.

Sunday 1 March 2015

Piawaian Untuk Protokol HTTP/2 Selesai Dibangunkan

Piawaian Untuk Protokol HTTP/2 Selesai Dibangunkan 



Protokol HTTP, ataupun nama penuhnya, Hypertext Transfer Protocol merupakan set peraturan untuk memindahkan fail (teks, imej grafik, bunyi, video, dan lain-lain fail multimedia) di World Wide Web – www , ianya juga menjadi salah satu pusat utama komunikasi data dalam dunia web. Baru-baru ini, kemaskini protokol untuknya, iaitu HTTP/2 telah pun diumumkan dengan beberapa pembaharuan.

HTTP/2 ini hadir lebih kurang selepas 16 tahun versi pertama dilancarkan. Piawaian untuknya telah pun selesai dibangunkan, dan kini ia akan melalui proses editorial sebelum diterbitkan sebagai piawaian utama.

Melalui HTTP/2, ia menggunakan API HTTP yang lebih kurang sama tetapi menawarkan lebih banyak fungsi. Salah satu fungsi utama yang dibawakan olehnya adalah kebolehan mengakses web dengan lebih pantas berbanding protokol sedia ada. Untuk menjayakan akses yang lebih pantas, ia menggunakan sebuah fungsi dinamakan multiplexing yang membolehkan lebih daripada satu permintaan HTTP dilakukan pada sesuatu masa, sekaligus menjadikan masa loading untuk sesuatu halaman lebih pantas.

Contoh page load speed menggunakan HTTP


Contoh page load speed menggunakan HTTP/2

Protokol baru ini dikatakan berasaskan kepada protokol SPDY daripada Google, dan pihak Google sendiri telah mengatakan akan mengimplementasikan sokongan HTTP/2 ini pada Chrome secepat mungkin.

Tidak ada tarikh permulaan sebenar bagi penggunaan HTTP/2 dan ramai orang sudah boleh menggunakannya tanpa disedari. Draf dikemukakan pada 11 Februari 2015 dan akan luput dalam tempoh enam bulan (15 Ogos 2015). Sebelum tamat tempoh , ia perlu disahkan dan menjadi dokumen siap dipanggil RFC - Request For Comments  atau draf baru dengan perubahan yang perlu diterbitkan .

Sekarang kita perlu menunggu piawaian HTTP/2 ini melepasi fasa editorial, dan seterusnya diimplementasikan pada pelayar web, sebelum para pengguna seluruh dunia dapat menikmati web yang lebih pantas berbanding sebelumnya.

1 comment:

  1. Casino - Dr.md
    The first slot 아산 출장마사지 machine was made in 1983. I had 광주광역 출장샵 not played before, however, this is the only place I had ever played a penny 태백 출장안마 game. It was like a 익산 출장안마 thousand 사천 출장마사지

    ReplyDelete