.

Tuesday, 2 September 2014

Kursus Object-Oriented Programming with PHP and MySQL

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Baru-baru ini Two Sigma Technologies telah menganjurkan Kursus Object Oriented Programming with PHP & MySQL bertempat di RHR Hotel @Uniten, Kajang. Kursus ini dihadiri oleh 8 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan dan organisasi selama 4 hari bermula pada 25 ogos 2014 sehingga 28 ogos 2014. Kursus yang dijalankan dari pukul 9.00 pagi sehingga  5.00 petang  ini mendapat maklum balas yang positif dari peserta-peserta sepanjang kursus dijalankan.


                                                                      Wajah Peserta Kursus OOP

Untuk makluman semua, Pengaturcaraan Object Oriented (OOP) adalah pengaturcaraan berkonsepkan objek yang mengandungi attributes dan methods. Objek selalunya adalah instances of classes, yang akan digunakan untuk berinteraksi antara satu sama lain. Ramai pengaturcara telah mula menggunakan konsep OOP dalam reka bentuk pengaturcaraan perisian mereka kerana OOP dilihat mempunyai banyak kelebihan berbanding konsep tradisional iaitu procedural. OOP bukan hanya digunakan dalam bahasa pengaturacaraan PHP sahaja malah ianya juga digunakan di dalam  JAVA dan C++.  Antara kelebihan menggunakan konsep OOP adalah:

1. Meningkatkan produktiviti pembangunan perisian
    - Reka bentuk OOP adalah berkonsepkan modul, extensibility dan ianya boleh digunakan semula. Diatas             sebab ciri-ciri ini, OOP mampu meningkatkan produktiviti pembangunan perisian.

2. Memudahkan penyelenggaraan perisian
   - Reka bentuk OOP adalah berkonsepkan modul dimana tugasan yang besar akan dipecahkan kepada                tugasan-tugasan yang kecil bagi memudahkan sebarang penyelenggaraan didalam perisian.

3. Pembangunan yang cepat
    - Kelebihan OOP untuk menggunakan semula class dan method serta disokong dengan library objek yang          banyak mampu memendekkan tempoh masa pembangunan perisian.

4. Menjimatkan kos pembangunan perisian
    - Tempoh pembangunan perisian yang mampu disingkatkan turut membawa kepada penjimatan kos                    pembangunan perisian.

Jika anda berminat untuk kami mengendalikan Kursus Object- Oriented Programming with PHP & MySQL di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.


0 comments:

Post a Comment