.

Friday 26 June 2015

Kursus Microsoft Office Excel 2013 Peringkat Asas-Tinggi Di Agensi Nuklear

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Syukur alhamdullilah, Two Sigma Technologies diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengendalikan Kursus Microsoft Office Excel 2013 Peringkat Asas-Tinggi selama 3 hari yang bermula pada 23 Jun 2015 - 25 Jun 2015. Kursus ini dijalankan di Agensi Nuklear Malaysia yang dihadiri oleh 27 peserta.


Melalui kursus ini, para peserta akan diberikan pendedahan asas berkaitan dengan  penggunaan aplikasi pengiraan hamparan elektronik Excel. Kursus ini, amat sesuai untuk mereka yang bertanggungjawab menggunakan hamparan elektronik ini untuk melaksanakan tugasan harian atau pekerjaan dan kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini. Kursus peringkat lanjutan ini akan membantu para peserta menggunakan kaedah yang lebih mudah untuk menggunakan formula yang dibina bagi tujuan pengiraan tertentu. Kursus ini bersesuaian untuk mereka yang sering menggunakan Excel untuk tugas pengiraan dan mengawal pangkalan data menggunakan Excel® 2010/2013.


Semasa Sesi Pembelajaran didalam Kelas
Sesi Penyampaian Sijil Kepada Peserta Kursus
Wajah-Wajah Ceria Para Peserta Kursus

Kami berbesar hati untuk menerima sebarang jemputan untuk mengendalikan kursus-kursus IT dan softskill di tempat anda  bak kata pepatah “ kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan”. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Microsoft Office Excel 2013 di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment