.

Tuesday 6 October 2015

Kursus Yii Framework : The Best PHP Framework For Web 2.0 Di RHR Hotel Uniten


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Pada 28 September 2015 - 1 Oktober 2015 yang lalu, pihak Two Sigma Technologies telah berjaya menganjurkan Kursus Yii Framework : The Best PHP Framework for Web 2.0 yang bertempat di RHR Hotel Uniten, Bangi. Kursus yang dijalankan selama 4 hari ini telah disertai oleh 8 orang peserta dan ianya telah mendapat maklum balas yang positif daripada para peserta sepanjang kursus ini dijalankan. Kursus ini memberikan pendedahan kepada peserta tentang bagaimana cara penggunaan rangka kerja (Framework) terutamanya cara penggunaan rangka kerja Yii.

RHR Hotel Uniten, Bangi

Rangka kerja PHP bukanlah garis panduan yang menjadi kemestian untuk diikuti, tetapi ianya lebih kepada alternatif kepada anda untuk memudahkan pengaturcaraan dengan lebih pantas dan teratur. Antara kelebihan menggunakan rangka kerja PHP adalah:
  1. Menggunakan corak Model View Controller (MVC).
  2. Pengurusan kod dan fail yang teratur.
  3. Menyediakan utiliti dan perpustakaan (terdapat juga pelbagai plugin).
  4. Mengurangkan kod dan pembangunan yang lebih cepat.
  5. Lebih selamat.
  6. Sokongan komuniti.
Yii adalah rangka kerja yang sesuai untuk pembangunan applikasi web berskala besar. Ini kerana Yii mempunyai hampir kesemua ciri-ciri yang diperlukan untuk pembangunan aplikasi web 2.0 pada hari ini. Tambahan pula, Yii merupakan antara rangka kerja PHP yang paling cekap.

 Wajah-Wajah Ceria Peserta Dan Pengajar

Peserta Menumpu Perhatian Semasa Sesi Pembelajaran

Sesi Penyampaian Sijil Kepada Peserta Kursus

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta kerana menyertai kursus anjuran pihak Two Sigma Technologies ini. Semoga para peserta dapat manfaatkan ilmu yang telah diperolehi dan menggunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi.

Jika anda berminat untuk kami mengendalikan kursus IT dan softskill di tempat anda , sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment