.

Wednesday 3 December 2014

Kursus Etika dan Protokol Rasmi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 25 November 2014 hingga 27 November 2014 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Koperasi Jurukur Tanah (KOJUTA) untuk mengendalikan Kursus Etika dan Protokol Rasmi di Langkawi Lagoon Resort, Langkawi. Kursus yang dijalankan selama 3 hari itu telah dihadiri seramai 13 orang yang terdiri daripada Ahli Persatuan KOJUTA. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.


Kursus selama tiga hari ini memberikan pengetahuan berkenaan etiket sosial dan protokol-protokol dalam sesebuah majlis. Kursus ini juga merangkumi etiket berpakaian dan komunikasi dalam pelbagai majlis, perbualan sosial, kesopanan dalam pelbagai majlis, kesopanan dan ketertiban di meja makan, cara susunan keutamaan, anugerah darjah kebesaran, gelaran anugerah, panggilan hormat bagi orang kenamaan, penyusunan tempat duduk, cara menyambut tetamu, pegawai pengiring, dan simulasi bagi majlis jemuan makan. 

Suasana semasa kelas dijalankan

Objektif Kursus Etika dan Protokol Rasmi adalah:
  1. Membentuk Personaliti yang baik.
  2. Memberi Pengetahuan Mengenai Kepentingan menjaga imej korporat serta membina identiti profesional yang berkualiti.
  3. Memberi pendedahan mengenai nilai-nilai penting yang menjadi asas tata kelakuan
  4. Bersopan santun serta berbudi-bahasa.
  5. Mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
  6. Memberi pengetahuan secara umum mengenai Protokol dan Etiket Sosial.
  7. Memberi kesedaran betapa pentingnya pengetahuan Etiket dan Protokol dalam kehidupan seharian, dalam pergaulan, dalam menghadiri pelbagai majlis dan dalam melaksanakan sesuatu majlis formal atau tidak formal.
  8. Menanam serta membina perasaan yakin kepada diri sendiri dan penyesuaian diri dalam pelbagai situasi dan majlis.
  9. Meningkatkan imej diri dan organisasi yang dianggotai.
  10. Berasa senang hati apabila menghadiri majlis.
Tenaga pengajar sedang memberi tunjuk ajar

Terima kasih diucapkan kepada pihak KOJUTA kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Etika dan Protokol Rasmi di Langkawi Lagoon Resort, Langkawi.Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

Pihak kami berbesar hati menerima jemputan dari mana-mana organisasi untuk mengendalikan kursus jangka pendek sama ada kursus-kursus IT ataupun soft skill. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan kursus-kursus IT dan soft skill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.


0 comments:

Post a Comment