Kursus PHP Secure Progamming
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, baru-baru ini pihak Two Sigma Technologies telah berjaya menganjurkan sebuah kursus IT bertajuk PHP Secure Programming bertempat di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus ini telah mendapat permintaan hangat dari para peserta kerana kesedaran pentingnya pengaturcaraan yang lebih selamat dengan PHP. Kursus ini disertai oleh 15 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan dan organisasi seluruh Malaysia. Kursus ini berlangsung dengan jayanya selama 3 hari yang bermula pada 28/4/2014 hingga 30/4/2014.
Untuk makluman semua, kursus ini mendedahkan kepada para peserta beberapa jenis serangan yang sering berlaku terhadap laman sesawang dan yang paling penting, pendedahan kepada teknik-teknik mengaturcara dengan lebih selamat dengan PHP.
Kebanyakkan pengaturcara PHP mengakui PHP adalah antara bahasa pengaturcaraan yang mudah untuk dipelajari. Tetapi, ramai pengaturcara terlupa dengan sengaja ataupun tidak sengaja untuk memasukkan elemen-elemen keselamatan dalam pengaturcaraan mereka. Suntikan SQL dan XSS adalah antara jenis serangan yang kerap berlaku terhadap program PHP yang tidak menekankan soal keselamatan. Oleh itu, sepanjang kursus ini berlangsung, pihak Two Sigma Technologies telah menyediakan tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman untuk mendedahkan peserta kepada teknik-teknik pengaturacaraan PHP yang lebih selamat.
Objektif Kursus
- Pendedahan asas mengenai teknik serangan terhadap laman sesawang.
- Pendedahan kepada teknik-teknik pengaturcaraan PHP yang lebih selamat.
Kelebihan kursus
- Mampu mengenali jenis serangan dan cara-cara untuk mengelakkannya.
- Didedahkan dengan teknik pengaturcaraan yang lebih ringkas dan selamat.
- Didedahkan dengan kaedah mengawal data-data yang sensitif.
Para peserta sedang tekun semasa sesi praktikal
Peserta sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran
Alhamdullilah, kursus ini telah tamat pada hari Rabu bersamaan 30/4/2014 dengan jayanya. Secara keseluruhannya, peserta berasa amat seronok dan berpuas hati sepanjang menyertai kursus ini. Pihak Two Sigma Technologies mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta di atas kerjasama yang diberikan. Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan sebaik-baiknya. Untuk makluman semua, pihak Two Sigma Technologies akan menganjurkan pelbagai kursus IT secara public sepanjang tahun 2014. Anda boleh melawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com untuk melihat jadual kursus yang akan dijalankan. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.
0 comments:
Post a Comment