Antara kelebihan kursus ini ialah :

  • Mampu menguasai alat-alat (tools) asas dalam pembangunan aplikasi android menggunakan Eclipse bersama Android Developer Tools (ADT).
  • Mampu menguasai fungsi-fungsi asas didalam aplikasi android seperti memasukkan data, proses dan paparan.
Sesi penyampaian sijil

Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada semua para peserta kursus ini kerana berjaya menghabiskan kursus ini dengan jayanya. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya. Terima kasih juga kepada pihak KKR yang telah menjemput pihak Two Sigma Techonologies untuk mengendalikan Kursus Android Application Development.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Android Application Development di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

OPENSTACK

OPENSTACK


OpenStack adalah sumber terbuka (open source) untuk perisian perkomputeran awam (cloud computing software) yang mempunyai 3 bahagian utama iaitu perkomputeran (computing), simpanan (storage), dan sumber rangkaian (networking resources).

Bagaimana Openstack berfungsi


Perkomputeran (Computing)

  • Membenarkan sekatan dan pengurusan rangkaian  yang besar pada mesin maya (virtual machines)
  • Menawarkan infrastruktur sebagai perkhidmatan (IaaS) untuk mewujudkan polisi atau perkhidmatan sendiri
  • Bahagian IT boleh menyediakan perkhidmatan awan (cloud) kepada perniagaan dan kumpulan.
  • Menempatkan permintaan sumber web (web resources) atau aplikasi

Simpanan (Storage)

  • Penyimpanan objek (Object storage) – Digunakan untuk melaraskan simpanan bagi perubahan data pada kos yang rendah.
  • Penyimpanan blok (Block storage) – membenarkan peranti blok (block device) disambung pada simpanan tambahan untuk pengguna boleh menguruskan simpanan dengan mudah.

Rangkaian (Networking)

  • Menyediakan sistem yang laju dengan aplikasi pengatucaraan yang membolehkan OpenStack berinteraksi dengan perisian yang lain secara pengurusan fleksibel pada rangkaian I/P yang luas.

Anatara kelebihan OpenStack ialah :

  • Mempunyai pilihan memilih simpanan secara public atau private
  • Boleh diakses pada setiap masa melalui pelayar web
  • Boleh dinaik taraf dengan mudah (fleksibel)
  • Penyimpanan tanpa had
  • Menyediakan infrastruktur sebagai pelayan (IaaS) untuk menguruskan public atau private cloud
  • Melindungi kegagalan peranti dengan mencegah dan mengawal data yang rosak
Kesimpulannya, OpenStack merupakan perisian perkomputeran awan daripada sumber terbuka yang boleh digunakan oleh semua orang. Selain itu, OpenStack terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu perkomputeran, simpanan dan rangkaian. OpenStack juga boleh dilayari pada setiap masa melalui pelayar web.

Friday 26 September 2014

CMS – Perbandingan WordPress, Joomla dan Drupal

CMS – Perbandingan WordPress, Joomla dan Drupal

Pembangunan laman sesawang berasaskan HTML dan PHP kini menjadi lebih mudah dengan wujudnya sistem pengurusan kandungan (Content Management System – CMS ) seperti Wordpress, Joomla dan Drupal. Ianya menjadi pilihan bagi kebanyakkan pembangun (developer) yang inginkan pembangunan laman sesawang yang murah, cepat dan mudah. Bagi pembangun laman sesawang yang tidak mahu terlalu memeningkan kepala memikirkan mengenai kod dan aspek teknikal, maka menggunakan CMS mungkin adalah pilihan yang tepat.

WordPress VS Drupal VS Joomla

Wordpress, Joomla dan Drupal adalah antara gergasi CMS yang anda perlu pertimbangkan dalam pemilihan CMS. Setiap CMS ini mempunyai tahap kesesuaian kemahiran penggunanya. Mari kita lihat serba sedikit mengenai CMS ini dan lihat perbandingannya.

