.

Sunday 2 November 2014

Kursus Building Responsive Web User Interface Using Bootstrap di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Alhamdulillah, pada 28 Oktober 2014 hingga 30 Oktober 2014 pihak Two Sigma Techonologies telah mengendali Kursus Building Responsive Web User Interface Using Bootstrap di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Seramai 6 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang berjalan selama 3 hari. Selain itu, semua para peserta telah memberi respon positif  kepada pihak Two Sigma Techonologies yang telah mengendali kursus ini dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Wajah-wajah peserta kursus

Bootstrap adalah koleksi alat (tool) untuk menghasilkan laman web dan aplikasi web. Ia mengandungi templat reka bentuk berasaskan HTML dan CSS untuk borang (form), butang (button), navigasi dan komponen antara muka lain beserta pilihan sambungan (extension) JavaScript. Bootstrap serasi dengan versi terbaru semua pelayar utama, tetapi grednya turun apabila digunakan pada pelayar lama seperti Internet Explorer 8.

Suasana di Bilik Kursus

Sijil diberikan kepada peserta

Terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Building Responsive Web User Interface Using Bootstrap di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

Pihak kami berbesar hati menerima jemputan dari mana-mana organisasi untuk mengendalikan kursus jangka pendek sama ada kursus-kursus IT ataupun soft skill. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan kursus-kursus IT dan soft skill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment