Kursus Budaya Kerja Cemerlang
Matlamat organisasi hanya dapat dicapai melalui komitmen bekerja dan hubungan baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan bawahan mereka. Masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan dapat diatasi sekiranya kakitangan-kakitangan yang mempunyai masalah tersebut diberi kesedaran tanpa paksaan.
Kursus Budaya Kerja Cemerlang ini direka adalah untuk menyelaraskan sikap dan niat para pekerja ke arah cara bekerja yang lebih berefektif dengan menggunakan segala ide dan kreativiti yang lebih dinamik disamping dapat membentuk individu di dalam mendisiplinkan diri dengan pekerjaan serta hubungan yang lebih baik diantara pihak atasan dan rakan sekerja bagi mencapai matlamat individu dan syarikat. Program ini juga dapat melahirkan keterampilan individu yang lebih bersemangat di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja disamping dapat menjadi contoh individu yang membanggakan terhadap keluarga dan negara.
Di dalam kursus ini peserta dapat:
Di dalam kursus ini peserta dapat:
- Menilai kembali kaedah bekerja dan kesedaran diri berlandaskan nilai-nilai keagamaan – mulia, jujur di dalam menjalankan tugas, amanah dan bertanggungjawab
- Mengenalpastu tugas, nilai hidup dan orientasi diri sendiri bagi mengenalpasti sikap positif yang akan mempamerkan kemajuan/peningkatan terhadap Syarikat dan diri sendiri
- Semangat serta keinginan yang tinggi ke arah kecemerlangan melalui penetapan matlamat, peningkatan kerja yang khusus serta seragam
- Membincangkan dan mengalami sendiri punca rintangan yang memperdaya sikap positif dan perasaan individu supaya objektif dan matlamat organisasi tercapai
- Membentuk imej yang lebih positif dan efektif untuk diri sendiri serta Syarikat yang akan menghasilkan personaliti yang lebih berkeyakinan dan dinamik
- Menyatakan kepentingan menjadi seseorang individu yang agresif dan mempunyai kreativiti tersendiri untuk kemajuan diri, keluarga dan negara
- Kerja secara berpasukan untuk mencapai objektif syarikat
- Cara berhubung atau berkomunikasi secara lebih efektif dengan pelanggan dalaman dan luaran dapat menilai pekerjaan dan mengambil yang lebih efektif.
0 comments:
Post a Comment