WordPress

Hari ini, lebih 40% dan bersamaan lebih 60 juta daripada laman sesawang CMS menggunakan WordPress, justeru menjadikannya CMS paling popular. Ianya didorong dengan beberapa faktor seperti:
  • Mudah dipasang (install) – Ianya menawarkan pemasangan automatik yang pantas.
  • Mudah disesuaikan (customizable) – Terdapat pelbagai plug-in, tema dan penyesuaian (customizations) disediakan.
  • Percuma – Sesiapa sahaja boleh menggunakan WordPress dan memuat turun plug-in secara percuma.
  • Sokongan Komuniti – Terdapat ramai pembangun di forum yang sedia membantu sekiranya anda mengalami masalah.
Namun terdapat beberapa masalah yang mungkin timbul apabila laman sesawang anda semakin berkembang dan menerima pengunjung yang terlalu ramai. Masalah yang mungkin timbul adalah kekurangan sumber pelayan. Selain itu, rangka kerja (framework) WordPress dilihat lebih sukar untuk diubahsuai. Namun, untuk pengguna baru, ianya tidak menjadi masalah sebagai permulaan membina laman sesawang yang ringkas.
Antara laman sesawang yang menggunakan WordPress

Drupal

 Drupal adalah CMS yang lebih berkuasa dan teknikal. Ianya bersesuaian untuk pembangunan blog yang ringkas hinggalah ke portal untuk syarikat besar. Antara kelebihan drupal adalah:
  •  Lebih maju dari segi teknikal – Drupal adalah lebih maju dari segi teknikal jika dibandingkan dengan CMS yang lain.
  •  Prestasi lebih tinggi – Halaman drupal lebih cepat diproses.
  •  Mudah disesuaikan (customizable) – Drupal mudah disesuaikan dengan pelbagai plug-in, tema dan penyesuaian.
  •  Percuma – Anda boleh memuat turun perisian Drupal secara percuma dan dipasang di hos pelayan anda.
Drupal adalah CMS yang paling berpretasi tinggi berbanding CMS yang lain. Anda memerlukan sekurang-kurangnya pengetahuan asas HTML dan PHP untuk menggunakan Drupal sebagai persediaan jika berlaku sebarang permasalahan.
Antara laman sesawang yang menggunakan Drupal

Joomla

Joomla adalah antara CMS yang hebat dan ianya dikatakan mampu untuk beroperasi tanpa sebarang masalah di kebanyakkan pelayan web. Pengguna tidak memerlukan kemahiran seperti pengguna Drupal, namun pengguna masih boleh menggunakan pelbagai ciri-ciri tambahan. Seperti WordPress dan Drupal, Joomla mempunyai pelbagai plugin dan tema yang boleh disesuaikan mengikut kehendak pengguna. Antara faktor lain pengguna memilih Joomla adalah:
  • Rangkaian Sosial – Mungkin inilah kelebihan utama Joomla, dengan menggunakan Joomla, pengguna mampu membina rangkaian sosial dengan mudah dan pantas.
  • Laman Niaga – Dengan menggunakan Joomla juga, pengguna mampu membina laman niaga untuk memasarkan produk mereka dengan mudah dan pantas.
  • Tidak terlalu teknikal – Joomla dilihat tidak terlalu teknikal seperti Drupal dan tidak terlalu mudah seperti WordPress. Kebanyakkan pengguna mampu menggunakan Joomla tanpa sebarang sokongan teknikal tetapi mungkin juga memerlukan sedikit pertolongan berhubung sesuatu isu.
  • Portal Pertolongan – Joomla menawarkan portal pertolongan untuk bertanyakan soalan dan mendapatkan sokongan teknikal. Ianya tidaklah seluas sokongan komuniti seperti WordPress ataupun Drupal, namun ianya lebih pantas dan murah berbanding Drupal.
  • Percuma – Seperti Drupal, Joomla adalah percuma untuk digunakan di pelayan sesawang anda sendiri, tetapi ianya tiada pilihan untuk dihoskan secara percuma seperti WordPress.
Joomla dilihat bijak menggunakan peluang untuk membina CMS yang mampu memenuhi keperluan pengguna yang mahukan CMS yang lebih berkuasa dari WordPress tapi lebih mudah diuruskan berbanding Drupal. 
Antara laman sesawang yang menggunakan Joomla

CMS mana yang sesuai untuk anda?

CMS mana yang sesuai untuk anda adalah bergantung kepada situasi. Ambil masa untuk melihat keperluan laman sesawang yang ingin dibina. Antara cadangan CMS mengikut kesesuaian adalah:
  • WordPress – Sekiranya anda ingin membina laman sesawang yang berskala kecil, blog personal ataupun laman sesawang untuk perniagaan kecil.
  • Drupal – Sekiranya anda ingin membina laman sesawang yang akan berkembang dengan pantas dan memerlukan ciri-ciri tambahan yang luas.
  • Joomla – Sekiranya anda inginkan kesederhanaan dan ingin menambah rangkaian sosial di laman sesawang anda.
Ianya bukanlah suatu pilihan yang mudah, oleh itu ambillah masa untuk berfikir agar tidak membuat pilihan yang salah.

Untuk membaca artikel penuh mengenai perbandingan WordPress, Joomla dan Drupal, anda boleh mengikuti pautan ke laman sesawang http://websitesetup.org/cms-comparison-wordpress-vs-joomla-drupal/ .

Thursday 25 September 2014

MyCert : Berhati-hati Dengan Malware Menyasarkan Pengguna Maybank2U Dan CIMB Clicks Pada Android

MyCert : Berhati-hati Dengan Malware Menyasarkan Pengguna Maybank2U Dan CIMB Clicks Pada Android


MyCert sering memantau pelbagai jenis masalah keselamatan yang dihadapi oleh pengguna tempatan, dan terkini mereka mendapati terdapat suatu malware baru yang menyasarkan pengguna perkhidmatan perbankan internet tempatan – terutamanya Maybank2U dan CIMB Clicks.

Malware yang dari keluarga “Zitmo Banker Malware” ini akan menyuntik kandungan berbentuk halaman dan kandungan palsu untuk laman perbankan pada komputer pengguna, dan seterusnya akan menghantar SMS kepada peranti mudah-alih pengguna untuk memuat-turun sebuah APK khusus (fail pemasangan Android).

Melalui APK yang dipasang pada peranti Android pengguna tersebut kelak, ia akan mengumpulkan data, dan seterusnya cuba log masuk ke akaun perbankan milik pengguna.

Malware ini telah dikenal pasti sejak daripada tahun 2010 yang lepas, tetapi buat pertama kalinya didapati digunakan untuk menyasarkan pengguna perbankan di Malaysia.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak MyCert meminta pengguna untuk mengemaskini perisian antivirus mereka, dan pada masa yang sama memastikan URL yang sedang dilayari. Pengguna peranti mudah-alih juga dinasihatkan untuk membaca dan mengesahkan setiap kebenaran dan akses yang diminta sesuatu aplikasi sebelum memasangnya.

Keselamatan Rangkaian (Network Security)

Keselamatan Rangkaian (Network Security)



Internet tidak digunakan secara menyeluruh di awal perkembangannya. Ianya mungkin hanya digunakan untuk menghantar e-mel dan penggunaan mesin cetak di pejabat. Untuk tujuaan ini, keselamatan Internet tidak mendapat perhatian yang meluas.Namun kini, penggunaan Internet telah berkembang pesat sehingga digunakan di dalam aktiviti perbankan dan perdagangan.

Oleh itu, keselamatan penggunaan Internet kini menjadi aspek yang sangat penting. Pelbagai kemudahan yang telah dibangunkan bagi melindungi keselamatan data dan maklumat peribadi semasa menggunakan Internet, antaranya adalah Kriptografi dan rangkaian Persendirian Maya atau lebih dikenali sebagai Virtual Private Network (VPN).

Kriptografi merupakan penyamaran sesuatu data demi menjaga kerahsiaannya. Sesuatu data (plain text) yang melalui proses penyulitan (encryption) akan diubah menjadi tulisan rahsia (cipher text) sebelum dihantar kepada penerima yang dituju.

Hanya pihak yang berhak sahaja yang dapat melakukan proses penyahsulitan (decryption), iaitu mengubah kembali ciphertext menjadi plaintext menggunakan suatu kunci rahsia. Plaintext tidak boleh dinyahsulit oleh pihak yang tidak berhak tanpa kunci rahsia tersebut.


IP Security atau singkatannya iaitu IPsec adalah protokol yang digunakan untuk menyokong penghantaran antara paket pada lapis IP dengan cara yang selamat. IPsec digunakan secara meluas dalam melaksanakan VPN.

Masalah Umum Rangkaian Komputer


Masalah keselamatan rangkaian komputer secara umum dapat dibahagikan kepada tiga kategori yang saling berkait, iaitu:

Kerahsiaan (Secrecy/Confidentiality)

Maklumat yang dihantar melalui rangkaian computer harus dijaga kerahsiaannya sehingga tidak dapat diketahui oleh pihak yang tidak berhak keatas maklumat tersebut.

Pengesahan(Authentication)

Mengenal pasti pihak-pihak yang sedang melakukan komunikasi melalui rangkaian. Pihak yang berkomunikasi melalui rangkaian harus dapat memastikan bahawa pihak lain yang diundang berkomunikasi adalah benar-benar pihak yang dikehendaki.

Integriti (Integrity)

Maklumat yang diterima oleh pihak penerima harus sama dengan maklumat yang telah dihantar oleh penghantar. Maklumat yang telah diubah oleh pihak lain semasa proses penghantaran maklumat harus dapat diketahui oleh pihak penerima (data tidak diubah atau dimusnahkan oleh pengguna yang tidaksah).

Kesimpulannya, aspek keselamatan dalam komunikasi melalui rangkaian komputer menjadi semakin penting terutama dengan pertambahan aktiviti pertukaran maklumat sulit melalui Internet. Keselamatan rangkaian boleh dibahagikan kepada tiga kategori umun iaitu kerahsiaan, pengesahihandan Integriti. IPsec merupakan salah satu penyelesaian keselamatan rangkaian yang merupakan protokol keselamatan pada lapis rangkaian untuk penghantar paket IP. IPsec menggunakan teknik kriptografi dalam menyediakan keselamatan pada IPsec.

Wednesday 24 September 2014

Kursus PHP Secure Programming

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, baru-baru ini pihak Two Sigma Technologies telah berjaya menganjurkan sebuah kursus IT bertajuk PHP Secure Programming bertempat di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus ini telah mendapat permintaan hangat dari para peserta kerana kesedaran pentingnya pengaturcaraan yang lebih selamat dengan PHP. Kursus ini disertai oleh 6 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan dan organisasi seluruh Malaysia. Kursus ini berlangsung dengan jayanya selama 3 hari yang bermula pada 22 September hingga 24 September 2014
                      

Untuk makluman semua, kursus ini mendedahkan kepada para peserta beberapa jenis serangan yang sering berlaku terhadap laman sesawang dan yang paling penting, pendedahan kepada teknik-teknik mengaturcara dengan lebih selamat dengan PHP.

Kebanyakkan pengaturcara PHP mengakui PHP adalah antara bahasa pengaturcaraan yang mudah untuk dipelajari. Tetapi, ramai pengaturcara terlupa dengan sengaja ataupun tidak sengaja untuk memasukkan elemen-elemen keselamatan dalam pengaturcaraan mereka. Suntikan SQL dan XXS adalah antara jenis serangan yang kerap berlaku terhadap program PHP yang tidak menekankan soal keselamatan. Oleh itu, sepanjang kursus ini berlangsung, pihak Two Sigma Technologies telah menyediakan tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman untuk mendedahkan peserta kepada teknik-teknik pengaturacaraan PHP yang lebih selamat.

Para peserta sedang tekun mengikuti kursus
Wajah-wajah ceria para peserta semasa mengikuti kursus
Sesi penyampaian sijil bersama pengajar

Secara keseluruhannya, peserta berasa amat seronok dan berpuas hati sepanjang menyertai kursus ini.  Pihak Two Sigma Technologies mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta di atas kerjasama yang diberikan. Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan sebaik-baiknya.  Untuk makluman semua, pihak Two Sigma Technologies akan menganjurkan pelbagai kursus IT secara public sepanjang tahun 2014. Anda boleh melawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com untuk melihat jadual kursus yang akan dijalankan. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.



Tuesday 23 September 2014

Tips memulakan projek PHP baru



Beberapa tips yang boleh diaplikasikan kepada hampir setiap projek PHP berasaskan web:

  • Gunakan PHP yang terkini atau sekurang-kurangnya PHP 5.4. Ini adalah kerana versi PHP yang terbaru mempunyai lebih banyak ciri-ciri terbaru.
  • Pastikan ianya masih belum dibangunkan lagi. Anda mungkin fikir yang menggunakan projek yang sedia ada dan mengubahnya mengikut kesesuaian anda adalah lebih cepat dan mudah berbanding membangunkan ia dari awal. Jika projek yang anda gunakan menggunakan PHP 5.2 atau lebih tua, pada masa akan datang ia akan mempunyai pelbagai masalah.
  • Gunakan kawalan sumber (source control). Projek PHP yang paling popular sekarang adalah menggunakan GitHub ataupun BitBucket, jadi anda perlu gunakannya kerana kedua-duanya boleh berkongsi kod, mendapatkan bantuan, dan menghantar "patch" antara satu sama lain.
BitBucket

