.

Tuesday 3 February 2015

Kaspersky QR Scanner Lindungi Peranti Mudah Alih Anda Dari Pautan Bahaya

Penggunaan Kod QR semakin lama semakin banyak digunakan, terutamanya pada aplikasi-aplikasi berbentuk permesejan. Pada masa yang sama, penggunaan Kod QR juga sedang meningkat popularitinya dengan lebih ramai menggunakan peranti mudah-alih dan penggunaan Kod QR ini memudahkan input untuk melayari sesuatu web.

Berbanding kebiasaannya yang memerlukan pengguna menaip alamat URL yang mungkin melecehkan, penggunaan Kod QR memudahkan pengguna untuk mengimbas kod berkenaan dan melayari sesuatu web. 

Apabila pengguna sering kali mengimbas Kod QR, ini boleh menyebabkan pengguna mungkin terimbas sesuatu Kod QR dengan alamat URL yang berbahaya, sekaligus memberikan impak negatif kepada data pada peranti mudah-alih anda.

Pihak Kaspersky hadir dengan sebuah aplikasi khas, dinamakan sebagai Kaspersky QR Scanner bagi mengatasi masalah ini. Ianya berfungsi sebagai pengimbas Kod QR, dan pengguna akan diperlihatkan dengan pautan yang akan dibuka olehnya, selain memberikan amaran sekiranya sesuatu pautan itu berbahaya.


Bagi anda yang banyak mengimbas Kod QR menggunakan peranti mudah-alih anda, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakan aplikasi ini, sekaligus pada masa yang sama mengelakkan anda daripada terbuka pautan berbahaya menggunakan pengimbas Kod QR anda.


0 comments:

Post a Comment