.

Thursday 20 November 2014

Kursus Introduction Development using HTML5, CSS3, & jQuery di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 17 November 2014 hingga 19 November 2014 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) untuk mengendalikan Kursus Introduction Development using HTML5, CSS3, & jQuery. Kursus yang dijalankan selama 3 hari itu telah dihadiri seramai 21 orang yang terdiri daripada kakitangan UniZa. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.



HTML5, CSS3 dan Javascript membolehkan pereka web dan developer untuk mencipta kandungan web yang dinamik dan fleksibel. CSS3 digunakan bersama dengan HTML5 dan Javascript untuk menambah kesan kepada elemen halaman dan bahkan mencipta kesan-kesan animasi tanpa perlu plugin browser. Kandungan boleh dibuat untuk peranti yang berbeza, saiz skrin dan orientasi untuk desktop dan mobile.

Suasana semasa kursus dijalankan

Antara objektif kursus ini ialah:
  1. Mendedahkan kepada peserta tentang kaedah dan teknik pembangunan web yang responsif berteraskan teknologi bahasa pengaturcaraan HTML5, JQuery dan CSS3.
  2. Merekabentuk laman web yang responsif yang dapat disesuaikan dengan saiz pelayar web dan peranti mudah alih serta meningkatkan pengalaman pengguna semasa menggunakan aplikasi web
Pengajar member tunjuk ajar kepada peserta

Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada semua para peserta kursus ini kerana berjaya menghabiskan kursus ini dengan jayanya. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya. Terima kasih juga kepada pihak UniSZa yang telah menjemput pihak Two Sigma Techonologies untuk mengendalikan Kursus Introduction Development using HTML5, CSS3, & jQuery.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Introduction Development using HTML5, CSS3, & jQuery di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.


0 comments:

Post a Comment