Pembangunan Aplikasi Mudahalih (Mobile Application Development)
Perkembangan teknologi telefon pintar kini mengorak langkah lebih jauh dalam industri pembangunan aplikasi berteraskan peranti tersebut. Pembangunan aplikasi peranti mudah alih secara atas talian telah mendominasi industri sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Permintaan terhadap aplikasi telefon pintar semakin meningkat sesuai dengan kadar perolehan telefon pintar bagi setiap orang. Peningkatan ini menghasilkan satu daya penarik kepada pengeluar aplikasi di dunia untuk menghasilkan lebih banyak aplikasi untuk pelbagai tujuan samaada khusus untuk pengguna tertentu mahupun untuk pengguna umum. Tidak lupa juga kepada sektor awam/kerajaan yang juga telah mula membangunkan aplikasi ini untuk kegunaandan kemudahan awam.
Bersesuaian dengan tren penggunaan teknologi semasa, Two Sigma Technologies menyokong tren ini dengan menawaekan 2 kursus pembangunan aplikasi mudah alih iaitu :
Pembangunan Aplikasi Android
Android Application Development
&
Pembangunan Aplikasi ioS (Apple-Ipad/Iphone)
iOS Application Development
Kedua-dua kursus ini bermanfaat kepada organisasi yang sentiasa membangunkan aplikasi secara in-house bagi memperkukuhkan pelaksanaan strategik ICT mereka. Kursus yang disediakan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kaedah untuk membangunkan aplikasi berasaskan Android dan iOS dari awal pembangunan dan sehingga aplikasi tersebut digunakan. Selain itu juga, peserta juga akan diterangkan tentang struktur perisian Android/iOS dan pengaturcaraan yang lebih bersistematik. Peserta juga diajar untuk menghubungkan aplikasi dengan perkakasan seperti GPS, peta, Kamera, Pangkalan Data ,fail dan hubungan ke Internet.
Sumbangan Pada Organisasi
- Masalah peruntukan kewangan adalah perkara biasa bagi setiap organisasi. Untuk menggunakan peruntukan bagi membangunkan aplikasi telefon pintar menggunakan sumber luar adalah mahal. Dengan menghadiri kursus ini, peserta boleh membangunkan aplikasi yang diperlukan dan organisasi tidak lagi perlu memperuntukkan bajet untuk membangunkan aplikasi aplikasi telefon pintar.
- Aplikasi telefon pintar boleh bertindak sebagai medium yang boleh menyampaikan maklumat kepada sasaran pengguna. Aplikasi yang dibangunkan ini menjadi alternatif selain dari kaedah tradisional dalam mengakses dan menyalurkan maklumat menggunakan komputer.
- Aplikasi interaktif boleh dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam menyelesaikan urusan harian seperti sistem semakan maklumat dan pembekal kandungan/maklumat.
- Membangunkan modal insan yang kompeten agar dapat memperluaskan fungsi organisasi berteraskan kepada ICT serta berkebolehan untuk mengajar kakitangan yang lain.
0 comments:
Post a Comment