.

Wednesday 4 June 2014

Kursus Oracle Performance Tuning di UPSI

Kursus Oracle Performance Tuning di UPSI


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Pada 14/5/2014 – 15/5/2014 yang lalu, Two Sigma Technologies telah mengendalikan Kursus Oracle Performance Tuning di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kursus yang dijalankan selama 2  hari itu telah telah dihadiri oleh 28 peserta yang terdiri dari kakitangan UPSI. Alhamdulliah,kursus yang dijalankan di Tanjong Malim, Perak ini berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang positif dari para peserta.Tujuan kursus ini adalah untuk memberi latihan intensif dalam penalaan (tuning) Oracle untuk mencapai prestasi yang optimum.


Objektif Kursus

  1. Memberi pendedahan dan latihan bagi menala Oracle dalam mencapai prestasi maksima dan optimum.

Kelebihan Kursus Ini

  1. Menyediakan latihan teknik yang digunakan di dalam persekitaran penggunaan Oracle yang sebenar.
  2. Mendedahkan teknik yang mampu mengurangkan masa tindak balas lebih daripada 50 peratus.
Suasana semasa kursus dijalankan

Sesi penyampaian sijil

Terima kasih diucapkan kepada pihak UPSI kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Oracle Performance Tuning di UPSI. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

 Pihak kami berbesar hati menerima jemputan dari mana-mana organisasi untuk mengendalikan kursus jangka pendek sama ada kursus-kursus IT ataupun soft skill. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan kursus-kursus IT dan soft skill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment