.

Monday 19 May 2014

Kursus Android Application Development

Kursus Android Application Development

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Baru-baru ini, Two Sigma Technologies telah berjaya menganjurkan Kursus Android Application Development bertempat di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus ini telah mendapat permintaan hangat dari peserta-peserta kerana  Android salah satu sistem pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook yang semakin digemari oleh para pengguna . Kursus ini disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan dan organisasi. Kursus ini berlangsung dengan jayanya selama 4 hari yang bermula pada 21/4/2014 – 24/4/2014. 

Untuk makluman semua, kursus ini mendedahkan para peserta mengenai kaedah untuk membangunkan aplikasi berasakan Android dari awal pembangunan dan sehingga aplikasi tersebut digunakan. Disamping itu, peserta sangat bertuah kerana diajar untuk mengintegrasikan aplikasi dengan perkakasan seperti Gps, Maps API, Camera, SQL Lite Database,File dan hubungan ke Internet.

Objektif Kursus

  1. Pendedahan asas mengenai sistem operasi Android.
  2. Tatacara pembangunan aplikasi berasaskan Android.
  3. Tatacara penggunaan peranti Android dengan lebih berkesan.

Kelebihan Kursus 

  1. Mampu menguasai alat-alat (tools) asas dalam pembangunan aplikasi android menggunakan Eclipse bersama Android Developer Tools (ADT).
  2. Mampu menguasai fungsi-fungsi asas didalam aplikasi android seperti memasukkan data, proses dan paparan.
  3. Turut didedahkan integrasi aplikasi seperti aplikasi maps dan kamera.

Peserta tekun semasa kursus dijalankan 

Sesi penyampaian sijil kepada peserta kursus

Alhamdullilah, kursus ini tamat pada hari Khamis bersamaan 24/4/2014 dengan jayanya. Secara keseluruhannya, peserta berasa amat seronok dan berpuas hati sepanjang menyertai kursus ini.  Pihak Two Sigma Technologies mengucapkan terima kasih kepada para peserta di atas kerjasama yang diberikan. Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan sebaik-baiknya.  Untuk makluman semua, pihak Two Sigma Technologies akan mengajurkan pelbagai kursus IT secara public sepanjang tahun 2014. Anda boleh melawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com untuk melihat jadual kursus yang akan dijalankan. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment