.

Tuesday 6 October 2015

Kursus Android Application Development di Uniten

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Syukur Alhamdulillah, Two Sigma Technologies diberi kepercayaan sekali lagi mengendalikan Kursus Android Application Development selama 4 hari yang bermula pada 28 September 2015 - 1 Oktober 2015. Kursus ini dijalankan di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang dihadiri 15 orang peserta.

Melalui kursus ini, para peserta didedahkan asas berkaitan dengan sistem operasi android. Kursus ini amat sesuai untuk mereka yang ingin membangunkan aplikasi yang berasaskan android.

 Wajah-Wajah Ceria Peserta Kursus

 Semasa Sesi Pembelajaran

Sesi Penyampaian Sijil Kepada Peserta Kursus

Kami berbesar hati untuk menerima sebarang jemputan untuk mengendalikan kursus-kursus IT dan softskill di tempat anda  bak kata pepatah “ kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan”. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Android Application Development di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment