.

Wednesday 9 July 2014

Kursus MySQL for Database Administrators di Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Kursus MySQL for Database Administrators di Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, baru-baru ini pihak Two Sigma Technologies telah mendapat jemputan daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk mengendalikan kursus bertajuk MySQL for database Administrator. Kursus selama 4 hari ini yang bermula pada 23 Jun dan berakhir pada 26 Jun 2014 telah diadakan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia sendiri dan disertai oleh 25 orang peserta. Pada tarikh yang sama, pihak Two Sigma Technologies turut menganjurkan kursus yang sama secara public training bertempat di Hotel Residence Uniten Bangi.



MySQL for Database Administrators adalah kursus asas bagi pentadbir pangkalan data dan pemaju yang mahu menggunakan pangkalan data secara optimum. Dengan menghadiri kursus ini anda akan di dedahkan dengan cara-cara untuk mendapatkan penggunaan istimewa, batasan sumber yang ditetapkan, dan kawalan akses. Selain itu, anda akan mempelajari pelbagai ciri-ciri baru seperti mewujudkan dan menggunakan prosedur disimpan, pencetus dan views.

Objektif Kursus

  1. Menggunakan MySQL Administrator Graphical User Interface (GUI) untuk menguruskan pangkalan data MySQL 
  2. Membezakan antara kepelbagaian enjin storan yang ada dalam MySQL 5. Menggunakan stored routines dan triggers untuk kerja-kerja pentadbiran pangkalan data
  3. Menggunakan alatan pemantauan MySQL untuk meningkatkan prestasi pangkalan data
  4. Memahami konsep penguncian data dan paras penguncian yang berbeza dalam MySQL

Kelebihan kursus

  1. Dapat bekerja di beberapa platform yang berbeza, seperti LINUX, Windows, MacOS dan lain-lain.
  2. Dapat menggabungkan beberapa table dari database yang berbeza dalam query yang sama.
  3. Memiliki lebih banyak type data seperti : signed/unsigned integer yang memiliki panjang data sebesar 1,2,3,4 dan 8 byte, FLOAT, DOUBLE, CHAR, VARCHAR, TEXT, BLOB, DATE, TIME, DATETIME, TIMESTAMP, YEAR, SET dan tipe ENUM.
 peserta sedang memberikan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran

Tenaga pengajar komited memberikan tunjuk ajar kepada peserta

Kursus ini telah berakhir pada 26 Jun 2014 dengan jayanya. Alhamdulilah semua peserta sangat berpuas hati dengan kursus yang mereka sertai ini. Diharap dengan berakhirnya kursus ini semua pelajar akan dapat menggunakan ilmu yang diajar sebaik mungkin. Pihak Two Sigma Technologies sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia kerana memberi kepercayaan mereka sekali lagi kepada kami.

Untuk makluman semua pihak Two Sigma Technologies akan menganjurkan pelbagai kursus IT secara public sepanjang tahun 2014. Anda boleh melawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com untuk melihat jadual kursus yang akan dijalankan. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut

0 comments:

Post a Comment