.

Thursday 4 December 2014

Kursus Android Application Development

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah,  pada 1 Disember 2014 sehingga 4 Disember 2014 yang lalu, pihak Two Sigma Techonologies telah menganjurkan Kursus Android Application Development bertempat di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus yang berlangsung selama 4 hari ini telah disertai seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan organisasi. kursus ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklumbalas yang positif oleh para peserta.


Untuk makluman semua, kursus ini mendedahkan para peserta mengenai kaedah untuk membangunkan aplikasi Android dari awal pembangunan dan sehingga aplikasi tersebut digunakan. Disamping itu, peserta sangat bertuah kerana diajar untuk mengintegrasikan aplikasi dengan perkakasan seperti SQL Lite Database, File dan hubungan ke Internet.

Suasana di bilik kursus

Antara objektif kursus ini ialah ;
  1. Pendedahan asas mengenai sistem operasi Android.
  2. Tatacara pembangunan aplikasi berasaskan Android.
  3. Tatacara penggunaan peranti Android dengan lebih berkesan.

Antara kelebihan kursus ini ialah ; 
  1. Mampu menguasai alat-alat (tools) asas dalam pembangunan aplikasi android menggunakan Eclipse bersama Android Developer Tools (ADT).
  2. Mampu menguasai fungsi-fungsi asas didalam aplikasi android seperti memasukkan data, proses dan paparan.

Sesi penyampaian sijil kepada peserta kursus

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta kerana menyertai kursus anjuran pihak Two Sigma Technologies ini. Semoga peserta-peserta dapat manfaatkan ilmu yang telah diperolehi dan menggunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi.

Jika anda berminat untuk kami mengendalikan Kursus IT dan Softskill di tempat anda , sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment