.

Sunday 13 July 2014

Kursus Forensic & Anti-Forensic Data Recovery Tools & Techniques

Kursus Forensic & Anti-Forensic Data Recovery Tools & Techniques

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 16.6.2014 sehingga 19.6.2014 yang lalu, pihak Two Sigma Technologies telah berjaya menganjurkan Kursus Forensic & Anti-Forensic Data Recovery Tools & Techniques bertempat di RHR Hotel @Uniten, Kajang, Selangor. Kursus ini disertai oleh 5 orang peserta yang tediri daripada pelbagai jabatan dan organisasi. Alhamdulillah, kursus ini berlangsung dengan jayanya selama 3 hari.



Forensik Pemulihan Data adalah pengumpulan, pemeliharaan, analisis dan perbentangan eviden berkenaan komputer. Eviden komputer sangat berguna dalam membantu menjalankan tindakan undang-undang sivil, menyelesaikan kes jenayah dan prosiding pekerjaan. Kursus ini turut mendedahkan cara untuk membuat pemeriksaan forensik bagi mendapatkan semula data yang telah hilang atau dibuang. Manakala, Anti-forensik adalah koleksi peralatan dan teknik yang digunakan bagi menjalankan analisis forensik. Antara teknik yang digunakan adalah data hiding, artefact wiping, disk cleaning utilities, file wiping utilities, disk degaussing/destruction techniques.

Untuk makluman semua, sepanjang tempoh kursus berlangsung, peserta telah didedahkan dengan teknik pemulihan data yang terkini dan juga cara-cara mengelakkan daripada dianalisis forensik.

Suasana di dalam bilik latihan yang selesa

Kursus ini memberi penyelesaian yang terbaik untuk :
1. Crash Windows Operating system corrupt
2. Accidental Disk Formatted
3. Virus Attack
4. Partition loss or Corruption FAT/NTFS
5. Lost or Missing files and folders
6. Email recovery. pst / .wab / .dbx / .mbx
7. Password recovery (Workstation Win98/Vista/Win7/ Word/Excel/PDF dan Server 2003/2008)
8. Recover corrupted file from CD/DVD/Pendrive
9. Repair corrupt Files after recover ( word/ excel/ pdf)
10. Data Hiding, Encryption and Steganography
11. Artefact wiping
12. Disk Cleaning Utilities
13. Disk degaussing/destruction  

Senarai aktiviti praktikal yang dilaksanakan semasa kursus :
1. Recover deleted files
2. Recover data from CD / DVD
3. Recover data from SD Card / MicroSD
4. Recover data after MFT destroyed
5. Recover data after Hard Disk has been formatted.
6. Recover deleted Emails Outlook pst / .wab / .dbx / .mbx
7. Recover Windows XP / Win 7 Admin Password
8. Recover Windows Server Admin Password
9. Recover Password (Words /Excel )
10. Delete/erase/wipe any file from any media
11. Delete/erase/wipe all data from any media and bring it back
12. Anti-Forensic tools and techniques

Tenaga pengajar memberikan tunjuk ajar kepada peserta

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta kerana menyertai kursus anjuran pihak Two Sigma Technologies ini. Semoga peserta-peserta dapat manfaatkan ilmu yang telah diperolehi dan menggunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi.

Jika anda berminat untuk kami mengendalikan Kursus Forensic & anti-Forensic Data Recovery: Tools & Techniques di tempat anda , sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment