.

Wednesday 25 February 2015

LibreOffice 4.4 Hadir Dengan Antaramuka Yang Baru

LibreOffice merupakan salah satu perisian pejabat, yang mana boleh dikatakan sebagai salah satu pesaing terdekat untuk Microsoft Office. Ramai yang masih tidak menggunakannya, salah satu sebabnya adalah kerana antaramuka dan rekabentuk LibreOffice yang tidak menggunakan elemen moden sehingga sebelum ini.


Untuk LibreOffice 4.4, penggunaan antaramuka perisian tersebut telah dikemaskini yang memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Disamping itu, kod keseluruhan perisian ini telah ditambah baik, termasuk sokongan format OOXML yang lebih diperluaskan. Pihak LibreOffice turut mengatakan sokongan media pada setiap platform juga turut ditambah-baik dan menyediakan pelbagai template dokumen baru berbanding yang sebelumnya.


Anda boleh memuat turun perisian ini dengan melayari link url - http://www.libreoffice.org/download/libreoffice-fresh/

Mesti anda tertanya-tanya, apakah perbezaan LibreOffice Dengan OpenOffice? Antara perbezaannya ialah :
LibreOffice
OpenOffice
Pembangun
Document Foundation
The Apache Software Foundation
Platform
  • Windows
  • Mac OS X
  • Linux
  • Unix
  • Lain-lain
  • Windows
  • Mac OS X
  • Linux
  • Unix
Ciri-ciri umum
- Tiada ciri-ciri umum -
  • Buku Alamat
  • Kalendar
  • RSS Feeds
  • Spam Filter
  • Suntingan Atas Talian(Online Editing)
  • Collaborative Editing

0 comments:

Post a Comment