.

Friday 5 June 2015

Teknologi Kawalan Jari Baru Google daripada Filem Fiksyen Sains

Ivan Poupyrev dariGoogle

Hari-hari meleret jari pada skrin kaca mungkin tidak lama lagi akan lapuk seperti telefon dailan berputar.

Jika Google berjaya, anda tidak perlu lagi menyentuh pada skrin.

Makmal syarikat pagi projek canggih telah menunjukkan teknologi baru pada Jumaat lalu yang membenarkan pengguna menggerakkan jari mereka untuk mengawal objek di dunia maya.

Ianya dipanggil Projek Soli, dan ia menggunakan gelombang radar untuk mengesan pergerakan jari secara tepat ataupun dipanggil jari "micro-motions".

Hasilnya adalah sesuatu yang kelihatan seperti filem fiksyen sains seperti Minority Report atau Her dimana watak-watak boleh memanipulasikan objek maya dengan menggerakkan tangan dan jari diudara.



Di Google, projek ini adalah projek Makmal Projek dan Teknologi Baru, makmal penyelidikan syarikat ini menumpukan pada teknologi futuristik yang diketuai oleh Regina Dugan (ianya berasingan dengan makmal Google X yang membangunkan kereta yang boleh memandu sendiri dan belon pancaran internet).

Google juga mempamerkan prototaip awal teknologi Soli diatas pentas dengan cemerlang. Google menunjukkan bagaimana tepat, kemahiran motor yang bagus, seperti memicit ibu jari dan jari telunjuk, atau menggosokkannya pada kelajuan yang berlainan, ianya boleh digunakan 
untuk mengawal pelbagai perkara tanpa perlu menyentuhnya.

Dalam satu demo, pengasas Projek Soli Google, Ivan Poupyrev, menendang bola sepak maya dengan menjentik pada skrin. Dia juga menukar waktu pada jam dengan memusingkan dial khayalan dengan jarinya kemudian menukar minit pada jam tersebut dengan menjauhkan tangannya daripada skrin dan memusingkannya lagi.



Google juga ada mengatakan yang selepas 10 bulan bekerja pada projek itu, ia mengecilkan teknologi cip Soli sehingga sebesar kuku jari. Ideanya adalah cip sebesar ini boleh dimuatkan kedalam peranti elektronik seperti jam pintar dengan skrin sempit yang tidak sesuai menggunakan kaedah leretan jari 
atau stylus.

Pada masa kini, peranti yang boleh dipakai menjadi semakin popular dan skrin menjadi lebih kecil secara tidak langsung akan menyebabkan lebih sukar untuk klik pada elemen-elemen yang berbeza seperti yang diterangkan oleh Dugan bagi pihak Google.



Teknologi Soli juga boleh memainkan peranan penting pada realiti maya dengan menyediakan cara untuk manusia berinteraksi dengan objek digital yang mereka jumpai di dunia maya. Facebook, yang mempunyai alat kepala VR (Virtual Reality) daripada pencipta Oculus untuk harga 2 Billion Dollar sebelum ini telah membincangkan kepentingannya untuk kemajuan yang sama.

Google juga tidak menyatakan samada mereka merancang untuk membuat cip itu sendiri ataupun menjadikan Soli sebagai satu piawaian teknologi dan berharap syarikat lain akan menggunakannya untuk membina produk.

Berikut adalah video bagaimana Soli berfungsi: 



Artikel ini diterjemahkan daripada Business Insider Malaysia

0 comments:

Post a Comment