.

Monday 9 March 2015

Awas ! Serangan Freak di PC Windows, Peranti mudah alih Android dan Apple

Baru-baru ini, pengguna pelayar web telah terdedah kepada ancaman serangan Freak yang merisikokan kepada kehilangan dan kecurian data-data penting. Nama Freak merupakan singkatan kepada Factoring attack onRSA-EXPORT Keys. Melalui serangan Freak ini, hacker mampu menceroboh dan mencuri data-data pengguna tanpa disedari semasa mereka melayari internet.


Freak adalah kelemahan melibatkan SSL (Secure Sockets Layer) dan TLS (Transport Layer Security) yang membolehkan pihak ketiga mengakses sambungan HTTPS yang dilakukan oleh pengguna ke server dan sekaligus menjadikan data pengguna terdedah dan berisiko dimanipulasikan oleh hackers.

Antara pelayar web yang terdedah dengan ancaman Freak termasuklah :
  1. Internet Explorer
  2. Chrome untuk Android dan Mac OS
  3. Safari untuk Mac OS dan Ios
  4. Opera untuk Mac OS dan Linux
  5. Pelayar web asas Android
  6. Pelayar web BlackBerry
Bagi mengelakkan daripada terdedah kepada ancaman Freak, pengguna pelayar web dinasihatkan untuk mengemaskini pelayar web masing-masing kepada versi terbaru.

Pengguna juga boleh menyemak status keselamatan pelayar web atau peranti mudah alih yang digunakan dengan melayari laman sesawang https://freakattack.com. 


0 comments:

Post a Comment