GitHub
  • Asingkan kod dan output. Anda tidak perlu menggunakan template, tetapi dengan menggunakan template kod dan output akan terasing serta merta. Kod anda akan menjadi lebih kemas, mudah diuji, dan lebih fleksibel. 
  • Ketahui apa itu "pemisahan masalah" (separation of concerns), "suntikan pergantungan" (dependency injection) dan "jarak nama" (namespacing), dan gunakannya. Maksudnya yang lebih mudah adalah pecahkan kod anda kepada blok-blok (kelas-kelas) yang hanya mengendalikan suatu proses pada satu-satu masa, dan jika proses tersebut memerlukan akses kepada sesuatu tugas akan dikendalikan oleh blok lain (pergantungan), hantarkan pergantungan kepada blok tersebut ketika ia dicipta (dengan menetapkan argumen(argument) dalam pembina (constructor), atau dengan menulis kaedah penetap (setter method)). Mungkin ianya kedengaran rumit, tetapi anda mungkin pernah lakukannya sebelum ini tanpa anda sedar. Jarak nama dalam PHP sudah wujud sejak 10 tahun lalu, jadi anda tidak perlu teragak-agak untuk menggunakannya.
  • Menulis suite ujian yang membolehkan anda memfaktor semula (re-factor ) tanpa ragu-ragu. Ianya adalah amalan yang baik untuk diaplikasikan. Jika anda menggunakan "pemisahan masalah" dan "suntikan pergantungan", pengujian untuk satu-satu blok adalah lebih mudah. 

Informasi ini telh diterjemahkan daripada Matt Robinson

Wednesday 17 September 2014

Ancaman XSS ke atas Komponen Jdownload (Joomla!)

Ancaman XSS ke atas Komponen Jdownload (Joomla!) 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ancaman keselamatan ICT ke atas perkhidmatan laman web/portal yang menggunakan perisian Joomla Content Management System (CMS) di mana komponen Joomla CMS iaitu ‘jdownloads’ tersebut mempunyai kelemahan dan terdedah dengan ancaman pencerobohan ke atas laman web/portal.

Kelemahan yang terdapat pada ‘jdownloads’ komponen membolehkan penyerang (hackers) untuk memuat naik sebarang fail yang tidak dikehendaki ke dalam laman web/portal melalui skrip (Cross Site Scripting). Kesan daripada serangan ini menyebabkan penyerang (hackers) boleh memuat naik fail-fail yang boleh memberi ancaman keselamatan kepada aplikasi dan server.

Cara-cara mengelakkan laman web/portal diserang oleh penyerang (hacker) dengan kemas kini kepada versi yang terkini bagi komponen ‘jdownloads’:-

  1. jDownloads 1.9.1.2 Stable for Joomla 2.5
  2. jDownloads 1.9.2 for Joomla 3.1/3.2 

Tuesday 16 September 2014

Pengenalan kepada CSS3 (Cascading Style Sheet 3)


CSS3 telah dipecahkan kepada "modul-modul" yang mengandungi spesifikasi bagi CSS lama yang telah dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil. Di samping itu, modul-modul baru juga ditambah. 

Beberapa modul-modul CSS3 yang paling penting adalah : 

  • Selector (Pemilih)
  • Box Model(Model Kotak)
  • Backgrounds and Borders(LatarBelakang dan Sempadan)
  • Image Values and Replaced Content (Nilai Imej dan Kandungan yang diganti)
  • Text Effects (Kesan Teks)
  • 2D / 3D Transformations (Transformasi 2D / 3D)
  • Animations (Animasi)
  • Multiple Column Layout (Susun atur Ruang Pelbagai)
  • User Interface (Antara Muka Pengguna)

Kebaikan

Pengasingan kandungan dari persembahan

CSS memudahkan penerbitan kandungan dalam format penyampaian yang pelbagai bedasarkan parameter nominal. Ianya termasuk pilihan utama pengguna, pelayar web yang berbeza, peranti yang digunakan untuk melihat kandungan (Komputer atau Peranti mudah alih), lokasi geografi pengguna dan banyak lagi pemboleh ubah lain.

Jalur Lebar

Helaian Gaya (Stylesheet), dalaman atau luaran, tentukan gaya untuk sekali sahaja bagi elemen-elemen HTML yang dipilih oleh kelas. Helaian gaya luar biasanya disimpan dalam cache pelayar dan boleh digunakan pada berbilang halaman tanpa perlu di muat semula dan ini akan mengurangkan pemindahan data melalui rangkaian.

Memformatkan semula halaman (Page reformatting)

Dengan mengubah satu baris, pelgabai helaian gaya boleh digunakan pada halaman yang sama. Kelebihannya adalah pada kebolehcapaiannya, menyediakan keupayaan untuk menyesuaikan halaman ataupun laman web untuk peranti yang berbeza.

