.

Sunday 14 December 2014

Kursus Crystal Report XI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 23 November 2014 hingga 27 November 2014 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Space Johor untuk mengendalikan Kursus Crystal Report XI di UTM Space Johor. Kursus yang dijalankan selama 5 hari itu telah dihadiri seramai 9 orang yang terdiri daripada kakitangan UTM Space Johor. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.
Suasana semasa kursus dijalankan

Objektif Kursus Crystal Report ialah:
  1. Memberi pengetahuan tentang asas menggunakan Crystal Report XI.
  2. Memberi pengetahuan cara mencipta (create) dan menganalisis laporan yang berasaskan SQL.
  3. Memberi pendedahan cara penggunaan alat (tool) seperti database reporting tool.

Kelebih Kursus Crystal Report ialah:
  1. Pembuatan laporan tidak terlalu rumit.
  2. Mempunyai integrasi dengn bahasa-bahasa pengaturcaraan lain
  3. Mempunyai integrasi dengan  produk dari Microsoft seperti Visual Basic dan Microsoft Visual Studio

Peserta memberi sepenuh perhatian semasa kursus dijalankan

Terima kasih diucapkan kepada pihak UTM Space Johor kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Crystal Report XI. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

Pihak kami berbesar hati menerima jemputan dari mana-mana organisasi untuk mengendalikan kursus jangka pendek sama ada kursus-kursus IT ataupun soft skill. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan kursus-kursus IT dan soft skill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment