5 sebab kenapa PHP adalah bahasa pengaturcaraan yang lebih baik
PHP adalah antara bahasa pengaturcaraan yang mudah difahami dan digunakan. Sejarahnya bermula dengan hanya sebagai C Shells untuk pengaturcaraan web dan kini ia menunjukkan potensinya untuk berkembang maju, sehinggalah menjadikannya pilihan utama untuk kebanyakkan pembangunan laman sesawang. Ini terbukti apabila, laman sosial popular seperti “facebook” turut dibangunkan melalui rangka kerja (framework) PHP. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangka kerja PHP, anda boleh melihat artikel terdahulu.
Terdapat 5 sebab PHP adalah bahasa pengaturcaraan yang lebih baik, antaranya adalah:
- Sokongon luas daripada komuniti
PHP mempunyai sokongon komuniti yang luas bersama perpustakaan (libraries) yang banyak untuk meningkatkan prestasi fungsi PHP. - Integrasi perisian yang lebih mudah
PHP mudah untuk dintegrasikan bersama perisian sumber terbuka dan program yang lain tanpa memerlukan sebarang tambahan plugin ataupun perpustakaan. PHP turut dibina untuk sokongan modul Apache dan pangkalan data MySQL serta PostgresSQL. - Sokongan luas untuk “regular expression”
PHP mampu melaksanakan pelbagai tugas seperti manipulasi dan perbandingan paten dengan mudah. - Sokongan “Access logging”
PHP menyediakan pemantaun akses secara “real time” dan juga menyenggara halaman yang dipunyai dan disenggara oleh pengguna tertentu. - Sokongan kaedah pengaturcaraan berasaskan objek
PHP bukan sahaja menyokong kaedah procedural, tetapi ia menyokong kaedah moden seperti pengaturcaraan berasaskan objek.
Seterusnya, mari kita lihat perbandingan pantas antara PHP, ASP dan JSP
- Memandangkan PHP merupakan usaha sumber terbuka, maka ianya mempunyai ramai pengguna yang terdiri daripada pembangun, penguji, penulis dokumen dan pengulas. Walaupun JSP merupakan sumber terbuka, tetapi perjalanan untuk ia bersaing bersama PHP agak jauh. ASP pula berasaskan .Net framework kepunyaan Microsoft.
- PHP mempunyai banyak hosting premium secara percuma tetapi ASP dan JSP hanya mempunyai hosting yang berbayar sahaja. PHP dan JSP mampu beroperasi dipelbagai pelayan (server) tetapi ASP.net memerlukan hanya pelayan berasaskan Windows.
Kesimpulannya, diatas beberapa sebab seperti sokongan komuniti yang luas dan juga integrasi yang mudah, menjadikan PHP antara bahasa pengaturcaraan yang lebih baik. Tetapi harus juga diingat, bahasa pengaturcaraan yang baik perlulah digunakan dengan baik. Mengamalkan pengaturcaraan yang selamat, mampu mengelakkan daripada sistem yang dibangunkan terdedah kepada serangan.
Dengan ini pihak Two Sigma Technologies berbesar hati untuk memperkenalkan kursus-kursus mengenai PHP yang dianjurkan oleh kami kepada anda. Antara kursus-kursus PHP yang sentiasa mendapat sambutan hangat daripada peserta adalah seperti kursus Web Application Development using PHP and MySQL untuk mereka yang baru ingin mengenali PHP dan PHP Secure Programming yang sangat bersesuaian untuk mereka yang ingin memantapkan lagi pengetahuan PHP dengan teknik-teknik pengaturcaraan yang lebih selamat.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus-kurus mengenai PHP dianjurkan oleh kami ataupun mahu kami mengendalikannya di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut. Selain itu anda juga boleh melawati http://www.training.2-sigma.com/ untuk mendapatkan tarikh-tarikh kursus yang terdekat.
0 comments:
Post a Comment