Anda boleh melihat contoh-contoh template yang menggunakan CSS3 seperti dibawah:




Pihak Two Sigma Technologies juga menyediakan kursus berkaitan dengan CSS3. Jika anda berminat untuk mempelajari mengenai CSS3 dengan lebih mendalam, Kami mengendalikan Kursus Introduction To Development Using HTML5, CSS3 & JQuery. Jika anda berminat dengan kursus ini dan ingin kami mengendalikan kursus ini ditempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

Thursday 11 September 2014

Kursus Android Application Development

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Baru-baru ini Two Sigma Technologies telah menganjurkan Kursus Android Application Development bertempat di RHR Hotel @Uniten, Kajang. Kursus ini dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan dan organisasi selama 4 hari bermula pada 8 September 2014 hingga 11 September 2014. Kursus yang dijalankan dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang ini mendapat maklum balas yang positif dari peserta-peserta sepanjang kursus dijalankan.



Untuk makluman semua, kursus ini mendedahkan para peserta mengenai kaedah untuk membangunkan aplikasi berasakan Android dari awal pembangunan dan sehingga aplikasi tersebut digunakan. Disamping itu, peserta sangat bertuah kerana diajar untuk mengintegrasikan aplikasi dengan perkakasan seperti Gps, Maps API, Camera, SQL Lite Database,File dan hubungan ke Internet.

Tenaga pengajar memberikan tunjuk ajar kepada peserta


Antara objektif kursus ini ialah ;
  1. Pendedahan asas mengenai sistem operasi Android.
  2. Tatacara pembangunan aplikasi berasaskan Android.
  3. Tatacara penggunaan peranti Android dengan lebih berkesan.
Antara kelebihan kursus ini ialah ; 
  1. Mampu menguasai alat-alat (tools) asas dalam pembangunan aplikasi android menggunakan Eclipse bersama Android Developer Tools (ADT).
  2. Mampu menguasai fungsi-fungsi asas didalam aplikasi android seperti memasukkan data, proses dan paparan.
  3. Turut didedahkan integrasi aplikasi seperti aplikasi maps dan kamera.
Sesi penyampaian sijil kepada peserta kursus


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta kerana menyertai kursus anjuran pihak Two Sigma Technologies ini. Semoga peserta-peserta dapat manfaatkan ilmu yang telah diperolehi dan menggunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi.

Jika anda berminat untuk kami mengendalikan Kursus Android Application Development di tempat anda , sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

Kursus Adobe Illustrator Mastering the Essentials

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, sekali lagi pihak Two Sigma Technologies diberi kepercayaan untuk menganjurkan Kursus Adobe Illustrator Mastering the Essentials pada 08 September 2014 – 10 September 2014. Kursus ini diadakan selama 3 hari di RHR Hotel @Uniten, Kajang. Peserta telah diberikan nota Kursus Adobe Illustrator Mastering the Essentials dan seekor Maskot Gajah PHP. Seramai 7 orang peserta menghadirkan diri ke Kursus Adobe Illustrator Mastering the Essentials dan peserta telah memberi respon positif  kepada pihak Two Sigma Technologies yang telah mengendali kursus ini dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Peserta tekun mendengar penerangan dari pengajar

Peserta diberi Maskot Gajah PHP

Dalam kursus selama 3 hari ini para peserta diajar teknik menggunakan tools yang mampu untuk menghasilkan free hand drawing, tracing, recoloring dan menskalakan semula mana-mana artwork, dan juga boleh menghasikan wireframe yang berfungsi untuk menghasilkan digital painting. 

Pada hari terahir kursus, semua peserta diberi satu latihan untuk menghasilkan kad perniagaan (business card) mereka mengikut kemahiran yang telah diajar oleh pengajar. Peserta juga diberikan sijil setiap seorang semasa majlis penutupan.

Wajah-wajah peserta kursus

Pihak kami berbesar hati menerima jemputan dari mana-mana organisasi untuk mengendalikan kursus jangka pendek sama ada kursus-kursus IT ataupun soft skill. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan kursus-kursus IT dan soft skill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.

Tuesday 9 September 2014

JQuery


JQuery adalah platform bersilang bagi perpustakaan JavaScript (JavaScript Library) yang direka khas untuk memudahkan penskripan pada sebelah pelanggan (client-side) bagi HTML.

JQuery adalah percuma iaitu ianya perisian sumber terbuka. JQuery dilesenkan dibawah Lesen MIT (Massachusetts Institute of Technology). Sintaks jQuery direka untuk memudahkan mencari dokumen, memilih elemen DOM, membuat animasi, mengendalikan acara (events), dan membangunkan aplikasi Ajax. 

JQuery juga membantu pemaju (developer) untuk mencipta "plug-in" daripada perpustakaan JavaScript. Ini membolehkan pemaju mencipta abstrak (abstraction) untuk interaksi tahap rendah dan animasi, efek canggih dan peringkat tinggi, dan widget yang boleh disesuaikan. Pendekatan modular jQuery membolehkan penciptaan laman web dinamik dan aplikasi web yang hebat.

Cara menggunakan:
  1. Masuk ke laman sesawang jQuery


  2. Anda boleh memilih versi jQuery untuk di muat turun.


  3. Masukkan fail jQuery yang anda telah muat turun kedalam folder laman web anda.
  4. Masukkan pautan jQuery kedalam halaman laman web anda seperti kod dibawah.

<!doctype html>
<html>
<head>
    <meta charset="utf-8" />
    <title>Demo</title>
</head>
<body>
    <script src="jquery.js"></script>
    <script>

    // Your code goes here.

    </script>
</body>
</html>


Diantara laman web yang menggunakan jQuery adalah:

Monday 8 September 2014

Tip Pembangunan Aplikasi PHP

Tip Pembangunan Aplikasi PHP



 Di dalam apa jua pembangunan sistem samada menggunakan  bahasa pengaturcaraan JAVA, C# mahupun PHP,  adalah menjadi kemestian kepada pengaturcara untuk mempraktikkan tip-tip berguna dan amalan yang baik semasa pembangunan aplikasi. Ini adalah untuk memudahkan fasa pembangunan dan juga kerja-kerja penyelenggaraan sistem dimasa akan datang. Antara tip-tip berguna yang sering diamalkan oleh pengaturcara PHP adalah: 

  1.  Mengaturcara dengan kemas

    Pengaturcaraan yang kemas sememangnya harus dititik beratkan, tambahan pula sekiranya pembangunan sistem melibatkan pengaturcara yang lain. Amalan seperti indentasi, penggunaan ruang kosong (whitespace), komen dan penggunaan nama pemboleh ubah yang bermakna serta mengikut piawaian (standard) yang konsisten mampu memudahkan kod untuk dibaca dan diselenggara.

  2.  Menggunakan Rangka Kerja (Framework)

    Menggunakan rangka kerja dalam pembangunan sistem mampu menjadikan pembangunan lebih pantas dan teratur. Kelebihan seperti menggunakan corak Model View Controller (MVC), pengurusan kod dan fail yang teratur dan menyediakan utiliti dan perpustakaan menjadikan rangka kerja adalah sangat relevan digunakan terutamanya di dalam projek yang berskala besar. Antara rangka kerja yang popular adalah seperti Coigniter, Yii dan Laravel. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangka kerja, anda boleh membaca artikel di http://twosigmatechnologies.blogspot.com/2014/03/rangka-kerjaframework-php.html .
  3.  Jangan sesekali percayakan pengguna

    Sentiasa mengesahkan input daripada pengguna adalah amalan yang penting sekiranya sistem anda memerlukan input daripada pengguna. Ianya penting bagi mengelakkan input yang tidak berkaitan daripada pengguna akan mengganggu aliran bisnes (business flow) dan pangkalan data (database). Selain itu, ianya adalah satu langkah yang bijak untuk melindungi sistem anda daripada digodam.
  4.  Mengaktifkan laporan kesalahan (error reporting)

    Laporan kesalahan adalah fungsi PHP yang sangat berguna semasa fasa pembangunan sistem. Ianya membantu pengaturaca mengenalpasti masalah di dalam kod dan membaikinya. Tapi fungsi ini harus ditutup sebelum sistem dilepaskan kepada pengguna.
  5. Tidak meletakkan fungsi phpInfo() di web root

    phpInfo() adalah fungsi yang sangat penting dan perlu digunakan dengan berhati-hati. Dengan menggunakan fungsi ini, sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat mengenai persekitaran pelayan (server environment). Adalah selalu dinasihatkan untuk menyimpan fail mengandungi fungsi phpInfo() di lokasi yang selamat dan mengeluarkannya sebaik sahaja fasa pembangunan sistem tamat.

Kesimpulannya, pengaturcaraan akan menjadi lebih mudah dan pantas sekiranya kita mengamalkan tip-tip dan amalan yang berguna. Mengamalkan tip-tip berguna juga boleh dilihat sebagai strategi yang bijak bagi memastikan kelancaran pembangunan sistem.

Dengan itu, pihak Two Sigma Technologies berbesar hati untuk berkongsi lebih banyak tip-tip pembangunan PHP bersama anda. Kami menyediakan perkhidmatan kursus-kursus berkenaan PHP seperti Web Application Development using PHP and MySQL dan PHP Secure Programming. Kursus-kursus ini mampu membuka minda dan mengasah kemahiran anda dalam pengaturcaraan PHP. 

