.

Thursday 6 November 2014

Kursus Web Application Development with PHP and MySQL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah,  pada 3 November 2014 sehingga 6 November 2014 yang lalu,pihak Two Sigma Techonologies telah menganjurkan Kursus Web Application Development with PHP and MySQL bertempat di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus yang berlangsung selama 4 hari ini telah disertai oleh 11 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan organisasi. Kursus ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif daripada para peserta


Wajah-wajah ceria peserta 

Objektif menghadiri kursus ini

  1. Mengenali bahasa pengaturcaraan PHP
  2. Mempelajari asas pemasangan (installation) dan konfigurasi (configuration) dalam pembangunan aplikasi PHP dan MySQL.
  3. Mengenali sintaks asas PHP dan cara menggunakannya.
Suasana semasa kursus dijalankan

Kelebihan menghadari kursus ini

  1. Mengetahui asas-asas pengaturcaraan PHP dan MySQL.
  2. Mengetahui cara-cara membangunkan pangkalan data dengan MySQL.
  3. Mengetahui cara-cara membangunkan aplikasi PHP dan MySQL dengan fungsi asas seperti tambah (create ), ubah (modified), lihat (view) dan padam (delete) data.
  4. Mengetahui cara-cara membina sistem berasaskan web bersama pangkalan data

Sesi penyampaian sijil kepada peserta kursus

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang menyertai kursus anjuran pihak Two Sigma Technologies ini. Semoga para peserta dapat manfaatkan ilmu yang telah diperolehi dan menggunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi.

Jika anda berminat untuk kami mengendalikan kursus IT dan softskill di tempat anda , sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.



0 comments:

Post a Comment