.

Friday 24 April 2015

Kursus Digital Video Editing with Pinnacle Studio Di RHR Hotel Uniten Bangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 21 April 2015, 22 April 2015 dan 23 April 2015 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah telah menganjurkan Kursus Digital Video Editing with Pinnacle Studio bertempat di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus yang dijalankan selama 3 hari itu telah dihadiri seramai 5 orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan organisasi kerajaan dan swasta. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.



Pinnacle Studio merupakan perisian yang hebat dalam membuat suntingan video serta menambah kesan khas kepada filem, video, dan multimedia. Ciri-ciri ini telah didedahkan kepada peserta semasa kursus ini dijalankan. Antara ciri-ciri yang menarik didalam Pinnacle Studio adalah:
  1. Mudah digunakan dan dikendali bagi pengguna yang baru dalam bidang suntingan video
  2. Tracking yang lebih tepat
  3. Kesan-kesan video yang lebih canggih dan terbaru
Suasana semasa kursus dijalankan

Kelebihan menghadiri kursus ini adalah :
  1. Mengenali dan memahirkan penggunaan peralatan di dalam perisian Pinnacle Studio.
  2. Mempelajari menggunakan kesan-kesan (effects) terhadap video.
  3. Mempelajari asas dalam menghasilkan animasi teks, 2D dan 3D.
  4. Mempelajari menghasilkan video dan animasi dengan konfigurasi yang betul.

Sesi Penyampaian Sijil

Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada para peserta kursus ini kerana berjaya menghabiskan kursus ini dengan jayanya. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya. Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah menyertai kursus anjuran pihak Two Sigma Techonologies untuk mengendalikan Kursus Pinnacle Studio.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan IT dan softskill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut. 

1 comment: