Kursus Mysql for Database Administrators
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulilah sekali lagi pihak Two Sigma Technologies telah berjaya mengadakan kursus MySQL for Database Administrators yang bertempat di RHR Hotel @Uniten, Kajang. Kursus ini berlangsung selama 4 hari yang bermula dari 23 Jun dan berakhir pada 26 Jun 2014.Kursus ini telah disertai oleh 12 orang peserta dari pelbagai jabatan kerajaan dan juga swasta.Kursus ini adalah kursus asas bagi administrator dan developer database untuk menggunakan database yang berkuasa.
Dalam kursus ini peserta akan belajar bagaimana untuk mendapatkan penggunaan keistimewaan, batasan sumber yang ditetapkan, dan kawalan akses. Selain itu, peserta juga akan mempelajari pelbagai ciri-ciri baru seperti mewujudkan dan menggunakan prosedur disimpan, pencetus dan views.Untuk mengikuti kursus ini peserta haruslah mempunyai pengetahuan tentang MySQL for beginners atau pengalaman dengan Relational Databases dan SQL
Dalam kursus ini peserta akan belajar bagaimana untuk mendapatkan penggunaan keistimewaan, batasan sumber yang ditetapkan, dan kawalan akses. Selain itu, peserta juga akan mempelajari pelbagai ciri-ciri baru seperti mewujudkan dan menggunakan prosedur disimpan, pencetus dan views.Untuk mengikuti kursus ini peserta haruslah mempunyai pengetahuan tentang MySQL for beginners atau pengalaman dengan Relational Databases dan SQL
Objektif Kursus
- Menggunakan MySQL Administrator Graphical User Interface (GUI) untuk menguruskan pangkalan data MySQL.
- Membezakan antara kepelbagaian enjin storan yang ada dalam MySQL 5. Menggunakan stored routines dan triggers untuk kerja-kerja pentadbiran pangkalan data.
- Menggunakan alatan pemantauan MySQL untuk meningkatkan prestasi pangkalan data
- Memahami konsep penguncian data dan paras penguncian yang berbeza dalam MySQL
Kelebihan kursus
- Dapat bekerja di beberapa platform yang berbeza, seperti LINUX, Windows, MacOS dan lain-lain.
- Dapat menggabungkan beberapa table dari database yang berbeza dalam query yang sama.
- Memiliki lebih banyak type data seperti : signed/unsigned integer yang memiliki panjang data sebesar 1,2,3,4 dan 8 byte, FLOAT, DOUBLE, CHAR, VARCHAR, TEXT, BLOB, DATE, TIME, DATETIME, TIMESTAMP, YEAR, SET dan tipe ENUM.
Peserta sedang bertanya kepada pengajar
Majlis penyampaian sijil kepada peserta
Kursus selama 4 hari ini yang berakhir pada 26 Jun 2014 ini telah mendapat respon yang baik dari semua peserta.Alhamdulilah, kesemua peserta berasa sangat gembira kerana telah berjaya mempelajari segala ilmu yang telah dicurahkan oleh pengajar yang sangat berpengalaman dari pihak Two Sigma. Diharap selepas kursus ini peserta dapat mengaplikasikan apa yang diajar semasa bekerja nanti.Pihak Two Sigma juga ingin menyucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang baik dari peserta.InsyaAllah pihak Two Sigma akan mengadakan kembali kursus ini pada masa hadapan kerana mendapat sambutan yang baik dari banyak pihak. Untuk makluman semua pihak Two Sigma Technologies akan mengajurkan pelbagai kursus IT secara public sepanjang tahun 2014. Anda boleh melawati laman sesawang kami diwww.training.2-sigma.com untuk melihat jadual kursus yang akan dijalankan. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.
0 comments:
Post a Comment