.

Tuesday, 4 February 2014

Kursus Etiket Sosial, Protokol dan Keterampilan Diri

Kursus Etiket Sosial, Protokol dan Keterampilan Diri

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, baru-baru ini pihak Two Sigma Technologies baru sahaja selesai mengadakan Kursus Etiket Sosial , Protokol & Keterampilan diri di Terengganu di bawah anjuran Kolej Ketengah Kursus ini berlangsung selama 2 hari bermula dari 29 sehingga 30 Januari 2014. Yang lebih menariknya, kursus ini diadakan di PrinzPark Resort Terengganu, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Seramai 27 orang telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada kakitangan Ketengah Holding dan anak syarikat.

Banyak maklumbalas positif yang kami terima dari peserta dan mereka berpuas hati dengan servis dan perkhidmatan yang telah kami berikan sepanjang kursus ini berlangsung. Untuk makluman, kursus ini memberikan peluang kepada kakitangan dari sektor awam dan swasta untuk menimba serba sedikit ilmu pengehtahuan berkaitan dengan etiket sosial dan protokol, kemahiran di dalam berkomunikasi serta imej penampilan diri daripada perunding kami agar dapat meningkatkan kualiti dan kecemerlangan kendiri di kalangan yang sentiasa berurusan dengan pelanggan dan pihak atasan.

Kursus ini :
  • Memberi  pengehtahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai amalan protokol serta kemahiran sosial di dalam sesebuah majlis rasmi/korporat
  • Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial yang berkaitan dengan urusan pekerjaan seharian dan urusan pengendalian dan keterlibatan di dalam pelbagai bentuk majlis rasmi/ korporat
  • Memberi penerapan berkenaan komponen imej yang terdiri daripada penampilan, sahsiah dan komunikasi.
  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keterampilan diri, etika pemakaian dan keberkesanan komunikasi dalam membentuk keyakinan diri dan profesionalisme kerjaya.
  • Mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan yang terdiri daripada pelbagai kementerian dan jabatan.
Antara agenda sepanjang kursus merangkumi:
Hari Pertama
  • Kepentingan Protokol dan Etiket Sosial
  • Jenis-Jenis Protokol dan Etiket Sosial
  • Pembelajaran Praktikal Protokol dan Etiket Sosial
  • Pertemuan dan Perkenalan
  • Perbualan Sosial
  • Protokol dalam Urusan Seharian
  • Ketertiban / Protokol Meja Makan
  • Ketertiban protokol dan Etiket Pelbagai Majlis Rasmi
  • Panggilan Hormat
  • Protokol Pengurusan Majlis
  • Protokol tempat Duduk
  • Protokol Antarabangsa
  • Imej dan Dilema Gaya
  • Pemilihan Warna dan Fabrik
  • Kebersihan Diri
  • Etika dan Penyempurnaan Berpakaian
  • Pemaikaian Tudung
  • Fesyen Korporat dan Solekan
  • Simulasi Majlis Makan Malam
Hari Kedua
  • Kemahiran Berkomunikasi dan Kemahiran Komunikasi dengan Berkesan
  • Seni Pembentangan dan Pengucapan Awam
  • Seni mempengaruhi yang Lain dengan Komunikasi dan Imej Kendiri
  • Komunikasi Verbal dan Bukan Verbal
  • Komunikasi Korporat
  • Komunikasi Elektronik
  • Kemahiran Pembentangan Menggunakan PowerPoint
  • Sesi Praktikal- Pembentangan Individu

Berikut merupakan foto gambar sepanjang kursus :

 Syarahan oleh Tenaga Pengajar Kami

 Perbincangan dalam Kumpulan

Aturan Meja Makan untuk Majlis Keramaian

Ketertiban  dan Protokol Meja Makan

 Para Peserta yang Khusyuk Mendengar
Para Peserta Kolej Ketengah Sdn Bhd 


Malam Simulasi Majlis Makan Malam
Kami telah mensimulasikan suatu majlis makan malam siap dengan penyambut tetamu dan diaturkan agenda majlis makan malam tersebut termasuk ucapan oleh pihak pengurusan agar peserta dapat merasai bagaimana mengaturkan satu majlis makan malam dan bagaimana membawa diri dalam majlis tersebut. Sepanjang makan malam tersebut penceramah kami memantau para peserta dan memperbetulkan jika ada kekurangan semasa majlis. Berikut adalah dress code dan menu makan malam:

Dress Code :
Lelaki - Batik dan Seluar Panjang (Sesuai) dan Kasut (Sesuai)
Perempuan - Batik, Selendang, Kasut (Court Shoes), Beg Tangan Kecil (sesuai) sama warna kasut
Menu Makan Malam :
Western Dinner
  1. Mushroom and cheese on toast
  2. Garden Fresh With 1k'Dressing
  3. Cream of Asparagus 
  4. Grill Cajun Ribeye Steak Onion Potatoes, Seasonal Vegetables and Mushroom Sauce atau;
  5. Grill Marinated Chicken Onion Potatoes, Seasonal Vegetables and Black Pepper Sauce
  6. Homemade Apple Strudel with Vanilla Sauce and Fruit Garnish
  7. Coffee and Tea. 
 Penceramah Kami yang Sentiasa Memantau

Simulasi Ucapan Makan Malam

Moga para peserta mendapat manfaat dari kursus ini dan membawa apa yang dipelajari di Majlis Keramaian yang nyata kelak...Amin

Pautan klien juga boleh didapati di http://www.kolejketengah.edu.my/index.php/berita-dan-peristiwa/12-berita/34-kursus-etiket-sosial-protokol-keterampilan-diri

0 comments:

Post a Comment