.

Thursday, 25 September 2014

MyCert : Berhati-hati Dengan Malware Menyasarkan Pengguna Maybank2U Dan CIMB Clicks Pada Android

MyCert : Berhati-hati Dengan Malware Menyasarkan Pengguna Maybank2U Dan CIMB Clicks Pada Android


MyCert sering memantau pelbagai jenis masalah keselamatan yang dihadapi oleh pengguna tempatan, dan terkini mereka mendapati terdapat suatu malware baru yang menyasarkan pengguna perkhidmatan perbankan internet tempatan – terutamanya Maybank2U dan CIMB Clicks.

Malware yang dari keluarga “Zitmo Banker Malware” ini akan menyuntik kandungan berbentuk halaman dan kandungan palsu untuk laman perbankan pada komputer pengguna, dan seterusnya akan menghantar SMS kepada peranti mudah-alih pengguna untuk memuat-turun sebuah APK khusus (fail pemasangan Android).

Melalui APK yang dipasang pada peranti Android pengguna tersebut kelak, ia akan mengumpulkan data, dan seterusnya cuba log masuk ke akaun perbankan milik pengguna.

Malware ini telah dikenal pasti sejak daripada tahun 2010 yang lepas, tetapi buat pertama kalinya didapati digunakan untuk menyasarkan pengguna perbankan di Malaysia.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak MyCert meminta pengguna untuk mengemaskini perisian antivirus mereka, dan pada masa yang sama memastikan URL yang sedang dilayari. Pengguna peranti mudah-alih juga dinasihatkan untuk membaca dan mengesahkan setiap kebenaran dan akses yang diminta sesuatu aplikasi sebelum memasangnya.

0 comments:

Post a Comment