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus dianjurkan oleh kami, anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan lebih lanjut di talian 03-61880601 ataupun menerusi email sales@2-sigma.com. Selain itu, anda juga boleh melawati http://www.training.2-sigma.com untuk mendapatkan tarikh-tarikh kursus terdekat.

Thursday 4 September 2014

Kursus Pengurusan Stress

Pengenalan
Setiap tekanan atau stress yang berlaku merupakan "rahmat" dari Allah swt dan boleh membawa kesan positif atau negatif. Orang yang berfikiran positif akan menjadikan tekanan atau stress sebagai satu cabaran dan peluang untuk berubah ke arah kecemerlangan. Namun demikian, terdapat segelintir individu dalam satu pasukan yang kecundang apabila berhadapan dengan tekanan atau stress. Asasnya, mereka ini berfikiran negatif dan menganggap tekanan atau stress sebagai satu bencana yang akan membunuh semangat, prestasi dan produktiviti, sakit fizikal atau mental, pemencilan diri, “burnt-out”, dan pembentukan imej kendiri yang negatif. Tanpa bantuan yang sistematik dan berkesan, individu seperti ini akan menjadi beban dan penghalang kepada kelicinan dan kelangsungan operasi sesebuah organisasi. 

  

Objektif
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan dan ketahanan diri peserta sebagai "individu yang bersepadu dan kental berhadapan dengan cabaran & ujian" agar sentiasa produktif dan cemerlang. Setelah menjalani kursus ini, para peserta akan dapat :
     • Mengenali kekuatan, kelemahan dan potensi diri sebagai insan cemerlang.
    • Mengubah pemikiran dan tindakan menjadi insan hebat yang mampu berhadapan dengan cabaran dan              tekanan hidup.
    • Memahami tekanan atau stress serta kaedah menukarkan stress menjadi pendorong kepada kejayaan.
    • Memperbaiki sikap, amalan, dan membentuk rangka tindakan untuk mengurus tekanan atau stress.

Siapa Patut Hadir
Kursus amat berguna kepada semua staf yang ingin menangani stress. Kursus ini akan memastikan kesedaran terhadap gejala kesihatan stress. Kekuatan peribadi melalui pemerkasaan psikologi menambahbaik kebolehanjalan pekerja untuk berhadapan dengan hubungan dwihala dan juga situasi pekerjaan mencabar.

Jangkamasa Kursus : 3 hari
Program ini dicadangkan agar peserta dapat memberi sepenuh tumpuan dan menjalani semua latihan praktikal yang disusun secukupnya. Fokus program adalah perkembangan setiap individu peserta agar dapat mempunyai kemahiran yang boleh digunakan (know how) dan bukannya sekadar tahap pengetahuan semata-mata (know what).

Kandungan Kursus
1. Ice Breaking & Pembentukan Imej Diri
      i. Renungan Mengenai Diri
     ii.  Kekuatan dan Kelemahan Diri
    iii.  Potensi diri & Mengenal "pati" diri
    iv.  Membentuk Rutin Fitrah & Imej Diri Yang Positif 

2. Analisa Diri
     - Amalan Harian Insan Terbilang dalam membentuk spitirual & emosi unggul.

3. Memahami Stress
     i. Definisi Stres, Simtom & Kesannya
     ii. Ujian untuk menilai tahap stress anda
    iii. Punca-punca tekanan 
    iv. Kesan-kesan tekanan 
               a. Fizikal
               b. Mental
               c. Emosi
               d. Sosial
               e. Spiritual

4. Mengurus Stress, Konflik dan Jadikan Momentum Kejayaan
     i. Pengurusan diri dan kepemimpinan diri
    ii. Kaedah mental
             -Tukar paradigma
             -Tukar cara berfikir
             - Fokus kepada pemikiran positif
    iii. Kaedah fizikal
              - Riadah
              - Relaxation techniques
              - Amalan pemakanan
              - Kegiatan dan perlakuan
     iv. Kaedah emosi
             - Kenali butang hijau dan butang merah
             - Petua untuk sentiasa ceria dan bersemangat
     v.  Kaedah sosial
             - Jalinan persahabatan
             - Interaksi dan pengurusan konflik & stres
     vi. Kaedah spiritual
             - Ibadah umum dan khusus
 
Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Softskill Pengurusan Stress ditempat anda  demi kebaikan  diri anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.