.

Pembangunan dan Latihan ICT

Sertai Latihan Professional Kami Sekarang!!!

Two Sigma Technologies

Lawati laman web kami untuk perkhidmatan dan latihan yang ditawarkan

Dapatkan ElePHPant Flush Toys Sekarang!!!

Sertai kursus yang kami anjurkan untuk mendapatkannya

Monday 23 March 2015

Windows Repair version 3.0

Pernahkah anda mengalami masalah “windows corrupt” selepas membuang sesuatu virus atau selepas memasang perisian baru di komputer? Masalah ini mungkin berpunca dari pelbagai perkara, antaranya adalah permasalahan pada fail sistem, registry dan sebagainya.

Dengan adanya Windows Repair 3.0 ini, ianya boleh membantu dan memudahkan anda untuk menyelesaikan masalah Windows Corrupt.


Windows Repair 3.0 ini menyokong sistem operasi Windows XP, Windows 7, Windows 8 dan dikatakan bakal menyokong Windows 10 apabila ia dilancarkan kepada umum tidak lama lagi.

Anda boleh memuat turun perisian Windows Repair 3.0 ini - 

Monday 9 March 2015

Awas ! Serangan Freak di PC Windows, Peranti mudah alih Android dan Apple

Baru-baru ini, pengguna pelayar web telah terdedah kepada ancaman serangan Freak yang merisikokan kepada kehilangan dan kecurian data-data penting. Nama Freak merupakan singkatan kepada Factoring attack onRSA-EXPORT Keys. Melalui serangan Freak ini, hacker mampu menceroboh dan mencuri data-data pengguna tanpa disedari semasa mereka melayari internet.


Freak adalah kelemahan melibatkan SSL (Secure Sockets Layer) dan TLS (Transport Layer Security) yang membolehkan pihak ketiga mengakses sambungan HTTPS yang dilakukan oleh pengguna ke server dan sekaligus menjadikan data pengguna terdedah dan berisiko dimanipulasikan oleh hackers.

Antara pelayar web yang terdedah dengan ancaman Freak termasuklah :
  1. Internet Explorer
  2. Chrome untuk Android dan Mac OS
  3. Safari untuk Mac OS dan Ios
  4. Opera untuk Mac OS dan Linux
  5. Pelayar web asas Android
  6. Pelayar web BlackBerry
Bagi mengelakkan daripada terdedah kepada ancaman Freak, pengguna pelayar web dinasihatkan untuk mengemaskini pelayar web masing-masing kepada versi terbaru.

Pengguna juga boleh menyemak status keselamatan pelayar web atau peranti mudah alih yang digunakan dengan melayari laman sesawang https://freakattack.com. 


Sunday 8 March 2015

Kursus Forensic & Anti-Forensic Data Recovery: Tools & Techniques di Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah,  pada 01 Mac 2015 hingga 03 Mac 2015 pihak Two Sigma Technologies telah mengendali Kursus Forensic & Anti-Forensic Data Recovery: Tools & Techniques di Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor. Seramai 10 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang berjalan selama 3 hari. Selain itu, semua para peserta telah memberi maklumbalas positif  kepada pihak Two Sigma Technologies. 
Para peserta kursus tekun mendengar penjelasan Pengajar

Pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang kursus ini. Antara aktiviti praktikal yang dilaksanakan semasa kursus ialah :
  1. Recover deleted files
  2. Recover data from CD / DVD
  3. Recover data from SD Card / MicroSD
  4. Recover data after MFT destroyed
  5. Recover data after Hard Disk has been formatted.
  6. Recover deleted Emails Outlook pst / .wab / .dbx / .mbx
  7. Recover Windows XP / Win 7 Admin Password
  8. Recover Windows Server Admin Password
  9. Recover Password (Words /Excel)
  10. Delete/erase/wipe any file from any media
  11. Delete/erase/wipe all data from any media and bring it back
  12. Anti-Forensic tools and techniques
Dengan menghadirkan diri ke kursus ini, para peserta akan dapat mengetahui cara penyelesaian masalah yang berkaitan dengan Anti-Forensic Data Recovery semasa mereka bekerja. Antaranya ialah:
  1. Crash Windows Operating system corrupt
  2. Accidental Disk Formatted
  3. Virus Attack
  4. Partition loss or Corruption FAT/NTFS
  5. Lost or Missing files and folders
  6. Email recovery. pst / .wab / .dbx / .mbx
  7. Password recovery (Workstation Win98/Vista/Win7/ Word/Excel/PDF dan Server 2003/2008)
  8. Recover corrupted file from CD/DVD/Pendrive
  9. Repair corrupt Files after recover ( word/ excel/ pdf)
  10. Data Hiding, Encryption and Steganography
  11. Artefact wiping
  12. Disk Cleaning Utilities
  13. Disk degaussing/destruction 
Peserta membuat latihan amali kursus


Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Forensic & Anti-Forensic Data Recovery: Tools & Techniques di Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

Sekiranya anda berminat untuk kami mengendalikan Kursus Forensic & Anti-Forensic Data Recovery: Tools & Techniques di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.

Sunday 1 March 2015

Piawaian Untuk Protokol HTTP/2 Selesai Dibangunkan

Piawaian Untuk Protokol HTTP/2 Selesai Dibangunkan 



Protokol HTTP, ataupun nama penuhnya, Hypertext Transfer Protocol merupakan set peraturan untuk memindahkan fail (teks, imej grafik, bunyi, video, dan lain-lain fail multimedia) di World Wide Web – www , ianya juga menjadi salah satu pusat utama komunikasi data dalam dunia web. Baru-baru ini, kemaskini protokol untuknya, iaitu HTTP/2 telah pun diumumkan dengan beberapa pembaharuan.

HTTP/2 ini hadir lebih kurang selepas 16 tahun versi pertama dilancarkan. Piawaian untuknya telah pun selesai dibangunkan, dan kini ia akan melalui proses editorial sebelum diterbitkan sebagai piawaian utama.

Melalui HTTP/2, ia menggunakan API HTTP yang lebih kurang sama tetapi menawarkan lebih banyak fungsi. Salah satu fungsi utama yang dibawakan olehnya adalah kebolehan mengakses web dengan lebih pantas berbanding protokol sedia ada. Untuk menjayakan akses yang lebih pantas, ia menggunakan sebuah fungsi dinamakan multiplexing yang membolehkan lebih daripada satu permintaan HTTP dilakukan pada sesuatu masa, sekaligus menjadikan masa loading untuk sesuatu halaman lebih pantas.

Contoh page load speed menggunakan HTTP


Contoh page load speed menggunakan HTTP/2

Protokol baru ini dikatakan berasaskan kepada protokol SPDY daripada Google, dan pihak Google sendiri telah mengatakan akan mengimplementasikan sokongan HTTP/2 ini pada Chrome secepat mungkin.

Tidak ada tarikh permulaan sebenar bagi penggunaan HTTP/2 dan ramai orang sudah boleh menggunakannya tanpa disedari. Draf dikemukakan pada 11 Februari 2015 dan akan luput dalam tempoh enam bulan (15 Ogos 2015). Sebelum tamat tempoh , ia perlu disahkan dan menjadi dokumen siap dipanggil RFC - Request For Comments  atau draf baru dengan perubahan yang perlu diterbitkan .

Sekarang kita perlu menunggu piawaian HTTP/2 ini melepasi fasa editorial, dan seterusnya diimplementasikan pada pelayar web, sebelum para pengguna seluruh dunia dapat menikmati web yang lebih pantas berbanding sebelumnya.