Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada 18 November 2014 hingga 19 November 2014 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah untuk mengendalikan Kursus Ethical Web Application Hacking di Grand Alora Hotel, Alor Setar. Kursus yang dijalankan selama 2 hari itu telah dihadiri oleh 29 orang yang terdiri daripada kakitangan SUK Kedah. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.
Sepanjang kursus selama 2 hari ini para peserta diajar teknik sebenar menangani kelemahan aplikasi web. Peserta tidak hanya akan menggunakan alatan, bahkan turut diajar tentang konsep-konsep asas bagaimana serangan tertentu berfungsi dan bagaimana untuk mengeksploitasinya. Dengan memahami bagaimana serangan penggodam, para peserta akan mempunyai kefahaman yang mendalam untuk membuat pengaturcaraan yang lebih selamat dalam membangunkan sesebuah aplikasi web.
Pengajar member tunjuk ajar kepada para peserta
Objektif Kursus
Kelebihan Kursus
Terima kasih diucapkan kepada pihak SUK Kedah
kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus
Ethical Web Application Hacking di Grand Alora Hotel, Alor Setar. Semoga para
peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.
Pihak kami berbesar hati
menerima jemputan dari mana-mana organisasi untuk mengendalikan kursus jangka
pendek sama ada kursus-kursus IT ataupun soft skill. Sekiranya berminat untuk
kami mengendalikan kursus-kursus IT dan soft skill di tempat anda, sila hubungi
kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk
mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.
0 comments:
Post a Comment