.

Thursday 12 February 2015

Kursus Web Application Development with Laravel PHP Framework



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Syukur alhamdullilah, Two Sigma Technologies diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengendalikan Kursus Web Application Development with Laravel PHP Framework selama 4 hari yang bermula pada 09 Februari 2015 - 12 Februari 2015. Kursus ini dijalankan di RHR Hotel@Universiti Tenaga Nasional yang dihadiri oleh 10 peserta dari  Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)


Untuk makluman semua, Laravel salah satu rangka kerja PHP selain Yii dan CodeIgniter. Walaupun Laravel merupakan rangka kerja yang baru, tetapi ianya telah membuktikan keupayaan menarik minat pengguna dengan membawa konsep pembangunan laman sesawang yang menyeronokkan serta memberi pengalaman yang lebih kreatif kepada pengguna. Ianya juga antara rangka kerja yang menyediakan dokumentasi yang baik dan lengkap.

Kelebihan Laravel daripada framework yang lain:
  • Kod yang ringkas dan mudah
  • Terdapat generator yang canggih dan memudahkan (Pengaturcaraan CLI)
  • Schema Builder untuk pelbagai pangkalan data.
  • Migration & Seeding untuk pelbagai pangkalan data.
  • Query Builder yang terbaru
  • Menyokong fungsi Eloquent Object Role Modeling (ORM)
Two Sigma Technologies telah membincangkan mengenai rangka kerja PHP di  artikel yang terdahulu di http://twosigmatechnologies.blogspot.com/2014/03/rangka-kerjaframework-php.html

Semasa Sesi Pembelajaran didalam Kelas
Sesi Penyampaian Sijil Kepada Peserta Kursus
Wajah-Wajah Ceria Para Peserta Kursus
Kami berbesar hati untuk menerima sebarang jemputan untuk mengendalikan kursus-kursus IT dan softskill di tempat anda  bak kata pepatah “ kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan”. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Web Application Development with Laravel PHP Framework di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment