.

Friday 3 April 2015

Kursus Pra Persaraan Perkhidmatan Awam Perbadanan Stadium Malaysia di Felda Residence Hotel, Kuala Terengganu

Kursus Pra Persaraan Perkhidmatan Awam Perbadanan Stadium Malaysia di Felda Residence Hotel, Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 27 Mac 2015 hingga 29 Mac 2015 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Perbadanan Stadium Malaysia untuk mengendalikan Kursus Pra Persaraan Perkhidmatan Awam di Felda Residence Hotel, Kuala Terengganu. Kursus yang dijalankan selama 3 hari ini telah dihadiri seramai 20 orang yang terdiri daripada kakitangan Bahagian Sumber Manusia Perbadanan Stadium Malaysia. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.


Kursus selama 3 hari ini memberikan pengetahuan berkenaan perancangan yang boleh dilakukan oleh para bakal persara. Mereka juga turut didedahkan mengenai kemudahan perlanjutan pembayaran pinjaman perumah dan cara mengurus aliran tunai dan pinjaman selepas bersara. Perkongsian pengalaman bersama jurulatih yang berpengalaman turut memberikan ilmu yang bermanfaat kepada para peserta.

Objektif Kursus Pra Persaraan Perkhidmatan Awam

Mengetahui faedah-faedah persaraan
Mengetahui tentang potongan-potongan dalam ganjaran
Mengetahui cara perlanjutan bayaran pinjaman perumahan / ubai suai kediaman
Mengetahui cara membina persaraan yang cemerlang

Suasana ceria semasa kelas dijalankan

Sesi penyampaian sijil

Terima kasih diucapkan kepada pihak Perbadanan Stadium Malaysia kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Pra Persaraan Perkhidmatan Awam di Felda Residence Hotel, Kuala Terengganu. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

Pihak kami berbesar hati menerima jemputan dari mana-mana organisasi untuk mengendalikan kursus jangka pendek sama ada kursus-kursus IT ataupun soft skill. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan kursus-kursus IT dan soft skill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment