Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, pada 9 November 2014 hingga 13 November 2014 pihak Two Sigma Techonologies telah mengendali Kursus Forensic Fundamental di Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor. Seramai 14 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang berjalan selama 5 hari. Selain itu, semua para peserta telah memberi respon positif kepada pihak Two Sigma Techonologies yang telah mengendali kursus ini dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Wajah-wajah ceria peserta
Kelebihan Kursus Forensic Fundamental adalah:
- Mengetahui konsep asas tentang komputer forensic
- Mengetahui tentang hexadecimal dan hashing
- Mengetahui cara pengumpulan bukti digital
- Mengetahui tentang komputer forensik
- Mengetahui cara mencari data yang hilang atau dibuang.
Tenaga pengajar komited memberikan tunjuk ajar kepada peserta
Suasana semasa kursus dijalankan
Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Forensic Fundamental di Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Johor. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.
Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Forensic Fundamental di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.
0 comments:
Post a Comment