.

Thursday 4 June 2015

Kursus AngularJS Development di UiTM Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Syukur alhamdullilah, Two Sigma Technologies diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengendalikan Kursus AngularJS Development selama 3 hari yang bermula pada 02 Jun 2015 - 4 Jun 2015. Kursus ini dijalankan di Tingkat 5, Menara SAAS, UiTM Shah Alam yang dihadiri oleh 21 peserta dari  kakitangan UiTM Shah Alam.


Untuk makluman semua, AngularJS salah satu rangka kerja JavaScript. AngularJS telah membuktikan keupayaan menarik minat pengguna dengan membawa konsep pembangunan laman sesawang yang menyeronokkan serta memberi pengalaman yang lebih kreatif kepada pengguna. Ianya juga antara rangka kerja yang menyediakan dokumentasi yang baik dan lengkap.



Kelebihan AngularJS membolehkan pembangun sistem menghasilkan aplikasi muka laman tunggal (Single-Page Application) dengan mudah dalam fasa pembangunan dan pengujian kerana ia menyediakan kerangka kerja untuk bahagian pengguna (Client-Side Model-View-Controller).



Semasa Sesi Pembelajaran didalam Kelas


Wajah-Wajah Ceria Para Peserta Kursus
Wajah-Wajah Ceria Para Peserta Kursus
Kami berbesar hati untuk menerima sebarang jemputan untuk mengendalikan kursus-kursus IT dan softskill di tempat anda  bak kata pepatah “ kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan”. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus AngularJS Development di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment