.

Friday 3 April 2015

Kursus Linux Web Server Hardening & Maintenance - SUK Pulau Pinang

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, pada 1 April 2015 dan 2 April 2015 pihak Two Sigma Techonologies telah menganjurkan Kursus Linux Web Server Hardening & Maintenance di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang berjalan selama 2 hari. Selain itu, semua para peserta telah memberi maklum balas yang positif  kepada pihak Two Sigma Techonologies yang telah mengendali kursus ini dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Wajah-wajah peserta kursus

Sepanjang kursus ini berlangsung, para peserta telah diajar tentang evolusi teknologi Apache Web Server dan teknik mengkonfigurasi Apache. Kursus ini dijalankan pada platform Linux yang menggunakan Centos sebagai sistem operasi pelayan. CentOS merupakan solusi yang terkenal dikalangan system admin selain Debian dan Ubuntu untuk digunakan sebagai sistem operasi pelayan kerana kematangan distro tersebut serta kestabilannya.

Sesi Soal Jawab Kursus

Objektif Kursus Linux Web Server Hardening & Maintenance :
  1. Mengetahui tentang Apache httpd
  2. Memasang dan mengkonfigurasi Apache menggunakan httpd.conf
  3. Mengkonfigurasikan Virtual Hosts, Alias, and Directory serving
  4. Memahami tentang Apache Logs: Access logs, error logs, and custom logs
  5. Membuat persediaan Apache dengan SSL (https)

Penerangan Professional diberikan kepada peserta

Secara keseluruhannya, peserta berasa amat seronok dan berpuas hati sepanjang menyertai kursus ini. Pihak Two Sigma Technologies mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta di atas kerjasama yang diberikan. Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan sebaik-baiknya.

Untuk makluman semua, pihak Two Sigma Technologies akan menganjurkan pelbagai kursus IT secara public sepanjang tahun 2014. Anda boleh melawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com untuk melihat jadual kursus yang akan dijalankan. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment