Tip Pembangunan Aplikasi PHP
Di dalam apa jua pembangunan sistem samada menggunakan bahasa pengaturcaraan JAVA, C# mahupun PHP, adalah menjadi kemestian kepada pengaturcara untuk mempraktikkan tip-tip berguna dan amalan yang baik semasa pembangunan aplikasi. Ini adalah untuk memudahkan fasa pembangunan dan juga kerja-kerja penyelenggaraan sistem dimasa akan datang. Antara tip-tip berguna yang sering diamalkan oleh pengaturcara PHP adalah:
Mengaturcara dengan kemas
Pengaturcaraan yang kemas sememangnya harus dititik beratkan, tambahan pula sekiranya pembangunan sistem melibatkan pengaturcara yang lain. Amalan seperti indentasi, penggunaan ruang kosong (whitespace), komen dan penggunaan nama pemboleh ubah yang bermakna serta mengikut piawaian (standard) yang konsisten mampu memudahkan kod untuk dibaca dan diselenggara.Menggunakan Rangka Kerja (Framework)
Menggunakan rangka kerja dalam pembangunan sistem mampu menjadikan pembangunan lebih pantas dan teratur. Kelebihan seperti menggunakan corak Model View Controller (MVC), pengurusan kod dan fail yang teratur dan menyediakan utiliti dan perpustakaan menjadikan rangka kerja adalah sangat relevan digunakan terutamanya di dalam projek yang berskala besar. Antara rangka kerja yang popular adalah seperti Coigniter, Yii dan Laravel. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangka kerja, anda boleh membaca artikel di http://twosigmatechnologies.blogspot.com/2014/03/rangka-kerjaframework-php.html .Jangan sesekali percayakan pengguna
Sentiasa mengesahkan input daripada pengguna adalah amalan yang penting sekiranya sistem anda memerlukan input daripada pengguna. Ianya penting bagi mengelakkan input yang tidak berkaitan daripada pengguna akan mengganggu aliran bisnes (business flow) dan pangkalan data (database). Selain itu, ianya adalah satu langkah yang bijak untuk melindungi sistem anda daripada digodam.Mengaktifkan laporan kesalahan (error reporting)
Laporan kesalahan adalah fungsi PHP yang sangat berguna semasa fasa pembangunan sistem. Ianya membantu pengaturaca mengenalpasti masalah di dalam kod dan membaikinya. Tapi fungsi ini harus ditutup sebelum sistem dilepaskan kepada pengguna.Tidak meletakkan fungsi phpInfo() di web root
phpInfo() adalah fungsi yang sangat penting dan perlu digunakan dengan berhati-hati. Dengan menggunakan fungsi ini, sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat mengenai persekitaran pelayan (server environment). Adalah selalu dinasihatkan untuk menyimpan fail mengandungi fungsi phpInfo() di lokasi yang selamat dan mengeluarkannya sebaik sahaja fasa pembangunan sistem tamat.
Kesimpulannya, pengaturcaraan akan menjadi lebih mudah dan pantas sekiranya kita mengamalkan tip-tip dan amalan yang berguna. Mengamalkan tip-tip berguna juga boleh dilihat sebagai strategi yang bijak bagi memastikan kelancaran pembangunan sistem.
Dengan itu, pihak Two Sigma Technologies berbesar hati untuk berkongsi lebih banyak tip-tip pembangunan PHP bersama anda. Kami menyediakan perkhidmatan kursus-kursus berkenaan PHP seperti Web Application Development using PHP and MySQL dan PHP Secure Programming. Kursus-kursus ini mampu membuka minda dan mengasah kemahiran anda dalam pengaturcaraan PHP.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus dianjurkan oleh kami, anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan lebih lanjut di talian 03-61880601 ataupun menerusi email sales@2-sigma.com. Selain itu, anda juga boleh melawati http://www.training.2-sigma.com untuk mendapatkan tarikh-tarikh kursus terdekat.
0 comments:
Post a Comment